Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 29 Disember 2010

bila malaysia bertemu indonesia, di gelanggang indon.

akhirnya.. tahniah abang safee! (pehh, dan dan time time ni jugak kenal. kalau tak sebelum ni satu player malaysia pun tak kenal. :P)

TAHNIAH MALAYSIA!!

setelah dua hari hati tak tenang mengenangkan malaysia yang bakal menang, akhirnya dapat jugak tenangkan hati  ni. macam entry yang sebelum ni, aku memang tak tau langsung pasal bola. tak minat langsung tengok bola. tak faham langsung pasal bola. sebab bola bulat, macam kosong, samalah ertinya macam knowledge aku pasal bola is zero. yang hanya tau ada pasal golllllllll!!!!!!! ok itu je.

pukul 7.30 dah start siap-siap nak pergi kopitiam kat sebelah ni sebab takut berebut tempat, tak dapat tempat strategik, bla bla bla. tapi sebenarnya semangat lebih. pehh, memang best kan bila tengok bola ramai-ramai. semangat dia rasa lain macam. sampai nak sorak ke apa ke, jadi tak malu sebab memang oorang takkan dengar atas sebab jeritan orang lain lagi kuat, dan sebab seterusnya memang semua orang sorak dan bersemangat. memang tak pelik laa!

tiba-tiba time semua orang diam setelah rakyat malaysia bersorak atas jaringan gol pertama, aku pulak terlebih terkejut. sebab tiba-tiba keluar dekat screen tv tu kata malaysia 0, indon 4.
konon-konon time tu aku cakap lah laju-laju supaya boleh bajet terer aku je yang perasan pasal kesilapan teknikal tu.
then aku cakap lah kat member semeja ni, 'eh, tengok dia buat salah. malaysia 0, indon 4!!'

pastu dan dan tu jugak kena gelak sebab sebenarnya tu offside sebenarnya.

boleh cadangkan tak mana aku nak letak muka ni??


psst : boleh tido tido tido.



psst :
tolong lah bertahan malaysia.




library.


saje je nak  kata ada dekat kat library. saje nak tunjuk rajin macam hoii every week is exam week.
kenapa perlu exam week? sobab eh time exam week je rajin bukak buku nak study.



dah la.
tiba-tiba tension sebab mata pun macam keliru, kau tukar mata dengan panda ke kena tumbuk mata sampai lebam, fatin?? *dem*



ini soalan, pleaseee la jawab!




ada siapa-siapa pernah pergi gunung stong yang dekat kelantan tu tak?
ada apa-apa komen tak?
best ke tak eh pergi sana?
kemudahan macam mana eh?
atau korang tak tau?








Selasa, 28 Disember 2010

Ich bin nitch verheiratel. sie?

pehh. bila letak tajuk german ni tiba-tiba rasa tengah mengalami musim winter, lepas tu mengadap heater dalam rumah (yang bakar api dalam petak tu. ke apa nama dia eh? sebab kat  german nama dia lain. kang aku cakap, korang tak faham kanggg. :P ) sambil duduk atas kerusi malas menghirup air panas dan membaca buku. (nak baca buku aje. well, ai ulat buku bukan ulat bulu yang suka merenyam tu. *tiba-tiba*)

sem ni kena hafal banyak sikit, telinga pun kena bukak luas-luas sikit kasi sebab sem ni dah start belajar subjek bahasa asing. hajat di hati mula-mula nak ambik bahasa jepun. nanti pergi mana-mana boleh jalan laju-laju lepas tu jumpa orang je tunduk cakap hait! hait! lepas tu boleh bajet orang jepun. tapi nak buat macam mana, ramai sangat peminat jepun, sampai time aku nak register untuk subjek tu, kelas dah penuh. (ke aku yang lambat sebenarnya?) tapi takpe, google ada, website nak belajar jepun pun ada. (sedapkan hati sendiri itu perlu walaupun tak tau azam nak belajar jepun sendiri tu menjadi atau tak. itu belakang kira senang kata.)
tapi tak kisahlah, bahasa german pun, bahasa german lah. sebab world cup hari tu german menang, jadi harapnya lepas ni harap german menang lagi. german boleh! *ohh*

pssst : siapa-siapa nak belajar bahasa german boleh contact aku. harga boleh runding. haha. tiba-tiba rasa macam dah lama tak balik german. (ada ke yang nak lempang ai?)

pssst pssst : korang klik lah sini. boleh pilih contact lens warna apa. rm47 termasuk pos. beli 2 pasang, rm90.

