Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 29 November 2010

love the way u lie. love gilerrr.



ok dah. nak tido.
zzzzzzzzzzz

Ahad, 28 November 2010

contest sayangi mata anda @ hikayat Marhaen Kacak

contest contest contest.
nampaknya sekarang merupakan musim contest yang tak berpenghujung. tunggu aku je nak anjurkan contest. errr.

tak payah cakap banyak. jom join contest ni cepat cepat. hadiah lumayan okk. mana tau kot-kot ada rezeki menang hadiah. kalau tak aku pun, kau yang menang. dah menang tu, jangan lupa share hadiah sekali. :P

tengok hadiah dulu, baru bersemangat nak join contest ni ye tak?

Tempat Pertama : Sunglass 'Polarized' Bernilai RM 399 + 3 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Kedua : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Ketiga : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88

dan tak lupa,

* Pemenang Tempat Pertama Hingga Ketiga Juga Menerima Kad Previlage + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry

juga tak rugi,

20 Penyertaan Berikutnya : 1 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88 + Kad 'Previlage' + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry

syarat-syarat dia pun tak susah. nih sini meh tengok aku buat macam mana. kiranya, aku cukup syarat lah. eceh!

siapa tak sayang mata weyy??? mata penting okk. dalam hidup ni, antara yang paling aku takut ialah bangun pagi esoknya tiba-tiba nampak dunia gelap je. padahal dah bukak mata. scaryy kan? ishh. mintak dijauhkan. tapi tu lah, aku ni dah la rabun, pakai pulak contact lens. contact lens bukan tak bagus okk. cuma kau perlukan penjagaan rapi dari segi kebersihan dan yang berkenaan.

at least, kalau pakai barang muka ke, produk skin care ke, kalau tak sesuai kira boleh lagi nak rawat even kadang-kadang takes time. tapi kalau tang mata ni, kalau tak sesuai tapi tak ada effect sangat, kira boleh la tak cuak sangat. tapi stilll, kalau ada yang kita tak tau dalam-dalam kot-kot bagi effect jangka masa panjang yang boleh menyebabkan kita tak boleh nak tengok?? isshh. nauzubillah. mintak dijauhkan sangat-sangat.
kalau still boleh diubati, alhamdulillah. tapi kalau tiba-tiba tettttt terus macam mana? nak mata baru. oiii bukan senang okk. (tiba-tiba teringat satu cerita hindustan nak dapat mata baru kemain susah. takpun cerita hantu. dah dapat mata baru elok-elok, tapi boleh nampak hantu pulak. ishhh) jadi, anugerah Allah, ciptaan Allah, kita kena jaga sebaik-baiknya. :)

siapa maherzain marhaen kacak? kalau nak tau banyaakk pasal mata, boleh pergi belog optometrist marhaen kacak. dah  pernah guna Permata Hijrah, tapi mata still sama tak hilang rabun ke, sakit mata pun tak hilang still sama? pun boleh pergi tengok belog nya sanaa. atau klik sini je, terus zappp boleh pergi ke topik pasal permata hijrah tuh. dan banyaaak banyak banyak lagi entry berkaitan mata mata mata kat sana. :)
atau kot-kot kau nak tanya pasal produk mata lain, boleh tanya jugak.

kalau rasa tak selesa mata sikit-sikit, gatal-gatal mata ke, jangan biar je.jangan ambik mudah nak nak kalau dah lama pulak tu. kot-kot malu ke nak jumpa optometrist ke, jauh dari rumah ke, boleh la refer pada encik marhaen kacak ensem.(harap-harap dipertimbangkan dapat tempat pertama. kuikuikui) kau boleh tanya apa-apa kemusykilan mengenai mata korang dekat ruangan khas Soal Jawab Kesihatan Mata.

jaga kesihatan mata anda yawww!


psst : raba sini untuk join contest sayangi mata anda @ hikayat marhaen kacak. :)

Sabtu, 27 November 2010

hatikuhatigetak giveaway!!!

tak payah cakap banyak. tak perlu nak fikir panjang, jom kita join giveaway dari cikliyana hatikuhatigetah.

tak susah pun nak join, tak kira lah lelaki ke, perempuan ke, yang mengalami kekeliruan identiti macam 2 alam ke, 3 alam ke, 10 alam pun takpe. ehh.
ok. tak kisah lah korang kreatif macam mana pun, tapi kalau tak patuhi syarat-syarat dia pun tak boleh jugak. syarat-syaratnya; (sila baca macam nak sebut calon-calonnya)

1. wajib jadi FOLLOWER hatikuhatigetah, yang dah jadi pun boleh join :)
2. wajib letak banner nih dekat SIDEBAR kamu.


    http://i.imgur.com/bXkmo.gif
 
3. reka lah SLOGAN sikit.. " hati ku hati..... (tak lebih dari 12 patah perkataan)"
4. boleh TAG member-member, ramai lagi best kan!!

dah ikut syarat-syarat dia. boleh lah buat slogan, boleh lah letak banner dekat sidebar dan boleh jugak lah tag siapa-siapa yang kau admire ke, kot kot melekat. (?) hiks.

"hatiku hati bekas makanan kerana boleh kemek boleh pecah, sekali pecah tak considered sold."

dan kini, tibalah masa kau kena join jugak wahai yang di-tag oleh aku. jeng jeng jeng.

1. zuria zihanee
2. ema
3. shino
4. gemokpendek
5. mata hati

psttt : cepat cepat. sebelum 30 november, hokeh??

