Monday, November 22, 2010

tips la sangat. : awak sakit tekak tapi nak makan aiskrim?

assalamualaikum!

anda batuk?
tak suka makan ubat batuk?
(dah serupa boleh jadi pengiklan ni. salahkan iklan-iklan sekarang! haha)

setiap kali batuk, part yang paling tak suka time nak kena makan ubat batuk. tapi kalau waktu tu tengah mengalami insomnia, boleh jadi suka lah nak makan ubat batuk waktu batuk, sebab lepas makan ubat batuk letak kepala atas bantal tak payah pusing kanan pusing kiri terus lelap. itu pun kalau lelap. kalau tak lelap teguk ubat batuk lagi. haippp. jangan buat!
dan lagi satu, waktu hampir tibanya jangkitan batuk dan selsema pun aku tak suka jugak, sebab waktu tu tekak akan rasa pedih dan kering semacam a.k.a sakit tekak. teguk air lebih dari satu botol besar air mineral pun tak hilang lagi. tension tension tension. lepas tu mula lah nak ehem ehem kuat kuat, even dalam kelas pun orang lain tengah diam-diam fokus aku duk ehem ehem sampai sudah. nak kata malu tu tak adalah malu sangat. taktik mesti ada, beb. waktu kau nak ehem ehem tu, kau buat lah nak tanya soalan kat kawan sebelah kau, lepas tu ehem ehem tang tang tang tu juga, buat muka tak bersalah pandang pelik kat orang sebelah kau, dah tentu orang ingat orang sebelah kau yang ehem ehem itew. tapi jangan waktu tu aku orang yang duduk kat sebelah kau sudah. kalau tak kena lempang, paling koman pun selipar masuk dalam lubang hidung. ehhh.

ok kita abaikan pasal tu, kita kembali pada sesi tips la sangat kita pada hari ini.



kredit : encik google.
awak sakit tekak ke?
terliur tak terliur tak tengok aiskrim titew? *lempang satu das*
ok, sekarang awak tak perlu risau lagi, awak boleh makan aiskrim.
TETAPI, dengan syarat, aiskrim vanilla sahaja ok?
aku tak tau apa rasional nya, teori medic nya, sebab kawan hari tu sakit tekak batuk batuk lalu pergi jumpa doktor. kawan aku tak suka makan ubat batuk. hello~ siapa suka makan ubat batuk tell me tell me. tapi orang yang ketagih ubat batuk tu dikecualikan lah.
aku tak suka makan ubat batuk dulu sebab lepas makan ubat batuk yang sememangnya tak sedap rasanya, aku tak dibenarkan minum air. sebab ibu kata nanti ubat batuk tak larut dalam badan. (?)

doktor tu pernah cakap lebih kurang macam ni la,
awak boleh makan aiskrim, tapi aiskrim vanilla bukan ais krim coklat. nak tau sebab apa? saya pun tak tau kenapa tapi sebelum sebelum ni memang tak ada masalah.

and hari tu, aku sakit tekak lalu makan aiskrim, alhamdulillah baik. :)

at least aku tak payah makan ubat. ok apa, koman-koman, badan aku tak terlalu bergantung kepada ubat, antibodi pun tak berapa nak lemah. maknanya, untuk sakit yang sikit-sikit, antibodi aku dah boleh resist kuman-kuman jahat. kan?



selamat mencuba!
tapi yang penting, air masak perlu diminum banyak-banyak.

sesungguhnya kita hanya mencari ikhtiar dan berusaha, dan yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu Allah yang Satu. :')

4 comments:

Kuasai minda said...

Best ni...sangat menarik utk dicuba...

Tapi apapun, air masak mmg kena ambil dengan banyak masa rasa nak demam tu, sebab masa tu badan kekurangan air, sebab tu simptom pertamanya adalah sakit tekak...

Sharinginfoz said...

sedapnya tengok gambar ice-cream tu

FatinSyahirah said...

kuasai minda : betul, betul. air masak memang kena minum banyak-banyak. kadang-kadang, bila dah minum air masak banyak tu, tekak tak kering, selsema pun tak jadi nak datang.

FatinSyahirah said...

sharinginfoz : tu lah. terus rasa nak beli. tapi sakit mata tak nak keluar rumah. hohh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...