Isnin, 27 Disember 2010

mengapa aku?

pada suatu ketika
di mana kau mengenang akan nasib diri
yang mana saat kau mengenang soal hidupmu, masa lampaumu
lalu hadir keluhan dalam hatimu, benakmu
mengapa aku wahai Tuhan?

lalu ketika itu
usahlah kau terus mengenang akan masa lalu
kiranya ia membuat kau terus bersedih,
andainya ia terus buat kau makin tersisih,
lalu hati terpagut resah.
sampai bila harus terus dibelenggu rasa itu?
sampai bila harus dikurungi diri dengan fikiran dan resah itu?
sampai bila?

maka saat itu,
titiplah pengajaran atas apa yang berlaku,
kenanglah ia sebagai titik tolak untuk kau teruskan perjuangan dalam hidup,
kenanglah ia sebagai langkah untuk kau perbaiki akan kesilapan yang lalu,
kenanglah ia sebagai buku untuk kau jadikan ia memori dalam hidupmu,
agar suatu hari nanti saat kau bangun,
kau akan kenang saat jatuh peritmu supaya tiada bongkak hadir dalam diri.

juga pada detik itu,
usahlah kau kenang akan malang nasibmu,
kerana harus kau ingat,
ada yang lebih malang darimu,
ada yang lebih sakit pedih jatuh darimu,
tapi mereka tetap kuat untuk bangun bendiri.

dan ingatlah jua,
atas setiap apa yang berlaku itu,
ada musababnya,
ada hikmahnya,
ada rahsianya,
maka dikau,
bangun lah,
capailah impianmu, rasai segala nikmat yang ada,
agar kau akan terus bangkit.

dan jangan kau sesekali lupa,
Dia, Allah yang Esa,
sentiasa ada.

:')





psst : inilah yang dikatakan padah minum nescafe gamaknya. mata letih, mengantuk. sekarang pun dah hampir pukul 3 pagi. esok kelas pukul 9 pagi. sekarang macam mana aku nak tido tapi tak boleh tido??

Ahad, 26 Disember 2010

bila malaysia bertemu indonesia.

kalau diikutkan, aku memanggg tak tau pasal bola,tak minat bola, kenapa orang minat sangat tengok bola sepak sampai sanggup berjaga tengah-tengah malam semata-mata sebab bola sepak punnn aku tak faham. boleh kira berapa kali je aku tengok match bola betul-betul; time terengganu lawan ape entah dulu yang sampai terengganu jadi juara dulu kala, hari ni ngan bila entah. see, punya lah memang aku tak berminat nak tengok. bukan tak ada semangat sukan sokong negara, tapi sebab tak faham.

tapi tadi, farah dengan anna tiba-tiba nak tengok bola time pergi makan. aku yang memang dilanda kebosanan join aje lah. tiba-tiba rasa memang berminat pulak nak tengok bola. lagi-lagi bila tengok ramai-ramai, memang bersemangat lah. tambah lagi, bila sorak ramai-ramai. pehh, nikmat. sebab malaysia menang, rasa tak sia-sia makan dua kali. kali pertama, makan as in memang makan makanan berat (dinner) sebab kat kedai tu makanan murah tapi tv tak best. screen tak clear. kedai kedua, anggap je lah supper punya meal sebab kat situ mahal sikit, cuma mampu makan fries ngan nugget share 3 orang semata-mata singgah nak tengok bola sebab screen better than kedai tadi. dan selesa juga. (kedai makanan mahal kataaa)

keputusan bola suzuki cup tadi;
malaysia  - 3
indonesia - 0

komen aku;
1. apa hal la penyokong malaysia nak malukan malaysia nak laser-laser lepas tu ada asap plak kat tengah padang. tak pasal-pasal indon jadikan alasan laser mata goal keeper dorang tu penyebab dorang kalah... lagi satu, ikut peraturan lah sikit. kang kalau kat indon nanti dorang pun buat hal yang sama, korag jugak yang bising. errr.
2. aku sukaa gol malaysia yang kedua ngan ketiga. nampak smart! caya lah abang safee! (tiba-tiba)
3. no komen.
4. tiba-tiba rasa dah ada minat nak tengok bola lagi lepas ni. errr.

apa-apa pun, caya lah malaysia. superb!!

bila malaysia bertemu indonesia.

kalau diikutkan, aku memanggg tak tau pasal bola,tak minat bola, kenapa orang minat sangat tengok bola sepak sampai sanggup berjaga tengah-tengah malam semata-mata sebab bola sepak punnn aku tak faham. boleh kira berapa kali je aku tengok match bola betul-betul; time terengganu lawan ape entah dulu yang sampai terengganu jadi juara dulu kala, hari ni ngan bila entah. see, punya lah memang aku tak berminat nak tengok. bukan tak ada semangat sukan sokong negara, tapi sebab tak faham.