Rabu, 24 November 2010

anda pilih mana?

sekarang adalah bosan terlampau melampau habis. jadi kiranya kalau siapa-siapa rakan-rakan fb saya yang rasa terganggu dengan video yang saya selalu share, yang muncul di home fb anda, saya mohon maaf, ya. :P
bosan saya adalah tidak dapat ditegah lagi, sampai korang pun bosan baca enty ni dek kerana mengandungi banyak perkataan bosan bosan bosan. ok boleh kira berapa perkataan bosan yang ada sekarang. haha

ok tak tak.
online sepanjang masa, sampai tak tau nak surf pasal apa. setakat ni dah sign up jadi ahli berkait dengan environmental awareness. kot-kot nanti boleh jadi volunteer mana-mana, lebih-lebih lagi kat tempat aku ni agak susah kalau nak join apa-apa aktiviti sukarelawan.

ok sudah sudah. ayuh kita ke sesi pemilihan sekarang. adakah anda suka video satu atau video dua.

untuk video satu, korang boleh tengok sini.
dan untuk video pulak, korang boleh tengok sini.

aku suka video satu bukan sebab video dua dah mula timbulkan kontroversi, tapi sebab video satu cool yaw!

cuba teka.

ramai dah tahu pasal cinta syhhh yang digembar gemburkan (ini termasuk aku sekali lah ni). haha. tapi bila pergi sana, aku tak ada lah berminat nak baca apa yang pakcikseekers tu tulis. aku lagi suka komen orang-orang yang tinggal komen. haha.

tapi aku suka lah komen ni,

Wah..unclesengal dah gabrah dah.. nak tekan break pulak srh jgn komen dulu nanti dlm buku nak msukkan lebih sensasi. Guna Gee pulak utk tnjuk dia lelaki holistik, papar gambar bekas isterilah pulak nak lagak isteri. Hebat ke agak2nya????. Tak dengar cerita pun bahagia dgn mereka cerai lagi. Kwn2 je biasalah.. Mcm bdk2 je uncle ni menunjuk2. Ke??? ada hidden agenda lagi buat kata kwn sya sebelum ini. Kalau tanya angkasawan negara lagi bnyk gambar beliau dgn seleberiti. Masa Part 1 dulu.. uncle mcm setuju kami memberi pdpt +ve ke -ve bila di luar jangkauan dah klim pahala free pulak..nak delete private bolg takut di kategorikan pengecut. Orang saman ke, ISA ke tak jadi hal. Unclekan hebat semua boleh ditendang dgn bantuan hantu2 tu. Nampak lain pulak skrg ni...Nak buat mcm mane? Cahaya matahari dah sampai ke bumi, terbang burung dah balik ke sarang, ikan tenggiri dan masak kari dah tak guna dah,,biar peminat pemaisuri terus berceloteh..siapa yg beri peluang dan ruang. Kalau takut bermain api jgn guna mancis guna microwave dan kalau takut dilambung ombak jgn buat rumah bersama permaisuri Aisyah.Dgn Manis pun tak selesai. Orang istana belum ambil bahagian lagi ni..kerana keaiban tu, jgn2 semua reward yg diberi akan ditarik balik oleh istana. Hai uncle dulu cara lain restoren mamak tu jgn disamakan dgn maruah dan darjat istana. Kelamkabut uncle bolehlah..Ini nak ingatkan je, Cubalah buat buku tu..Istana saman nanti anak2 uncle pun kena jual. WEII KITA DAH TUA DAN DAH TERLALU MATANG UNTUK BUAT PERKARA YANG BETUL, YANG HAK, YANG BAIK, YANG SUNAT DAN YANG DITUNTUT. JGN GUNA PENGALAMAN LAMA DISAMARATAKAN DGN PERKARA BARU UNTUK DICIPTA..PERKARA ITU AMAT BERBEZA. RUMAH TANGGA SENDIRI PUN HANCUR INI PULAK NAK CARI PENYAKIT.AYAHANDA UNCLE ADA LAGI DI DUNIA INI ORAITLAH KALAU DAH KEMBALI..MANA TAU ESOK LUSA.SIAPA NAK BANTU. SKRG RAMAILAH KAWAN..MASA SUSAH......HEI UNCLE TULIS CERITA PETRIOTISME. 1MALAYSIA, NKRA, BAGET RMK 10, PERPADUAN, POLITIK MALAYSIA lagi bagus ni nak cerita Dato' kontrol anak..biarlah anak dia. ok bye


ok dah. 

Selasa, 23 November 2010

tanda.

kalau dulu, kena tag je, rasa malas semacam. maaf bebanyak lah ya kalau ada yang aku tak jawab tag siapa-siapa yang pernah tag aku. hihi.
tapi sekarang dah tak malas macam dulu lagi, kau tag aku, aku jawab, kau tak tag, aku diam. kaedahnya, aku terima apa seadanya. ceh.

(well, bab bab pendahuluan aku memang gagal since sekolah dulu-dulu lagi. tiap kali kena jawab essay, mesti start lambat sebab pening fikir macam mana nak start pendahuluan. orang lain dah start isi pertama gamaknya, aku still terkial-kial fikir nak buat pendahuluan. nak kata gempak, tang tu jugak kaedahnya, tapi spm dapat bm A1.) tapi aku tak tau apa motif aku nak cerita pasal pendahuluan bagai. (?)

tag kali ni adalah daripada cik ina kita. jom layan. zasssssss.


