Khamis, 4 November 2010

25 fakta bukan auta mengenai saya.

tag oleh hati getah dan juga cik siti kita. terima kasih yo. :)

1. nama saya fatin syahirah. (ok, itu pun orang tau lah, tajuk pun dah tau daaa)

2. tak suka tak suka tak suka kucing. bukan lah tak suka, more kepada geli dan takut kot. sekali bila dah nampak kucing, hidup memang jadi tak tenteram, asyik nak toleh pandang belakang je. ishh. paling tak boleh pergi, bilamana aku boleh tiba-tiba nak imagine kucing tu akan terkam macam harimau nak terkam aku. errr. biasalah, imaginasi kena tinggi. lalala.

3. common punya case, aku anak perempuan paling cantik, cun, anggun, bergaya, menawan, dan sebagainya dalam adik-beradikku sebab eh, aku je anak perempuan. haha. ok. tak kelakar, jangan gelak.

4. waktu kecik-kecik dulu suka lahh kalau nak tiru cara jalan orang lelaki yang macho macho ni. err. pendek kata, pernah je nak jadi laki. (ana, kau jangan gelak, dan jangan buat buat teringat tengok gambar macho aku)

5. suka basketball, tapi main pun tak reti mana. setakat baling bola lepas tu kena kepala orang waktu geram, kira lulus lagi kottt.

6. sekolah cina waktu sekolah rendah, tapi sampai darjah 4 je. darjah 5 dah pindah sekolah kebangsaan biasa. dan waktu sekolah cina pernah minat kat sorang budak kelas aku. haha. kantoi, tapi comel bila waktu subjek pendidikan jasmani boleh main badminton sama-sama, main basketball sama-sama, lagi comel bila main kejar-kejar sama-sama nanti boleh berlagak hoii aku lari lagi laju dari kau. wakakaka sambil gelak guling-guling.

7.  start pakai handphone 3310 waktu darjah 6. biasalah waktu tu kan baru rasa nak up, demand nak lebih je. tapi serius wa cakap sama lu, handphe nokia 3310 tu adalah handphone terlasak yang aku pernah ada. jatuh berkali-kali pun mantain je. tinggal bateri je lah yang asyik kong, yang lain memang mantop. tapi tak boleh bla, simkad mahal gila kot dulu. sekarang punya rm10 pun tak sampai.

8. penakut, tapi still gatal nak tengok cerita seram. cerita hantu ke, cerita mandrem ke, santau-santau ke, sebelum tengok cakap besar. tapi bila tengok, tutup mata. siap baca ayat kursi bagai sampai kawan aku gelakkan. takyah cerita pasal tengok dalam wayang, memang membazir je sebab mata tutup. macam boleh kira je berapa scene je yang aku tengok. comel kan? lepas tu malam-malam gelabah tak boleh tido sebab macam terbayang-bayang je hantu ada kat sebelah.

9. degil, dan kadang-kadang keras kepala. sebelum ni bersukan, memang banyak kali injured, tapi still degil nak bersukan. mudah paham, tak serik kan? ishh. bersukan adalah antara minat yang susah untuk dihakis.

10. tak reti macam mana nak mula berkawan. sebab aku jenis yang memang pendiam, nak-nak dengan orang yang baru nak kenal. tapi bila dah rapat tu, ok je.

11. tak confident bila berdua dengan kawan, even dengan yang rapat dengan aku pun. sebab takut yang hanya bersama aku tu akan bosan. sebab aku akan ada timing tiba-tiba nak jadi pendiam. errr.

12. selalu berimpikan untuk menjadi lebih tinggi. paling koman pun macam model ke. ehhh.

13. suka mandi malam supaya dapat tidur dengan lena ohh indahnya macam ada salji kat luar(melampau kan. aha aha). dan sebab utama suka mandi malam sebab nak rambut cantik rambut menawan. ohhh. tapi serius bila basahkan rambut malam-malam, esok pagi mesti rambut rasa macam lembut halu tulus mulus semacam. sekarang pun rambut dah improve yey!

14. sekarang rasa macam dah makin gems. ok, boleh panggil aku gemuk sekarang atau kang tak pasal-pasal kena pangg kang.

15. pernah kena gigit dengan kera ke monyet waktu kecik-kecik comel lote dulu.

16. kurang gemarkan music waktu perlu untuk menghafal. dan biasa-biasa pun, tengok mood lah. dan dengan tu jugak, tak suka dalam keadaaan bersesak sesak ramai orang. tapi kadang-kadang ok je.

17. jarang nak hafal tajuk cerita ataupun lagu waima nama artis nak nak kalau artis hollywood sebab yang dalam malaysia ni pun aku tak ada nak hafal sangat. tapi yang femes-femes dah lama tu aku ada lah kenal. jadi, kalau orang nak borak ngan aku pasal benda alah tu semua aku memang fail kot. atau dengan erti kata lain aku memang membosankan kott untuk diajak berborak pasal tu. kalau bernasib baik sikit, bila kau dah cerita sikit pasal jalan cerita movie tu, lagi-lagi kalau aku dah pernah tengok cerita tu, kiranya tak ada lah bosan sangat kot. mungkin antara faktor aku tak berapa nak ingat benda alah tu semua sebab pernah kena tegur dengan ibu waktu kecik-kecik dulu, "itu semua hafal lah sangat, tapi quran tak nak hafal." errr. lepas tu terus rasa bersalah kalau nak hafal sangat. sikit-sikit tu kira lulus lagi lah. lagi satu sebab, mugkin sebab aku jarang dengar lagu dan tengok cerita kot. mungkin lah.

18. keras hati tapi mudah rasa bersalah dan mudah leleh bila tengok cerita sedih-sedih sikit ke apa ke.

19. mudah rasa kasihan.

20. kalau kau nak aku dengar masalah kau, boleh je.

21. aku boleh memaafkan tapi untuk aku nak lupa nak percaya balik tu agak susah lah jugak bila dah kena sekali tu.

22. kadang-kadang suka tengok gelagat orang.

23. suka jalan jalan jalan jalan jalan. tapi dulu lah, sekarang sebab badan ibaratnya macam badan orang tua, tak mampu sangat nak jalan-jalan lama-lama. cepat bosan dan cepat lenguh.

24. kadang-kadang cepat bosan. basketball yang aku suka tu pun boleh jadi bosan bila dah sampai mood entah apa-apa.

25. yang last ni pulak perangai aku yang sekarang. suka makan half half, lepas tu bagi kat orang lain. dan nanti tiba-tiba akan cakap separuh jalan lepas tu cuba jugak nak habiskan ayat sampai habis sebab member kata kalau suka cakap halfway, nanti orang nak datang meminang akan patah balik tak jadi masuk minang. ok fineee, aku habiskan jugak ayat akuuu.


cukup lah ni kot rasanya.

dan dengan ini, kalau kau dah baca ni, kiranya secara automatiknya kau juga di-tag. lepas dah setel, jangan lupa bagitau aku pasal ni sebab aku nak baca jugak. ngeh ngeh.

5 ulasan:

Cik Liyana berkata...

detailed...penat nk abiskan...hehee

FatinSyahirah berkata...

cik liyana : hihi. ala-ala cubaan biar orang tak baca smpai habis. haha

Al-Tayyib Taufik berkata...

uishhh....xkn 25 jer???
tambah la lagi~
=D

Siti berkata...

wah, best².. hehe, selamat berkenalan ye? umo bpe ni? hehe, bagus² dah jawap tag saya.. =)

FatinSyahirah berkata...

al-tayyib taufik : 25 cukup ahh.

siti : hihi. selamat brkenalan juge. :)