tapi tadi, farah dengan anna tiba-tiba nak tengok bola time pergi makan. aku yang memang dilanda kebosanan join aje lah. tiba-tiba rasa memang berminat pulak nak tengok bola. lagi-lagi bila tengok ramai-ramai, memang bersemangat lah. tambah lagi, bila sorak ramai-ramai. pehh, nikmat. sebab malaysia menang, rasa tak sia-sia makan dua kali. kali pertama, makan as in memang makan makanan berat (dinner) sebab kat kedai tu makanan murah tapi tv tak best. screen tak clear. kedai kedua, anggap je lah supper punya meal sebab kat situ mahal sikit, cuma mampu makan fries ngan nugget share 3 orang semata-mata singgah nak tengok bola sebab screen better than kedai tadi. dan selesa juga. (kedai makanan mahal kataaa)

keputusan bola suzuki cup tadi;
malaysia  - 3
indonesia - 0

komen aku;
1. apa hal la penyokong malaysia nak malukan malaysia nak laser-laser lepas tu ada asap plak kat tengah padang. tak pasal-pasal indon jadikan alasan laser mata goal keeper dorang tu penyebab dorang kalah... lagi satu, ikut peraturan lah sikit. kang kalau kat indon nanti dorang pun buat hal yang sama, korag jugak yang bising. errr.
2. aku sukaa gol malaysia yang kedua ngan ketiga. nampak smart! caya lah abang safee! (tiba-tiba)
3. no komen.
4. tiba-tiba rasa dah ada minat nak tengok bola lagi lepas ni. errr.

apa-apa pun, caya lah malaysia. superb!!

ms. genius.

soalan pertama,
macam mana heh nak tukar nama yang dekat yahoomail tu?
tiap kali hantar email je, aku mesti nak fikir 2,3 kali macam seperti adakah si penerima akan tertanya-tanya siapakah gerangan yang bajet perasan geniusss la sangatttt ini?. orang genius pun tak mengaku geniusss kot.

contoh macam ni. 
kak intan, pinjam kejap. ;P


ok fine. tiba-tiba sentap dengan kenyataan sendiri.

ater, email ni salahsilah dia bermula since aku darjah 6 tak silap.
waktu tu semua nak ayat pandai-pandai. budak skemaa kata. nak dapat 5A tapi malas belajar, upsr still boleh tiru. dan mungkin sebab tiru orang sebelah, aku still ingat sampai pernah kantoi dengan pengawas tapi pengawas boleh pulak buat tak nampak, hilang nervous. tapi trima kasih orang sebelah, Fatin Nabila sebab bagi kerjasama yang sungguh memberangsangkan. pehh. skema ke?
tapi bab-bab tiru tu, tak boleh la jugak nak salahkan aku sebab ada cikgu aku pernah cakap sebelum upsr berlangsung,, 'nanti korang yang perform tu tolong lah sikit kawan-kawan.'
lalu aku rasa aku patut ditolong sebab aku lah antara orang yang tak perform itewwww tapi duduk kelas pertama. (ceh, nak cakap jugak. tak nak rasa loser sangat punya pasal.) tapi waktu upsr je lah aku rasa aku berani meniru sebab bila time pmr ngan spm je terus jadi skema takut nak toleh kanan kiri. itu pasal la kot time form 4 aku dapat anugerah budak skema yang di-vote oleh budak-budak kelas sendiri. hoii, aku skema sangat ke hoii??? tiba-tiba rasa macamm tak boleh nak terima kenyataan.

apa dah yang aku melalut nih. kita balik kepada kes email tadi.
time darjah 6 tu la aku baru nak kenal internet ni. tu pun time tu aku just buat je. tapi tak guna sebab tak reti dan tak tau nak email siapa. aku nak spam orang kata dorang menanng loteri kangg, aku plak tak ada email dorang. jadi kepam macam tu je lah email tu. just buat syarat as asal ada cukup lah. dan sebab nak jadi pandai punya pasal, terus letak je nama genius, lalu kalau kau terima email dari aku tak payah lah nak buat-buat blurr atau nak tergelak siapa ni kesian nak rasa genius sangat? haha
orang kata setiap perkataan tu doa, sebab tu letak nama genius tu sebab harap-harap esok bangun tidur boleh jadi genius. tapi sayangnya mimpi tinggal mimpi, angan menjadi kosong. takde de nak pandai kalau tak belajar. yang reti cuma tengok tv, makan, tengok tv, main-main makan tido. mana tak gemukkk.

ok, kita berbalik kepada soalan tadi,
macam mana eh nak tukar nama dekat email tu?
sebab sekarang ni aku rasa nak guna nama sendiri sebab nama aku sedap dan maksud nama pun mantap.
nak tau apa maksud nama? malu lewww. :P

psst:

harap misi untuk terus mantain pergi gym sem ni berhasil.
tapi ni baru dua kali pergi gym, badan rasa macam dah dua tahun penat bekerja. 
ishhhh. 

Jumaat, 24 Disember 2010

tudungsss.

anyone tolong ajar aku pleasee,
tolong ajar gua macam mana nak pakai tudung gedik gilerrrrrr.

hahaha.

entah siapa-siapa lah yang google keyword ni.
tapi tiba-tiba rasa nak buat contest bertajuk tudung gedik gilerrr.
dan sebab sekarang pun tengah baru mula nak jual contact lens freshlook, freshkon rm47 termasuk postage, terus rasa nak buat contest tu bertajuk, 
tudung gedik gilerr bersama mata cantik. 
ewahh.

siapa nak join boleh hantar penyertaan.
oh, ini hanyalah cubaan. tapi kalau tiba-tiba tercuba, otometik akan jadi contest betul-betul.
eh, boleh ke macam tu??