♥ Apa yang penting dalam hidup korang?
Allah, family, kawan-kawan, handphone, lappy, duitduitduit. haha (banyak sangat sebenarnya. nak kena list semua ke?) :P

♥ Benda terakhir yang korang beli pakai duit korang sendiri?
topup rm5.
♥ Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
tak terfikir lagi. pendek kata, tak plan lagi kat mana. tapi rasanya kat rumah je la kot. nak sponsor hotel?? :P
tang tema tu, aku nak putih je waktu nikah. waktu lain, nanti kita tengok warna kesukaan waktu dah sampai jodoh nanti. aku bukan apa. warna faveret bak kata omputih ni selalu berubah-ubah. dulu kecik-kecik suka biru. sekarang remaja riang ria suka pink, nanti wanitaanggunjelita tak tau pulak minat warna apa. tunggu dan lihat saje lah. ;p

♥ Adakah korang sedang bercinta sekarang?
siapakah korang yang dimaksudkan? aku? aku is single, non plural. hahaha
♥ Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai kekal jodoh. 

♥ Dimana korang selalu jumpe kekasih korang?
tiba-tiba rasa macam 3 soalan berturut-turut ni tak sesuai untuk aku. 
awak, jom kita dating. awak setkan tempat k. :P

♥ Novel / Buku / Majalah yang terakhir korang beli?
dah lama gilaaa dah tak beli buku ke, majalah ke, novel ke. kerja aku lately meminjam je. bajet tak ada. lagipun, aku ni jenis baca sekali je, beli pun nanti baca sekali terus tak baca dah. lagipun, aku jenis yang prefer tengok movie dari baca. dah banyak baca buku ilmiah kataaa. sampai tak sempat nak baca buku lain selain dari buku ilmiah. jadi kaedahnya, aku nak sampaikan kat sini, aku pun dah lupa buku apa paling last aku beli. 

♥ Apakah nama penuh korang?
namaku semanis tuannya, Fatin Syahirah binti Ibrahim. yang membawa maksud, errr... tak payah lah bagitau, malu laahhh... *rasa macam dah lama tak kena pelempangs ke hape?*

♥ Antara mak dan ayah, yang mana korang lebih mesra?
ibu, for sure.


♥ Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
rasulullah. 
ramai lagi sebenarnya. dan tak dilupakan, jodoh haku. haa. mane dikau, muncullah. :P

♥ Adakah korang basuh baju sendiri?
dah tu nak suruh siapa lagi? mesin yang basuhkan. :P

♥ Dimanakah tempat betul2 korang nak pergi?
mekatul mukarramah.
kalau dengan menjawab soalan ni, aku dapat tiket free, aku rekues nak pergi seluruh dunia. kalau tiket sponsor sendiri, aku teringin nak pergi tanah arab, china, jepun, korea, eropah. kata je lah nak pegi seluruh dunia. tapi tang bila tu, toksah ler ditanya. sentap kangg. 

♥ pilih salah satu peluk atau cium?
mana-mana yang ikhlas. 

♥ 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
family, diri aku, harta benda yang agak-agak penting, kawan yang sebetulnya kawan.

♥ 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
aku jarang suka dengar lagu. sebab aku jarang nak dengar lagu sampai bosan. mana-mana lagu yang aku rasa best, terus aku suka. tapi untuk sekarang, aku suka lagu cinta disampahkan, pheonix. mood aku nak dengar lagu pun pendek kata, tak tetap sangat. bosan kan?

♥ Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
tarikh lahir aku, 4 februari 1990. dah tau ni, sila-sila lah take note. hadiah jangan buat-buat lupa tahun depan. :P
tahun lepas, aku sambut dekat matriks kot kalau tak silap. ya, lupa lagi tapi saya bukan nenek tua. 

♥ 6 orang blogger yang korang nak tag?
 jeng jeng jeng. sila bersiap sedia cepat cepat cepat. 

jeng jeng jeng. 
sila jawab sila jawab. :P

dah jawab nanti inform-inform k. :)







Isnin, 22 November 2010

tips la sangat. : awak batuk tak hilang-hilang jugak walaupun dah makan ubat batuk?

assalamualaikum!

kembali lagi kita di segmen tips la sangat yang tidak tetap waktu nya.

perasan tak segmen tips la sangat kita ni berturut-turut mengenai batuk batuk batuk? but dont worry be happy ya. cik fatin tak batuk pun. :P

waktu tibanya batuk adalah waktu yang paling menguji daya tahan mental, sebab nanti aku akan rasa sama ada nak menangis atau menahan sebak yang sememangnya dada sebak sebab tahan batuk yang susah nak berhenti. pernah tak pernah tak?
paling tension adalah part waktu aku tengah best tidur, lepas tu tiba-tiba terjaga sebab batuk yang terlampau susah nak berhenti. rasa sampai nak termuntah pun ada. rasa sesak nafas tu jangan cakap. kadang-kadang je lah sebab aku kadang-kadang je kena batuk. antibodi kuat kataaaaa. ;P

tapi lagi menguji keimanan bila kau dah makan ubat hampir habis sebotol pun, tak hilang jugak batuknya. kalau tak hilang. macam ibu dulu, pernah batuk lama jugak. sampai la satu hari ni, ada orang bagi cara lain untuk hilangkan batuk.

bahan-bahan yang diperlukan;
1. kicap
2. limau nipis
3. sudu

senang saje cara-caranya. kau perah limau nipis dalam kicap, satu sudu cukup lah. try makan macam kau makan ubat batuk sebelum ni. jangan lupa baca bismillah.

insyaAllah, menjadi. :)

selamat mencuba!

pssst : kalau siapa-siapa ada tips lain, share-share jugak k?

psst pssst : aku tak tau apa rasionalnya kicap dengan ubat batuk. sama-sama warna hitam barangkali? haha
( ok, gurau sahaja  ;P )


filem 2 alam tak best sangat ke?

assalamualaikum!

tadi jenguk theotherkhairul, pergi link sini, terus gelak tak boleh berhenti. sakit mata pun tak rasa sangat sebab kalah dengan gelak.
tapi kesian lah pulak kat dR rozmey. haishhh.



