Sabtu, 6 November 2010

tips la sangat. :) : ais dan mata panda a.k.a eyebag

bila dah berada dalam zon minggu exam, hati terkinja-knja semacam tak sabar nak habis exam. pagi-pagi bangun tidur kadang-kadang mood dah habis baik. tak ada nak rasa tension-tension dan sebagainya. bila kena gosok gigi, mengadap cermin terus rasa down sebab nampak eyebag kat bawah mata. haja di hati nak beli barang muka untuk mata, koman-koman produk garnier ke, apa ke, asalkan yang mampu lah.
tapi bila dah hujung-hujung sem ni, duit dalam bank pun dah ibarat hujung-hujung jari je. sampai sekarang pun untuk makan, bajet yang telah dihadkan hanyalah rm3 satu hari. kesian tak kesian tak?
kesian tak kesian tapi tu lah hakikatnya. T__T

tak sabar nak habis exam. sebab waktu ni lah muka jadi kusam, nak tidur bangun tidur tengok cermin pun tak ada beza, tetap kusam. dengan masalah air yang dialami ni memang menguji lah sebab air berkarat. kalau tengok jerawat pun semakin nakal tu maknanya sebab air lah. grrrr.

tapi kusam waktu exam ni selalunya aku akan redha sebab takpe, waktu exam je jadi macam ni, nanti lepas exam bela balik. dengan harapan, result boleh naik, tak pun paling koman maintain pun jadi lah. asalkan jangan turun. itu pun kalau menjadi. dan kalau yang jenis aku yang sememangnya tak pakai concealer ni memang lah lagi parah kalau tak bela nanti eyebag memang jelas terserlah. ohhh. dan memandangkan bajet ciput, tak mampu nak beli produk itu semua, maka aku hanya guna untuk bajet yang termurah dan dah memang ada kat rumah. kalau tak ada pun, kau boleh buat tunggu satu malam esok pagi pakai.

tapi aku tak tau lah kalau orang lain dah tau dan dah memang amalkan benda ni. tapi still, kita sharing sharing k? :)

caranya senang je. first thing first, kau kena cari bahan dulu. tak susah iaitu hanya lah memerlukan AIS sahaja.

cara dia,
kau bangun pagi-pagi SEBELUM mengadap cermin tengok muka(biasalah perempuan ni dah memang sebati dengann cermin) basuh muka, gosok gigi, kau pergi dapur bukak peti ais ambik ais yang ketul ke besar ke suka hati lah asalkan ais. lepas tu gosok ais tu dekat muka dan dekat bawah mata yang eyebag tu. sejuk memang sejuk. dengan pagi yang memang sejuk nya. tapi nak cantik punya pasal sanggup redah je.

amalkan lah dalam seminggu tu kau buat lah 2, 3, 4 kali pun. insyaAllah nanti eyebag tu hilang. dan kebaikan yang lain, selain hilang eyebag tu kau akan rasa freshhh gilaaa muka kau pagi pagi mata segar dek penangan sejuk ais. dan selain tu jugak, boleh kecikkan liang-liang pori kat muka tu. nanti possibilities untuk dapat jerawat pun tak banyak. insyaAllah. :)

tapi setakat ni aku buat, alhamdulillah menjadi. duit saving, muka tak banyak terima bahan kimia. ye tak?

saya dah cuba, anda bila lagi? (ceh, nak jugakk.) haha

4 ulasan:

Siti berkata...

good tips! oh ya, awak dapat award. jom amek kat blog saya k? ;)

FatinSyahirah berkata...

siti : hihi. tq. nanti saya buat tapi lambat sikit kay? :)

Siti berkata...

okay, takpe. take your time k? :)

eiela berkata...

oo tips yang bagus nih..