Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 28 November 2010

contest sayangi mata anda @ hikayat Marhaen Kacak

contest contest contest.
nampaknya sekarang merupakan musim contest yang tak berpenghujung. tunggu aku je nak anjurkan contest. errr.

tak payah cakap banyak. jom join contest ni cepat cepat. hadiah lumayan okk. mana tau kot-kot ada rezeki menang hadiah. kalau tak aku pun, kau yang menang. dah menang tu, jangan lupa share hadiah sekali. :P

tengok hadiah dulu, baru bersemangat nak join contest ni ye tak?

Tempat Pertama : Sunglass 'Polarized' Bernilai RM 399 + 3 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Kedua : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Ketiga : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88

dan tak lupa,

* Pemenang Tempat Pertama Hingga Ketiga Juga Menerima Kad Previlage + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry

juga tak rugi,

20 Penyertaan Berikutnya : 1 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88 + Kad 'Previlage' + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry

syarat-syarat dia pun tak susah. nih sini meh tengok aku buat macam mana. kiranya, aku cukup syarat lah. eceh!

siapa tak sayang mata weyy??? mata penting okk. dalam hidup ni, antara yang paling aku takut ialah bangun pagi esoknya tiba-tiba nampak dunia gelap je. padahal dah bukak mata. scaryy kan? ishh. mintak dijauhkan. tapi tu lah, aku ni dah la rabun, pakai pulak contact lens. contact lens bukan tak bagus okk. cuma kau perlukan penjagaan rapi dari segi kebersihan dan yang berkenaan.

at least, kalau pakai barang muka ke, produk skin care ke, kalau tak sesuai kira boleh lagi nak rawat even kadang-kadang takes time. tapi kalau tang mata ni, kalau tak sesuai tapi tak ada effect sangat, kira boleh la tak cuak sangat. tapi stilll, kalau ada yang kita tak tau dalam-dalam kot-kot bagi effect jangka masa panjang yang boleh menyebabkan kita tak boleh nak tengok?? isshh. nauzubillah. mintak dijauhkan sangat-sangat.
kalau still boleh diubati, alhamdulillah. tapi kalau tiba-tiba tettttt terus macam mana? nak mata baru. oiii bukan senang okk. (tiba-tiba teringat satu cerita hindustan nak dapat mata baru kemain susah. takpun cerita hantu. dah dapat mata baru elok-elok, tapi boleh nampak hantu pulak. ishhh) jadi, anugerah Allah, ciptaan Allah, kita kena jaga sebaik-baiknya. :)

siapa maherzain marhaen kacak? kalau nak tau banyaakk pasal mata, boleh pergi belog optometrist marhaen kacak. dah  pernah guna Permata Hijrah, tapi mata still sama tak hilang rabun ke, sakit mata pun tak hilang still sama? pun boleh pergi tengok belog nya sanaa. atau klik sini je, terus zappp boleh pergi ke topik pasal permata hijrah tuh. dan banyaaak banyak banyak lagi entry berkaitan mata mata mata kat sana. :)
atau kot-kot kau nak tanya pasal produk mata lain, boleh tanya jugak.

kalau rasa tak selesa mata sikit-sikit, gatal-gatal mata ke, jangan biar je.jangan ambik mudah nak nak kalau dah lama pulak tu. kot-kot malu ke nak jumpa optometrist ke, jauh dari rumah ke, boleh la refer pada encik marhaen kacak ensem.(harap-harap dipertimbangkan dapat tempat pertama. kuikuikui) kau boleh tanya apa-apa kemusykilan mengenai mata korang dekat ruangan khas Soal Jawab Kesihatan Mata.

jaga kesihatan mata anda yawww!


psst : raba sini untuk join contest sayangi mata anda @ hikayat marhaen kacak. :)