pssst : kalau anda bosan, anda boleh lah tengok gambar sampai habis. gelak macam hape walaupun kadang-kadang tak faham.

psst pssst ; siapa yang dah tengok cerita 2 alam tu? tak best sangat ke?

mata sakit mata.

assalamualaikum!

dah lama ta sakit mata. 3 hari lepas sakit belah kiri, tapi tu mungkin sebab sebelum tidur nak alihkan rambut tapi tiba-tiba tercucuk mata. aku pun tak tau kenapa boleh sampai tercucuk mata, gelap dan sudah mengantuk, mungkin. nasib baik tak kuat, kalau kuat mahu tersembul terus bijik mata. ishhh, mintak dijauhkan. seram sejuk haku, dah terbayang cerita csi tengok mata mangsa tu kena korek. jadahhh.

tapi pagi tadi, bangun bangun tiba-tiba rasa macam tak best tang mata kanan pulak. try kedip kedip mata, uisshhh rasa semacam sakit.
demm, mata kanan pulak kali ni. kenapa eh agak-agak? ada kaitan dengan terlebih tidur tak? ehhh.

dugaan.

tips la sangat. : awak sakit tekak tapi nak makan aiskrim?

assalamualaikum!

anda batuk?
tak suka makan ubat batuk?
(dah serupa boleh jadi pengiklan ni. salahkan iklan-iklan sekarang! haha)

setiap kali batuk, part yang paling tak suka time nak kena makan ubat batuk. tapi kalau waktu tu tengah mengalami insomnia, boleh jadi suka lah nak makan ubat batuk waktu batuk, sebab lepas makan ubat batuk letak kepala atas bantal tak payah pusing kanan pusing kiri terus lelap. itu pun kalau lelap. kalau tak lelap teguk ubat batuk lagi. haippp. jangan buat!
dan lagi satu, waktu hampir tibanya jangkitan batuk dan selsema pun aku tak suka jugak, sebab waktu tu tekak akan rasa pedih dan kering semacam a.k.a sakit tekak. teguk air lebih dari satu botol besar air mineral pun tak hilang lagi. tension tension tension. lepas tu mula lah nak ehem ehem kuat kuat, even dalam kelas pun orang lain tengah diam-diam fokus aku duk ehem ehem sampai sudah. nak kata malu tu tak adalah malu sangat. taktik mesti ada, beb. waktu kau nak ehem ehem tu, kau buat lah nak tanya soalan kat kawan sebelah kau, lepas tu ehem ehem tang tang tang tu juga, buat muka tak bersalah pandang pelik kat orang sebelah kau, dah tentu orang ingat orang sebelah kau yang ehem ehem itew. tapi jangan waktu tu aku orang yang duduk kat sebelah kau sudah. kalau tak kena lempang, paling koman pun selipar masuk dalam lubang hidung. ehhh.

ok kita abaikan pasal tu, kita kembali pada sesi tips la sangat kita pada hari ini.



kredit : encik google.
awak sakit tekak ke?
terliur tak terliur tak tengok aiskrim titew? *lempang satu das*
ok, sekarang awak tak perlu risau lagi, awak boleh makan aiskrim.
TETAPI, dengan syarat, aiskrim vanilla sahaja ok?
aku tak tau apa rasional nya, teori medic nya, sebab kawan hari tu sakit tekak batuk batuk lalu pergi jumpa doktor. kawan aku tak suka makan ubat batuk. hello~ siapa suka makan ubat batuk tell me tell me. tapi orang yang ketagih ubat batuk tu dikecualikan lah.
aku tak suka makan ubat batuk dulu sebab lepas makan ubat batuk yang sememangnya tak sedap rasanya, aku tak dibenarkan minum air. sebab ibu kata nanti ubat batuk tak larut dalam badan. (?)

doktor tu pernah cakap lebih kurang macam ni la,
awak boleh makan aiskrim, tapi aiskrim vanilla bukan ais krim coklat. nak tau sebab apa? saya pun tak tau kenapa tapi sebelum sebelum ni memang tak ada masalah.

and hari tu, aku sakit tekak lalu makan aiskrim, alhamdulillah baik. :)

at least aku tak payah makan ubat. ok apa, koman-koman, badan aku tak terlalu bergantung kepada ubat, antibodi pun tak berapa nak lemah. maknanya, untuk sakit yang sikit-sikit, antibodi aku dah boleh resist kuman-kuman jahat. kan?



selamat mencuba!
tapi yang penting, air masak perlu diminum banyak-banyak.

sesungguhnya kita hanya mencari ikhtiar dan berusaha, dan yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu Allah yang Satu. :')

Ahad, 21 November 2010

perlu ke??

assalamualaikum!

fenomena sekarang, gempur lagi gempur dari gerak gempur pasal cerita 'cinta syhhh' kononnya antara uncleseekers dengan mantan permainsuri agong Siti aisyah.

tak kisah lah kalau cerita tu betul ke tak ke, ikhlas dari hati ke, tak ke, tapi secara dasarnya, perlu ke dia nak buat pendedahan kononnya, cerita yang sebegitu sampai macam tu sekali?
aku tak rasa wajar pun sampai uncleseekers nak buat macam tu, dan aku yakin lebih ramai yang tak setuju dari yang setuju. kalau yang setuju adalah dua tiga hempat kerat yang yang setuju. itu pun mungkin yang sekepala dengan dia lah, atau mungkin... no komen *pehh tiba-tiba rasa macam artis jawab no komen no komen* haha
uncleseekers, apa motif kau haa?? melodi sila terjah sekarang. :D

logiknya sekarang, tak ada apa yang boleh kauterima, kaupercaya bulat-bulat. terima sepenuhnya yang keluar dari mulutnya. dekat blog lagi lah. apa sahaja boleh direka, even dalam hal politik sekalipun, agak-agak berapa peratus je yang boleh percaya? maknanya, manusia sekarang amat susah untuk dipercaya.

kalau dah tengok blog uncleseekers yang sedang seek for attention, jom kita tengok sini dan sini pula.

