Selasa, 23 November 2010

tanda.

kalau dulu, kena tag je, rasa malas semacam. maaf bebanyak lah ya kalau ada yang aku tak jawab tag siapa-siapa yang pernah tag aku. hihi.
tapi sekarang dah tak malas macam dulu lagi, kau tag aku, aku jawab, kau tak tag, aku diam. kaedahnya, aku terima apa seadanya. ceh.

(well, bab bab pendahuluan aku memang gagal since sekolah dulu-dulu lagi. tiap kali kena jawab essay, mesti start lambat sebab pening fikir macam mana nak start pendahuluan. orang lain dah start isi pertama gamaknya, aku still terkial-kial fikir nak buat pendahuluan. nak kata gempak, tang tu jugak kaedahnya, tapi spm dapat bm A1.) tapi aku tak tau apa motif aku nak cerita pasal pendahuluan bagai. (?)

tag kali ni adalah daripada cik ina kita. jom layan. zasssssss.


♥ Apa yang penting dalam hidup korang?
Allah, family, kawan-kawan, handphone, lappy, duitduitduit. haha (banyak sangat sebenarnya. nak kena list semua ke?) :P

♥ Benda terakhir yang korang beli pakai duit korang sendiri?
topup rm5.
♥ Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
tak terfikir lagi. pendek kata, tak plan lagi kat mana. tapi rasanya kat rumah je la kot. nak sponsor hotel?? :P
tang tema tu, aku nak putih je waktu nikah. waktu lain, nanti kita tengok warna kesukaan waktu dah sampai jodoh nanti. aku bukan apa. warna faveret bak kata omputih ni selalu berubah-ubah. dulu kecik-kecik suka biru. sekarang remaja riang ria suka pink, nanti wanitaanggunjelita tak tau pulak minat warna apa. tunggu dan lihat saje lah. ;p

♥ Adakah korang sedang bercinta sekarang?
siapakah korang yang dimaksudkan? aku? aku is single, non plural. hahaha
♥ Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai kekal jodoh. 

♥ Dimana korang selalu jumpe kekasih korang?
tiba-tiba rasa macam 3 soalan berturut-turut ni tak sesuai untuk aku. 
awak, jom kita dating. awak setkan tempat k. :P

♥ Novel / Buku / Majalah yang terakhir korang beli?
dah lama gilaaa dah tak beli buku ke, majalah ke, novel ke. kerja aku lately meminjam je. bajet tak ada. lagipun, aku ni jenis baca sekali je, beli pun nanti baca sekali terus tak baca dah. lagipun, aku jenis yang prefer tengok movie dari baca. dah banyak baca buku ilmiah kataaa. sampai tak sempat nak baca buku lain selain dari buku ilmiah. jadi kaedahnya, aku nak sampaikan kat sini, aku pun dah lupa buku apa paling last aku beli. 

♥ Apakah nama penuh korang?
namaku semanis tuannya, Fatin Syahirah binti Ibrahim. yang membawa maksud, errr... tak payah lah bagitau, malu laahhh... *rasa macam dah lama tak kena pelempangs ke hape?*

♥ Antara mak dan ayah, yang mana korang lebih mesra?
ibu, for sure.


♥ Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
rasulullah. 
ramai lagi sebenarnya. dan tak dilupakan, jodoh haku. haa. mane dikau, muncullah. :P

♥ Adakah korang basuh baju sendiri?
dah tu nak suruh siapa lagi? mesin yang basuhkan. :P

♥ Dimanakah tempat betul2 korang nak pergi?
mekatul mukarramah.
kalau dengan menjawab soalan ni, aku dapat tiket free, aku rekues nak pergi seluruh dunia. kalau tiket sponsor sendiri, aku teringin nak pergi tanah arab, china, jepun, korea, eropah. kata je lah nak pegi seluruh dunia. tapi tang bila tu, toksah ler ditanya. sentap kangg. 

♥ pilih salah satu peluk atau cium?
mana-mana yang ikhlas. 

♥ 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
family, diri aku, harta benda yang agak-agak penting, kawan yang sebetulnya kawan.

♥ 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
aku jarang suka dengar lagu. sebab aku jarang nak dengar lagu sampai bosan. mana-mana lagu yang aku rasa best, terus aku suka. tapi untuk sekarang, aku suka lagu cinta disampahkan, pheonix. mood aku nak dengar lagu pun pendek kata, tak tetap sangat. bosan kan?

♥ Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
tarikh lahir aku, 4 februari 1990. dah tau ni, sila-sila lah take note. hadiah jangan buat-buat lupa tahun depan. :P
tahun lepas, aku sambut dekat matriks kot kalau tak silap. ya, lupa lagi tapi saya bukan nenek tua. 

♥ 6 orang blogger yang korang nak tag?
 jeng jeng jeng. sila bersiap sedia cepat cepat cepat. 

jeng jeng jeng. 
sila jawab sila jawab. :P

dah jawab nanti inform-inform k. :)







4 ulasan:

yyunie berkata...

Hee . thanks yeah . nant yyunie bwat ! Love you <3 hihi ;)

abdul rasyid..... berkata...

t aku amek..takde mood tag lg lorh...huhu

FatinSyahirah berkata...

yyunie : ok! love u too! ^.~

FatinSyahirah berkata...

abdul rasyid : ok bro.