Selasa, 2 November 2010

tahukah anda? : exam dan gugup

harap maklum terlebih dahulu, minggu exam yang penuh kegugupan kini akan menyebabkan kelahiran banyak entry yang berkisarkan exam exam exam sampai loya. kat sini je lah, kat blog lain tak tau. lalala.
ok, kembali kepada topik, masa tak banyak ni.

anda tahu tak?? (read : tahukah anda),
perasaan gugup dan nervous dan cuak dan sebagainya itu yang anda rasakan pada waktu ketika nak exam adalah normal, kerana perasaan yang sedemikian mampu merangsang diri anda untuk ingat balik apa yang anda telah baca sebelum menjejakkan kaki ke dewan exam untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. (itu pun kalau anda baca lah, kalau anda tak baca, saya tak dapat nak tolong. ya, tak kelakar)
tapi diingatkan, cuak dan gugup dan nervous pada tahap yang normal saja, bak kata omputih, light light je.
sebab kalau dah terlebih cuak tu dah lain cerita, sebab terlebih cuak tu mendatangkan bahaya pulak. kang kau dah molek-molek hafal satu buku, tapi cuak sangat punya pasal, habis lupa ilmu di dada. scary tak?

so, penting lah sebenarnya untuk kita kawal kecuakan kita tu sebelum masuk exam atau what soever pun, sebab kadang-kadang walaupun ia normal, tapi apabila dah ter-over tu, akan mendatangkan bahaya pula.

jadi kawan-kawan,
sebelum masuk dewan ke, dah gugup sangat ke, cuba berselawat sikit, istighfar sikit, mudah-mudahan kuranglah rasa gugup tu.
lagipun, kan dah berusaha sebelum ni, mudah-mudahan usaha yang ikhlas tu, mendatangkan hasil. dapat jawab ke tak, belakang kira, yang penting, buat yang sehabis baik dulu. (ingat tu fatin!)

ok, faham setakat ni semua?

kalau ada siapa-siapa nak share lagi? sila-sila.

semoga kita sama-sama dapat jawab exam dengan baik.
bassya!


psst : sebenarnya entry ni more kepada diri sendiri, untuk sedapkan hati sebab paper semalam susah wa cakap sama lu. ok dah, malas nak ingat, hidup mesti pandang ke depan, ada lagi yang lebih penting.

4 ulasan:

Siti berkata...

heh, tips yg bagus tu.. ;)

p/s: saya dah tag awak! nanti dtg tgk ye? =)

Puteri Bahiyah berkata...

Thanks for the blog walking. Do follow my blog :)

eiela berkata...

time exam memang gugup,,stress management tuh penting sangat time exam. gud luck tau exam, buat sehabis baik..

FatinSyahirah berkata...

siti : ok, dh siap dah tagnye. :)

puteri bahiyah : thanks too for the visit. i will. :)

eiela : tu lah kan. terima kasih, terima kasih. :')