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, waima di dalam hati setiap manusia pun. :')



pssst : banyak gila peng-komen uncleseekers. kalau satu komen 5sen, dah boleh kaya dah uncleseekers. hohhh.

blog review - 1 hari 1 blog di riwayat hariku

assalamualaikum!

first time nak join blog review ni semua. konon sebelum ni tak cukup masa nak study (konon katanya lah) sampai tak sempat nak blogwalk banyak-banyak. hohh.

baca entry dekat hati getah, terus rasa nak join sekali blog review oleh encik sop kita. at least ada pengalaman kena review ye tak? dan, yang paling penting, aku dapatlah tau apa yang kurang dan apa pendapat orang lain tentang blog aku.
lately ke laut bebenor nak tulis pasal apa pun idea macam nak tak nak je keluar. nampak gaya nya kena dapatkan tidur yang lebih lagi kot *kepala hots nyah. kata je lah kuat tidur sebab tu idea pun semacam dah terperap*

ok sudah.
nak kena potong bawang kentang buat karipap.
challo betee.

pssst : jom join jugak!

keputusan shout award 2010

assalamualaikum!

baru lepas tengok shout award, fresh dari ladang punya. lol.
overall, ok lah. macam gempak jugak sebab yuna menang 3 award wooott!!!



rockstar award :
Bunkface

tv personality award :
Zizan raja lawak
'i'm from texas, kemamang.' haha.
lawak lah zizan. lagi best ayat dia; 'the nomi nominees are' (read : calon-calonnya) haha

break through local feature award :
Lagenda budak setan
waktu ni pengarah yang naik pentas ambik award of course, 'saya senang sekali dapat award ini'. 
make it simple, i like to hear when indian speak malay, sebab we thought they are rapping, but actually they are talking. lol. (kredit : singapore comedian (ke?) tapi kalau kau pernah tengok kumar drag queen kat you tube dulu, kau tau lah kot. (ada kaitan ke?)

popstar award :
Yuna (yuna cantik gila)

power vocal award :
Faizal tahir
 'siapa dapat tali pinggang tadi? bagi balik. tak sedar.'
dia eksaited gila, waktu nak naik stage ambik award sampai tak sedar tarik keluar tali pinggang kasi dekat fans yang berebut-rebut hulur tangan nak salam dengan artis yang jalan keluar nak naik stage. tapi untung lah, nak salam, dapat tali pinggang. 
possibilities untuk pen-dapat tali pinggang tadi ada dua; 
1. dia bagi tali pinggang kepada faizal tahir lalu dapat face to face atau boleh se-close yang mungkin.
2. tak bagi boleh bergaya dengan tali pinggang faizal tahir buat kenangan.
kalau korang, korang pilih yang mana satu, nak serahkan tali pinggang itu atau tidak?

Fresh tv series award :
Nur kasih. 

Fav. tv series award :
Showdown 2010

music video award :
Prom queen - bunkface

Flava award :
Misz Nina

Hot guy award :
Henry golding

hot chick award :
Scha al-yahya (tapi scha tak datang. sobs)

coolest radio announcer award :
Phat fabes

fav. radio show award :
Hot fm am crew; faizal fbi, fara fauzana, a.g) -tapi semua tak datang, hanya wakil yang ambik.

best on screen chemistry award :
Papadom - afdlin shauki dan liyana jasmay

mobile artiste of the year award :
sixth sense (tanpa)

break out award :
Yuna  
(yuna comel gilaaaa)

ultimate shout award :
Yuna

Sabtu, 20 November 2010

shout award live.

sedang tengok shout award live melalui laman sesawang jerit anugerah ( baca : shoutaward). haha
tapi tension gila sebab sangkut-sangkut.
jom tension sama-sama.
boleh tengok sini.

ok dah. :P

Jumaat, 19 November 2010

syeera sanders.

bosan memang bosan. sampai tak tau nak buat apa.
semalam layan csi sampai tidur. hari ni layan lagu dekat youtube.

ok, sekarang dah tak bosan layan lagu-lagu syeerasanders. tak tau dah lagu mana yang aku suka, semua sukasukasuka. superb. kalah artis 'mee segera' sekarang.



ini salah satu lagu yang syeera reka sendiri. kalau nak dengar lagu lain, sila explore sendiri ya. :P

dan boleh juga like fanpage syeerasanders dekat mukabuku.

ok dah.

pheonix - fynn jamal & emc shaz

new sweet drug from fynn jamal.
serius wa cakap sama lu.

phoenix

(fynn jamal)

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati
ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati


(emc shaz)

aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci, dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi

my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat
the wound is getting deeper my blood is getting thicker
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away
my phoenix will be by my side you gotta step aside!


(fynn jamal)

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata

mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya


(emc shaz)

everybody cursed me cuz i got no loyalty
it was you all along been cheating on me
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife
if that's what you want it come on give it a try!

you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!


(fynn jamal)

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

mati


kredit : fynn jamal

boleh dengar kat sini.


i heart u moremoremore lah kak fynn!

