Isnin, 22 November 2010

tips la sangat. : awak batuk tak hilang-hilang jugak walaupun dah makan ubat batuk?

assalamualaikum!

kembali lagi kita di segmen tips la sangat yang tidak tetap waktu nya.

perasan tak segmen tips la sangat kita ni berturut-turut mengenai batuk batuk batuk? but dont worry be happy ya. cik fatin tak batuk pun. :P

waktu tibanya batuk adalah waktu yang paling menguji daya tahan mental, sebab nanti aku akan rasa sama ada nak menangis atau menahan sebak yang sememangnya dada sebak sebab tahan batuk yang susah nak berhenti. pernah tak pernah tak?
paling tension adalah part waktu aku tengah best tidur, lepas tu tiba-tiba terjaga sebab batuk yang terlampau susah nak berhenti. rasa sampai nak termuntah pun ada. rasa sesak nafas tu jangan cakap. kadang-kadang je lah sebab aku kadang-kadang je kena batuk. antibodi kuat kataaaaa. ;P

tapi lagi menguji keimanan bila kau dah makan ubat hampir habis sebotol pun, tak hilang jugak batuknya. kalau tak hilang. macam ibu dulu, pernah batuk lama jugak. sampai la satu hari ni, ada orang bagi cara lain untuk hilangkan batuk.

bahan-bahan yang diperlukan;
1. kicap
2. limau nipis
3. sudu

senang saje cara-caranya. kau perah limau nipis dalam kicap, satu sudu cukup lah. try makan macam kau makan ubat batuk sebelum ni. jangan lupa baca bismillah.

insyaAllah, menjadi. :)

selamat mencuba!

pssst : kalau siapa-siapa ada tips lain, share-share jugak k?

psst pssst : aku tak tau apa rasionalnya kicap dengan ubat batuk. sama-sama warna hitam barangkali? haha
( ok, gurau sahaja  ;P )


2 ulasan:

Anna Boleyn berkata...

salam..sy dah masukkan link blog ni dlm bloglist HLN. sila check kat bloglist 'Another Love Nest' Thanx :)

FatinSyahirah berkata...

salam. dah tengok selalu. hihi. terima kasih. :)