Khamis, 23 Disember 2010

zero.

semua orang bermula dari zero,
dan untuk berjaya, bukan semudah yang disangka,
tiada apa yang dimahukan itu akan datang bergolek macam limau gong xi fa cai jatuh bergilek dari tangan si kecil, (oh over~. haha)
tanpa usaha, mana lah akan datang kejayaan itu,
tanpa kerja keras, bagaimana harus sinar kejayaan itu akan muncul,
tanpa kegagalan yang pernah dirasai,
apa lah nikmat kejayaan itu.



pssst : dalam satu hari boleh online sekejap sahaja. kadang-kadang tak lebih dari dua jam. sadis tak sadis tak? memang cukup sadisss. tak pe takpe. walau susah macam mana pun, aku tetap try sedaya upaya supaya dapat online. :)



psst pssst : boleh take a look contact lens macam-macam warna dekat sini. freshlook dan freshkon rm47 termasuk postage. boleh pakai limit sampai 3 bulan, tapi ikut macam mana korang jaga jugak. kadang-kadang tak recommended sangat pakai lama-lama. :)

Rabu, 22 Disember 2010

beristikharah tak semestinya bermimpi.

ramai yang menganggap tiap kali nak cari jodoh je, baru kena buat istikharah. tidak pun, waktu exam besarr dan penting baru nak buat istikharah. tapi sebenarnya konsep istikharah ni luas. sebab kita nak mintak petunjuk dari Allah, kita tanya Allah, dan kita tunggu Allah jawab. tak kisah lah mana-mana, apa tujuannya pun, tapi yang penting, kebanyakan kita tunggu mimpi malam tu jugak. sebab apa? sebab mind set kita, tiap kali lepas buat solat sunat istikharah je, akan dapat mimpi. ok, fine. mungkin ada antara korang tak, tapi aku macam tu lah dulu. sampai tido malam pun tak lena. sebab cuak apa keputusan dalam mimpi malam tu. sekali, dua kali buat istikharah, tak mimpi mimpi. tidur malam pun tak lena. mata terkedip kedip sebab nak tidur, tapi tak boleh. paksa mata pejam, tapi tak lelap. paksa lagi, tapi fikiran melayang fikirkan tentang mimpi yang bakal menjelma. sudahnya, tak ada petanda. tapi waktu tu, aku betul-betul nak mintak jawapan dari Allah.

kebetulan dalam tempoh tu, waktu rancangan semanis kurma, aku ada terdengar ustazah tu cakap (dengar je sebab time tu ibu yang tengok, aku layan online. :P)istikharah ni tak semestinya mimpi. tapi kadang-kadang kita akan dapat petunjuk melalui ketenangan, dan macam-macam lagi. lebih kurang macam tu la.
kemudian, lepas daripada tu, dan atas sebab ak pun memang nak tau sangat jawapan dari Allah, then aku try lagi. dan lepas tu, aku tak mengharapkan mimpi. sebab kadang-kadang, mimpi yang terlahir tu dipengaruhi oleh perasaan. setiap kali berdoa, tanya Allah. cuak jugak nak tunggu jawapan.

lama-lama, jadi malas nak buat istikharah. lagipun waktu tu hidup macam dipengaruhi oleh fikiran dan pengetahuan sendiri. padahal Allah lebih tahu. sebab, Allah Maha Mengetahui. :)
tapi tu lah. aku still manusia biasa yang sering lalai, daripada rajin istikharah, lama-lama doa je lepas solat. lebih baik ada dari tak ada. kata sendiri.

lama-lama, bilamana saat permintaan aku tu pun aku terlupa, jawapan tiba-tiba muncul. muncul dalam keadaan aku sendiri tak perasan pada mulanya. tapi lama-lama, dah dapat dua tiga lebihhhh petunjuk yang terbentang, aku baru perasan. terima kasih, Allah, atas jawapan yang telah Kau berikan. :')

dan syukur, aku rasa tenang daripada persoalan yang lama dulu. :')

dan ada cebisan yang aku ambik di sini,

Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).


psst : tak boleh tidoo. homesick.. :'(

psst pssst : kalau ada pape yang salah, tolong tegur ya. aku cetek ilmu, dan ini apa yang aku alami sendiri.
tapi tentang kisah apa tu, let it remain secret lah. ;p

Isnin, 20 Disember 2010

gua tau uni yang gua belajar sekarang bukan milik bapak gua.
waima bukan milik siapa-siapa yang gua kenal pun.
tapi milik kerajaan yang mana walau macam mana pun gua kena sedar diri gua kena pergi belajar atau nanti pinjaman yang gua buat hanya sia-sia.
tapi gua tak rasa gua nak balik uni. walaupun sepatutnya semalam dah kena balik sana dan hari ni sepatutnya kalau ikut jadual ada kelas, tapi gua still kat rumah, dan nanti esok kalau tak ada apa-apa halangan, gua balik sana.



tapi gua rasa gua kena serangan pms, pening-pening, esok pergi klinik dapat mc agaknya ni.
kalau macam tu, lusa baru gua gerak balik ke 'rumah kedua', ok tak agak-agak?



pssst : pening pening pening. sampai tak boleh fikir nak taip apa.