Khamis, 18 November 2010

kacau bilau.

entry kali ni berkemungkinan menjadi kacau bilau dek kerana bosan yang amat sampai dah taktau nak buat apa. mood terumbang-ambing. ditambah pulak dengan kebosanan yang melanda, boleh jadi karam. nak buat apa pun jadi tak ada nafsu, tak ada minat. even nak tulis entry ni pun rasa macam !@#$%%^.


pendek kata, aku tengah bosan.

panjang kata, terkadang aku rasa tiada kebebasan menulis dalam laman ni, akan bertukar url lain, barangkali? barangkali je lah, kang tiba-tiba rasa macam nak bertukar keinginan, tak jadi lah kiranya nak tukar tukar url bagai ni.



psst : ada tak siapa-siapa yang perlukan pekerja sekarang? aku nak kerja lah. sepatutnya cuti ni aku plan nak kerja, tapi tiba-tiba tak boleh, apa boleh buat?

Selasa, 16 November 2010




gambar-gambar raya.
masing-masing kaedahnya busy terlampau sebab nak exam tu satu hal, sebab aktiviti terlebih pun satu hal.

salam aidiladha.




tup tup sekejap je masa berlalu, maka tibanya hari raya korban pula.
apa-apa pun, selamat hari raya aidiladha kepada semua. hati-hati pulang ke kampung bagi yang pulang ke kampung, yang tak pulang ke kampung juga, selamat berhari raya walaupun raya korban kebiasaannya tak semeriah hari raya puasa. lebih-lebih lagi untuk keluarga small small cute macam family aku. :)
atau mungkin sebab tak ada duit raya barangkali? :P
tapi kalau kau pergi kat tempat sembelihan, meriah je nanti.
ayuh kita sama-sama menghayati kisah Nabi Ibrahim dan pengorbanannya. :)


psst : penat baru sampai pukul2 pagi sampai rumah. rasa macam tak cukup tido pun ada. :P

pssst pssstt : yang beraya dan stay di area terengganu best boleh la kita beraya bersama atau meet up one day, perhaps?

Isnin, 15 November 2010

bapakku bukan indon.

tiba-tiba tengah duduk-duduk, dapat mesej. biasalah, aku ni tak ada orang nak mesej, skali bunyi mesej tu dah rase pelik sagat dah. teruja sikit je.

bukak-bukak, berbunyi mesej dari bapak,

from : +628521081786*


ini bapa tolong bagi credit mexis 30rm ke nomor baru bapa 012864074*
bapa lgi ada msalah kat balai police. pasalmane sy btuh skrang.




bapak,
saya ini emangnya jual topup kok. tapi topupnya udah habis. lagi in saya enggak jual lin topup semasa peperiksaan.

tapi, idok la aku reply. banyak pulak kredit aku nak reply ke nombor bukan talian dalam malaysia ni. kang tak pasal-pasal kredit habis. memang naya lah tu.

Ahad, 14 November 2010

aku tak mintak banyak..

aku tak mintak banyak,
cuma aku harapkan tiada khianat darimu

aku tak mintak banyak,
cuma jangan kau bohong dusta padaku

aku tak mintak banyak,
cuma pandanglah akan masa depanmu,
sampai bila harus begitu?

aku tak mintak banyak,
cuma jujur pada dirimu, jujur juga padaku

aku tak mintak banyak,
cuma jangan kau tamakkan dirimu akan hal itu

aku tak mintak banyak,
cuma jangan kau biarkan akan hal itu menguasai dirimu, jiwamu

aku tak mintak banyak,
waima tiada wang ringgitmu yang aku tadahkan tangan mohon kauberikan,
cuma fikirlah untuk kebaikan dirimu.


:)
exam dah habis yey!
walaupun pengakhirannya bukanlah happy ending seperti yangdiidamkan, tapi stiiiiiiill, asalkan habis exam, dah cukup happy happy happy meal dah.


ok lah, mata penat ni sebab mengadap soalan lama sangat (ayat macam nak mintak pelempams tak??) haha.
malam ni nak keluar beli barang, kalau tak penat baru update.

huhu!

kawin.


.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.


serius shit. kalau macam ni setiap kali kawin, aku nak kawin esok lepas habis exam terus.
kawin jom.

haha.
tapi sweet gila kottt.



psst : anggap saje entri ni mengenai tak sabar nak habis exam esok tapi hakikatnya banyak lagi notes nak kena baca. T_____________T

Jumaat, 12 November 2010

nak. tapi...

nak study, tapi mood merewang-rewang entah ke mana.
nak makan, tapi takut gemuk.
nak mandi, tapi air keciiiiik je macam malu-malu nak keluar, tengah tension pun jadi makin tension.
nak call orang, tapi tak ada kredit. duit makan pun nak lepas taknak lepas.
nak melepak kat bilik orang, tapi tak tau nak borak pasal apa.
nak tengok movie yang ada dalam folder, tapi dah bosan.
nak skyping, tapi line gerak siput vavi pun lagi laju.
nak keluar jalan-jalan ambik angin, tapi sekarang dah malam. lepas tu tak ada kenderaan.
nak belog pasal hal-hal yang aku dah plan nak belog dari dulu lagi, tapi mood kurang menyebelahi.
nak edit-edit make up make up belog sendiri, tapi ambik masa lama sangat, kang rasa bersalah pada diri curi masa yang sepatutnya untuk study.
nak gedik-gedik bergambar sampai kejang, tapi.. (tak sampai hati nak sambung).
nak shopping-shopping, tapi poket kering.
nak kemas-kemas barang, tapi kotak tak ada nak isi barang.
nak STUDY, tapi baca apa pun tak masuk. dari tadi rasa macam... tak tau nak cakap macam mana.


haishhhh.

bila tengok ramai yang dah pulang berduyun-duyun, ditambah lagi roommate aku semua dah habis exam dah balik dah pun, tinggal aku sorang je. dan bila jadi sorang ni lah hazab sikit. haih.


study. study. study.







hambik kau. tension punya pasal, kau yang jadi mangsa kena hadap gambar sampai loya. nasib la labuu... 



Sabtu, 6 November 2010

tips la sangat. :) : ais dan mata panda a.k.a eyebag

bila dah berada dalam zon minggu exam, hati terkinja-knja semacam tak sabar nak habis exam. pagi-pagi bangun tidur kadang-kadang mood dah habis baik. tak ada nak rasa tension-tension dan sebagainya. bila kena gosok gigi, mengadap cermin terus rasa down sebab nampak eyebag kat bawah mata. haja di hati nak beli barang muka untuk mata, koman-koman produk garnier ke, apa ke, asalkan yang mampu lah.
tapi bila dah hujung-hujung sem ni, duit dalam bank pun dah ibarat hujung-hujung jari je. sampai sekarang pun untuk makan, bajet yang telah dihadkan hanyalah rm3 satu hari. kesian tak kesian tak?
kesian tak kesian tapi tu lah hakikatnya. T__T

tak sabar nak habis exam. sebab waktu ni lah muka jadi kusam, nak tidur bangun tidur tengok cermin pun tak ada beza, tetap kusam. dengan masalah air yang dialami ni memang menguji lah sebab air berkarat. kalau tengok jerawat pun semakin nakal tu maknanya sebab air lah. grrrr.

tapi kusam waktu exam ni selalunya aku akan redha sebab takpe, waktu exam je jadi macam ni, nanti lepas exam bela balik. dengan harapan, result boleh naik, tak pun paling koman maintain pun jadi lah. asalkan jangan turun. itu pun kalau menjadi. dan kalau yang jenis aku yang sememangnya tak pakai concealer ni memang lah lagi parah kalau tak bela nanti eyebag memang jelas terserlah. ohhh. dan memandangkan bajet ciput, tak mampu nak beli produk itu semua, maka aku hanya guna untuk bajet yang termurah dan dah memang ada kat rumah. kalau tak ada pun, kau boleh buat tunggu satu malam esok pagi pakai.

tapi aku tak tau lah kalau orang lain dah tau dan dah memang amalkan benda ni. tapi still, kita sharing sharing k? :)

caranya senang je. first thing first, kau kena cari bahan dulu. tak susah iaitu hanya lah memerlukan AIS sahaja.

cara dia,
kau bangun pagi-pagi SEBELUM mengadap cermin tengok muka(biasalah perempuan ni dah memang sebati dengann cermin) basuh muka, gosok gigi, kau pergi dapur bukak peti ais ambik ais yang ketul ke besar ke suka hati lah asalkan ais. lepas tu gosok ais tu dekat muka dan dekat bawah mata yang eyebag tu. sejuk memang sejuk. dengan pagi yang memang sejuk nya. tapi nak cantik punya pasal sanggup redah je.

amalkan lah dalam seminggu tu kau buat lah 2, 3, 4 kali pun. insyaAllah nanti eyebag tu hilang. dan kebaikan yang lain, selain hilang eyebag tu kau akan rasa freshhh gilaaa muka kau pagi pagi mata segar dek penangan sejuk ais. dan selain tu jugak, boleh kecikkan liang-liang pori kat muka tu. nanti possibilities untuk dapat jerawat pun tak banyak. insyaAllah. :)

tapi setakat ni aku buat, alhamdulillah menjadi. duit saving, muka tak banyak terima bahan kimia. ye tak?

saya dah cuba, anda bila lagi? (ceh, nak jugakk.) haha

Jumaat, 5 November 2010

mood.

mood manusia ni macam biasa lah, memang takkan constant. cerita pasal mood aku, cerita pasal orang lain buat apa. mana aku nak tau mood dorang macam mana.
mood aku lately memang macam err, susah nak cakap. lebih-lebih lagi bila dah time exam ni. tapi still, tak ada lah aku nak sembur orang sana sini. at least lah. ok dah lah sekarang mood terganggu.

antara mood yang paling aku tak suka memang menyampah habis ialah bila mood yang start aku bangun tido terganggu. maknanya tak kira lah kalau kau celik mata mood terganggu sebab mimpi semalam(yang ni aku rasa kira ok lagi la sebab pagi je la, sampai petang tu mungkin tak la) atau kau terjaga semata-mata sebab mood diganggu.

ok dah lah.
terus tak de mood nak study dowh! (sebab nak exam ni, mencarut ringan je lah)



ishhhh.

Khamis, 4 November 2010

25 fakta bukan auta mengenai saya.

tag oleh hati getah dan juga cik siti kita. terima kasih yo. :)

1. nama saya fatin syahirah. (ok, itu pun orang tau lah, tajuk pun dah tau daaa)

2. tak suka tak suka tak suka kucing. bukan lah tak suka, more kepada geli dan takut kot. sekali bila dah nampak kucing, hidup memang jadi tak tenteram, asyik nak toleh pandang belakang je. ishh. paling tak boleh pergi, bilamana aku boleh tiba-tiba nak imagine kucing tu akan terkam macam harimau nak terkam aku. errr. biasalah, imaginasi kena tinggi. lalala.

3. common punya case, aku anak perempuan paling cantik, cun, anggun, bergaya, menawan, dan sebagainya dalam adik-beradikku sebab eh, aku je anak perempuan. haha. ok. tak kelakar, jangan gelak.

4. waktu kecik-kecik dulu suka lahh kalau nak tiru cara jalan orang lelaki yang macho macho ni. err. pendek kata, pernah je nak jadi laki. (ana, kau jangan gelak, dan jangan buat buat teringat tengok gambar macho aku)

5. suka basketball, tapi main pun tak reti mana. setakat baling bola lepas tu kena kepala orang waktu geram, kira lulus lagi kottt.