Ahad, 19 Disember 2010

jangan.

jangan dikenang masa lalu,
andai ia membuat hati bertambah derita.

jangan dikenang masa lalu,
andai kau semakin tidak keruan.

jangan dikenang masa lalu,
yang buat kau terus berdiri di takuk lama,
tidak berganjak untuk mencapai kebahagiaan,
mendapatkan kebaikan untuk dirimu, hatimu.

jangan dikenang masa lalu,
andai buatkan hatimu menangis lagi.

tapi kenanglah masa lalu, bukan selalu,
agar kau lebih berjaga-jaga.
agar kau lebih memerhati,
agar kau lebih menjaga hatimu sendiri,
supaya hal yang lama itu tidak lagi berulang,
agar kejayaan dan kebahagiaan dan kejayaan yang kau ingin miliki itu,
dalam genggaman.

insyaAllah, Allah ada. sentiasa dekat.
mohonlah pertolongan dariNya,
berdoalah padaNya,
menangislah padaNya,
kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Memberi.

:)


pssst : setiap yang berlaku itu kadang-kadang tiada duganya, menghentam diri hingga jatuh tersungkur. tapi bangkitlah, kerana tanpa kau merasa sakitnya jatuh itu, kau tidak akan merasa manisnya berdiri. manisnya nikmat yang kau rasakan itu. :)

rindu.



rindu gilaaa sama ini budak.
walaupun banyak mulut macam orang tua. walaupun suka membebel entah pape yang aku tak faham..

walaupun suka tanya 'acik buat apa tu?' banyak-banyak kali sungguhpun aku tengah layan dia.

walaupun dia kedekut, conquer seat depan dalam kereta, orang lain tak boleh duduk bersama, even pakcik dia ke, abang kakak dia ke, nehi nehi. itu dia yang punya.

walaupun dia suka main make up make up dengan aku suka tepuk tepuk muka konon pakaikan bedak compact powder sampai pedih muka lalu disembur airliur ke wajahku tanpa diketahui motif apa dia sembur air liur kalau dikaitkan dalam make up.

walaupun kedekut semua barang orang barang dia.

walaupun aku kena layan dia lagi dan lagi bila dia suka kita layan dia lalu akan keep saying, 'lagi satu' sampai kau jemu tapi dia tak jemu jemu. (?) tapi kalau dia tak nak layan kita, dia akan cakap manja manja, 'dah eaaaa'.

walaupun kalau nangis, haruslah aku pun tak tau nak buat apa sebab sekali dia nangiss akan nak dengan mak dia je.


ok dah. nanti makin rindu.

lagi-lagi sekarang dia tengah demam campak. hari tu cakap telefon, mula-mula cakap, 'acik, adik sakit niii..'
ololololooo..


pssst : jangan disangka air yang tenang tiada buaya, muka yang baik, baik sifatnya. (eh, apa kaitan?) haha

Jumaat, 17 Disember 2010

al-fatihah..

sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadanya juga kita kembali.
al-fatihah..



pssst : baru balik dari kuala terengganu. drive dalam hujan lebat dengan badan yang penat. jalan yang tak berapa jauh pun boleh jadi jauh sebab drive kereta macam ada pegawai jpj kat sebelah. drive tak boleh lebih dari 60km/j. :P
dalam perjalanan pulang, dapat panggilan berita kematian.
cant wait for tomorrow!!!








psst : ini namanya entry... errrr.

Khamis, 16 Disember 2010

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,





tabah lah wahai jiwa-jiwa yang kuat.
:')

syeera sanders.

buat yang masih tertanya-tanya siapa syeera sanders, dan baru nak kenal, preasenting you ini dia syeera sanders.


gambar dicuri dari fb fanpage syeera sanders. boleh klik like di sini.

 

Aku tak kisah apa kau nak kata pada mereka
Tentang aku, tentang kita
Aku tak kisah kau nak benci aku, buang aku dari hidupmu
Aku tak kisah, aku tetap cinta

sebab ku tahu tiada yang kekal selamanya
Hanya perasaanku ini,
dan segala memori
Dan ku tahu takkan ada yg sama denganmu
tiada yg dpt menggantimu.
Aku tahu..

Ohh..
Dan ku tahu, kau jua pasti akan merindui ku
Tapi benci mengawal perasaanmu
Aku tahu, aku tahu

lagu paling baru by syeera sanders. nanti keluar lagi lagi lagi. 
dia punya idea yang banyak, terer main gitar, 
baru 16tahun.

jom dengar!



sebab dan kejadian.

maka, setiap yang berlaku itu ada sebabnya,
setiap yang berlaku itu ada hikmahnya,
sama ada kita suka atau tak suka,
sama ada kita dapat terima atau tak,
sama ada tertanggung mahupun tidak.

kuatlah kerana di akhirnya kau akan sedar betapa yang berlaku itu akan lebih mematangkan, akan lebih menghargai tikanya kau senang, akan lebih menghargai juga tikanya kau hilang akan sesuatu itu.

dan ingatlah jua,

'Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hambaNya itu.'


:')



pssst : hargai apa yang ada sekarang, dan usahakan yang terbaik dalam apa jua pun yang dilakukan. :)
pssst psstt : banyak post baru beratur. huh!

Selasa, 14 Disember 2010






antibodi kena kuat!!

renew Mykad

konon-konon tak nak renew lagi sebab oh i'm still young young young.
tapi kalau memikirkan yang diri masih muda muda muda, sampai bila pun tak renew. jiwa muda tak apa. haha. dan juga, memikirkan poket kering lagi kontang, apatah pula poketku ini lagi nipis dari kertas a4. dapat bayangkan tak? tapi jangan lah bayangkan nampak poket gua tebal semacam bila terserempak, itu namanya tebal tisu dan tebal fabrik. kalau tegur jugak, itu dah perli namanya. :P

sekarang dah bulan 12, nak kena tunggu lagi 2 bulan baru cuti bila naik sem baru nanti. itupun cuti raya cina. jadi pada hemat aku, legi baik aku bangun awal hari ni, renew ic atau nanti aku tak sempat nak renew lalu kena bayar denda. apatah lagi birthday aku awal tahun.  terbayang lagi duit melayang secara percuma akibat didenda. nehi nehi. aku tak boleh benarkan hal tu berlaku. lebih baik aku bertindak cepat. lalu tadi aku pakai cantik-cantik bajet boleh photoshoot macam nak masuk majalah. *angan nak jadi model tak kesampaian punya pasal. T.T*
lagi satu, dulu aku fikir lagi baik lambatkan sikit renew myKad, tunggu cun sikit, baru buat baru. tapi bila fikir-fikir balik, adalah lebih baik aku buat sekarang sebab lagi lama tunggu, muka pun jadi semakin mengembang, sementara muka still kembang sikit ni, lebih baik aku renew sekarang.

sampai pejabat pendaftaran, nasib baik tak ramai orang, ambik nombor, duduk sekejap tak sempat bontot panas, terus dah kena panggil masuk bilik. abang hengsengggg wa cakap sama luuuu. terus rasa malu-malu menggeletar seluruh badan nak nak time dia tanya, 'no telefon berapa?'. aku dah bajet ishh aku ni hot sangat ke belum baca jampi serampah, tak sampai 5minit dah mintak no telefon. tapi simpan sahaja anganmu itu. abang tu nak rekod untuk myKad baru sebenarnya. *nangis*
lepas tu terus ambik gambar. time ni best. muka excited jangan cakap lah. baru nak feel macam model, tiba-tiba abang tu cakap, 'awak ni memang cantik lah'. ok tipu. abang tu cakap, 'tudung tu betulkan sikit ye'. haha. tiba-tiba rasa macam jakunss tapi takpe abang hengsenggg punya pasal. :P

ok, dipendekkan cerita, ini procedure yang akan anda lalui sepertimana saya lalui tadi untuk memperbaharui ic anda, iaitu sebelum 21 tahun.

1. ambil nombor giliran korang.

2. tunggu sampai giliran kena panggil.

3. dah panggil, cakap la nak renew ic. dia akan mintak no telefon. kalau ada tukar alamat, bagitau sekali time tu. tapi ada certain case, time korang nak ambik no giliran tu, staff yang jaga kat situ akan tanya dulu, 'adik manis, ada tuka alamat?'

4. time ni korang juga berkemungkinan sama kes dengan aku macam tadi sebab bajet renew ic hanya lah free, tapi tidak ya kawan-kawan. JANGAN LUPA sediakan rm10. tapi cuba try kenyit-kenyit mata sikit, kot-kot dapat free. errrr.

5. dan sekarang adalah masa yangditunggu-tunggu. gambar time!!! kepada yang bertudung, pakai lah tudung gelap macam hitam ke, blue black ke. kepada yang tak bertudung, kemaskan rambut anda biar nampak cantik bergaya. yang lelaki pula, smart kan diri anda. peace!

6. staff kaunter yang yang bertugas akan tanya, nak guna ic sementara atau ic lama? korang pilih lah. aku pilih untuk guna ic lama. senang sikit.

7. tunggu waktu sebulan, nanti ambik kad pengenalan baru anda dengan perasaan berkobar-kobar nak tengok gambar.

8. apa lagi? jangan buat bilik tu macam bilik sendiri pulak. balik lahhhh!  :P


*bukan gambar tadi* 

selamat membuat pembaharuan myKad!


pssst : korang pakai tudung style skarang pun xpe. nanti boleh la tunjuk kat cucu cicit, dorang cakap, fuyyyooo nenek/atuk aku stylooo! mintak-mintak abang tadi curi no tepon aku senyap-senyap. haha

pssst psst : fikir fikir fikir! 

everybody everybody wants to love!



We have fallen down again tonight
In this world it's hard to get it right
Trying to make your heart fit like a glove
What it needs is love, love, love

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants be to loved
Oh oh oh
Oh oh oh
Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants be to loved
Oh oh oh
Oh oh oh

Happy is the heart that still feels pain
Darkness drains and light will come again
Swing open your chest and let it in
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants be to loved
Oh oh oh
Oh oh oh
Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants be to loved
Oh oh oh
Oh oh oh

Everybody knows the love
Everybody holds the love
Everybody folds for love
Everybody feels the love
Everybody steals the love
Everybody heals with love

Oh oh oh
Just let the love love love begin

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants be to loved
Oh oh oh
Oh oh oh
Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants be to loved
Oh oh oh
Oh oh oh





pssst : suka lah lagu ni! 
:)

teka teki teku.




cuba teka apa yang baru sekarang???????




jeng jeng jeng. 







Ahad, 12 Disember 2010

tekak melayu.

dah kata tekak tu tekak melayu, bila dah masuk makanan makanan yang ala-ala sikit mula lah rasa muak semacam. lebih-lebih lagi bila makanan yang tak pedas. nak nak pulak dah sejuk. lagiiii super duperr alahai sampai sini sahaja kau boleh masuk tekak aku. kaedahnya macam tu lah lebih kurang.
biasanya kalau asa satu masa tu dah naaak sangat makan pizza, memang akan makan. tapi tau-tau lah. makan 2 slice dah rasa penuh. tambah pulak dengan add on semua. lagiii rasa macam dah kenyang. bila dah rasa agak penuh tu, mula lah makan pun slowww je. kalau tak mula-mula, time order sampai, pelahap tak hingaat.

sebenarnya aku nak cakap, hari niaku masak spaghetti carbonara. tiba-tiba rasa nak makan bila tengok buku resipi. beli-beli bahan, masak. siang tadi dah makan. rasa macam muakk gila.
tadi try makan lagi, nak hilangkan rasa muakk tu, aku penyek cili padi. pehhhhh. terbaik ahh.
lain kali boleh buat lagi.


pssst : sebenarnya, gua nak cakap, spaghetti carbonara penyek cili padi memang terbaik!!

10

tajuk entry hari ni 10 bukanlah sebab nak memperkenalkan 10 ciri-ciri lelaki idaman, 10 kebaikan yang anda akan dapat selepas mencabut gigi, 10 keburukan yang anda akan perolehi selepas menjalani suntikan botox, nehi nehi nehi betha.

hari ni kenapa entah bangun pagi tiba-tiba mood macam tak elok sangat. oh mood, please be good to me, to everyone too. sebab mood tak ada, boleh lah makan banyak-makan. kiranya alasan nak cover sekarang dah mula makan banyak, tapi makan banyak time mood tak ada tak apa, nanti boleh pulihkan mood. kepala hotssss! tak nak cerita pasal makan dan berat badan naik, sebab nanti mood boleh berubah. no no no.

macam megi jugak, tak kiralah mi segera apa pun, semua nak bedal panggil megi. biarpun mi segera tu bukan megi pun, mami ke, cintan ke, tapi stilll nak panggil megi. sama jugak macam ubat gigi, asal ubat gigi je, nak panggil colgate. tak kira lagi orang orang cun ni, asal orang cun je semua nak kata fatin syahirah. ehhhhh.
lagi satu, fabric softener pun macam tu kan, asalkan softener je, semuaa nak tibai panggil softlan. padahal softlan tu brand je.

ok, ok. sudah lah. jom ikuti perbualan di bawah;

ibu : adik masukkan brape tadi softlan dalam mesin?
adik : 10
ibu : banyak nya. ibu masukkan 1 penutup je. 
adik : amende? ambe (read : hamba, which refers to himself) masukkan 10 penutup yang kecik
tu.

maksudnya kat sini, ibu ingatkan adik masukkan 10 penutup softlan yang saiz ni.
 tapi rupanya..
















































saiz penutup yang niii!!


KAH KAH KAH KAH!!
lawak ohhh. rajin lah pulak mamat ni nak masukkan banyak kali sampai 10 kali. 
masalahnya, cukup ke bau nya nanti hoiiii??!!



[gambar-gambar di atas kredit kepada google]


Sabtu, 11 Disember 2010

al-kisahnya..

alkisah konon-konon hari tu beria cakap nak update malam tu jugak. waktu tu memang lah rasa macam bersemangat hoyeeahh nak update jugak walau macam mana pun. tapi macam mana ntah tiba-tiba jadik malas. tiba-tiba tak ada mood.
lately macam banyak sangat yang berlaku. yang baru tahu hal yang lepas-lepas pun ya jugak. rasa semacam hoii apa ni tiba-tiba. tapi ada yang best, ada yang tak best. adat lah tu. hidup bukan selalunya senang, bukan selalunya gembira. even penipu yang dah rasa berjaya menipu pun boleh jatuh tersungkur, boleh pecah tembelangnya. kan?

sebab tu, kalau kerja tu nak menganiaya orang, tak kisah lah dari segi wang ringgit ke, fizikal ke, emosi ke, hidup jarang nak rasa tenang. kalau rasa seronok buat kerja macam tu pun, akan ada jugak something yang tak kena, tak menjadi. kalau kau nak berlagak pun sekarang tak ada rasa apa, Allah itu ada, Allah nampak, celah mana pun kau lari, tak ke mana jugak. apa pun niat kau, kalau dah kerja duk menganiaya orang, membangga diri akan kesenangan yang ada, tak ke mana.


ok dah.
nak pergi mesra mall.
jommmmmmmmm!!!!!!!!!

Khamis, 9 Disember 2010

home manis rumah.

home manis rumah yang boleh jugk difahami dengan erti kata home sweet home ba kata omputih. perghh. lain kan keadaannya bilamana kat rumah orang lain denan rumah sendiri. selesa ke tak tu pun ya jugak, tapi terbiasa ke tak tu yang penting. tapi stilll seronok dua ronok tiga ronok ronokronok sebab boleh usik adik-adik dua pupu.

gambar banyak, tapi tak ada lah banyak sangat keluar pergi low yat dengan member sekolah aku dulu si diana pun tak banyak ambik gambar. pergi low yat konon nak survey harga dan keadaan kamera lomo, tapi satu pun tak jumpa. instax mini saje yang ada. mana eh nak cari lomo?

ok lah. malam nanti baru update lain berserta gambar yang hanya ada. buat masa sekarang ni, bagi chance kat aku nak pecahkan lemak. tension lah sekarang makin gemuuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkk.


psst : kau fikir aku tiidak tahu? sila cuba lagi. bukan terlalu mudah okk.

Sabtu, 4 Disember 2010

ohh~

bilamana dah lama tak naik bas untuk perjalanan jauh, sekali naik memang cuak. itu belum masuk bab banyak kemalangan yang melibatkan bas-bas ni semua. cuak dia memang lain macam yang semacam okk. sebab tu gua mintak sorry dulu lah bas-bas yang menawarkan khidmat perjalanan pada waktu malam sahaja. lagiii lah aku cuak luar biasa nak naik. tapi apakan daya, fikir-fikir balik, cuak tak cuak, kalau dah ajal memang macam tu, kau naik kereta ke, kapal terbang ke, kapal laut ke, kapal darat ke, kalau ajal memang dah ditentukan macam, kau lari macam mana pun, akan tetap jadik jugak.
jadi, kalau kau nak ikutkan perasaan cuak tu, memang tak jalan. memang tak ke mana lah kan. cuma apa yang termampu tu, bertawakal je lah, mintak-mintak perjalanan selamat sampai. tak ada apa yang tak teringini akan berlaku. insyaAllah tak ada pape. tapi aku ni jenis pelik sikit, kang time duduk dalam tu aku dah mengucap siap-siap, takut kalau tiba-tiba jadi apa-apa yang teringini, at least dah mengucap. memang ntah pape. ya, saya tau. tapi apa daya saya.
satu je pasal aku yang dah jarang nak naik bas jalan jauh ni, aku cepat mabuk bas. naik sekejap, dah pening. lepas tu mula lah rasa nak muntah terus feeling feeling oh dah ada rezeki dalam perutkah? (kepala hots kau fatin.) mungkin sebab setiap kali cuti pergi balik pun ayah hantar dan ambik. chance nak naik bas jalan jauh lebih dari 50km tu kurang lah sikit. terus rasa macam oh ai tak biasa naik bas.

sudah lah, pendekkan sahaja cerita, selepas naik bas dari rumah, aku dah sampai subang pun semalam. berukband celcom pulak macam @##$%^^&*** memang menguji kesabaran. rasa macam nak bagi kucing makan pun ada, tapi fikir-fikir balik kang kucing mengalami complication pulak macam mana?


psstt : ada ke siapa-siapa nak bawak aku pergi jalan-jalan? jom jom!

Khamis, 2 Disember 2010

alahai.. sweetnye...






alahai, manisnya budak tuh. walaupun menyakitkan hati, tapi still.. haha. comel sungguh.


psst : ada jugak dorang bikin cerita seram. bagi aku yang penakut yang hamat ni memang seram ah. seram sikit pun dah nak tutup mata. nak tengok? pergi dekat youtube channel maxhits.

Rabu, 1 Disember 2010

politik di mana-mana.



haishh~