6. sekolah cina waktu sekolah rendah, tapi sampai darjah 4 je. darjah 5 dah pindah sekolah kebangsaan biasa. dan waktu sekolah cina pernah minat kat sorang budak kelas aku. haha. kantoi, tapi comel bila waktu subjek pendidikan jasmani boleh main badminton sama-sama, main basketball sama-sama, lagi comel bila main kejar-kejar sama-sama nanti boleh berlagak hoii aku lari lagi laju dari kau. wakakaka sambil gelak guling-guling.

7.  start pakai handphone 3310 waktu darjah 6. biasalah waktu tu kan baru rasa nak up, demand nak lebih je. tapi serius wa cakap sama lu, handphe nokia 3310 tu adalah handphone terlasak yang aku pernah ada. jatuh berkali-kali pun mantain je. tinggal bateri je lah yang asyik kong, yang lain memang mantop. tapi tak boleh bla, simkad mahal gila kot dulu. sekarang punya rm10 pun tak sampai.

8. penakut, tapi still gatal nak tengok cerita seram. cerita hantu ke, cerita mandrem ke, santau-santau ke, sebelum tengok cakap besar. tapi bila tengok, tutup mata. siap baca ayat kursi bagai sampai kawan aku gelakkan. takyah cerita pasal tengok dalam wayang, memang membazir je sebab mata tutup. macam boleh kira je berapa scene je yang aku tengok. comel kan? lepas tu malam-malam gelabah tak boleh tido sebab macam terbayang-bayang je hantu ada kat sebelah.

9. degil, dan kadang-kadang keras kepala. sebelum ni bersukan, memang banyak kali injured, tapi still degil nak bersukan. mudah paham, tak serik kan? ishh. bersukan adalah antara minat yang susah untuk dihakis.

10. tak reti macam mana nak mula berkawan. sebab aku jenis yang memang pendiam, nak-nak dengan orang yang baru nak kenal. tapi bila dah rapat tu, ok je.

11. tak confident bila berdua dengan kawan, even dengan yang rapat dengan aku pun. sebab takut yang hanya bersama aku tu akan bosan. sebab aku akan ada timing tiba-tiba nak jadi pendiam. errr.

12. selalu berimpikan untuk menjadi lebih tinggi. paling koman pun macam model ke. ehhh.

13. suka mandi malam supaya dapat tidur dengan lena ohh indahnya macam ada salji kat luar(melampau kan. aha aha). dan sebab utama suka mandi malam sebab nak rambut cantik rambut menawan. ohhh. tapi serius bila basahkan rambut malam-malam, esok pagi mesti rambut rasa macam lembut halu tulus mulus semacam. sekarang pun rambut dah improve yey!

14. sekarang rasa macam dah makin gems. ok, boleh panggil aku gemuk sekarang atau kang tak pasal-pasal kena pangg kang.

15. pernah kena gigit dengan kera ke monyet waktu kecik-kecik comel lote dulu.

16. kurang gemarkan music waktu perlu untuk menghafal. dan biasa-biasa pun, tengok mood lah. dan dengan tu jugak, tak suka dalam keadaaan bersesak sesak ramai orang. tapi kadang-kadang ok je.

17. jarang nak hafal tajuk cerita ataupun lagu waima nama artis nak nak kalau artis hollywood sebab yang dalam malaysia ni pun aku tak ada nak hafal sangat. tapi yang femes-femes dah lama tu aku ada lah kenal. jadi, kalau orang nak borak ngan aku pasal benda alah tu semua aku memang fail kot. atau dengan erti kata lain aku memang membosankan kott untuk diajak berborak pasal tu. kalau bernasib baik sikit, bila kau dah cerita sikit pasal jalan cerita movie tu, lagi-lagi kalau aku dah pernah tengok cerita tu, kiranya tak ada lah bosan sangat kot. mungkin antara faktor aku tak berapa nak ingat benda alah tu semua sebab pernah kena tegur dengan ibu waktu kecik-kecik dulu, "itu semua hafal lah sangat, tapi quran tak nak hafal." errr. lepas tu terus rasa bersalah kalau nak hafal sangat. sikit-sikit tu kira lulus lagi lah. lagi satu sebab, mugkin sebab aku jarang dengar lagu dan tengok cerita kot. mungkin lah.

18. keras hati tapi mudah rasa bersalah dan mudah leleh bila tengok cerita sedih-sedih sikit ke apa ke.

19. mudah rasa kasihan.

20. kalau kau nak aku dengar masalah kau, boleh je.

21. aku boleh memaafkan tapi untuk aku nak lupa nak percaya balik tu agak susah lah jugak bila dah kena sekali tu.

22. kadang-kadang suka tengok gelagat orang.

23. suka jalan jalan jalan jalan jalan. tapi dulu lah, sekarang sebab badan ibaratnya macam badan orang tua, tak mampu sangat nak jalan-jalan lama-lama. cepat bosan dan cepat lenguh.

24. kadang-kadang cepat bosan. basketball yang aku suka tu pun boleh jadi bosan bila dah sampai mood entah apa-apa.

25. yang last ni pulak perangai aku yang sekarang. suka makan half half, lepas tu bagi kat orang lain. dan nanti tiba-tiba akan cakap separuh jalan lepas tu cuba jugak nak habiskan ayat sampai habis sebab member kata kalau suka cakap halfway, nanti orang nak datang meminang akan patah balik tak jadi masuk minang. ok fineee, aku habiskan jugak ayat akuuu.


cukup lah ni kot rasanya.

dan dengan ini, kalau kau dah baca ni, kiranya secara automatiknya kau juga di-tag. lepas dah setel, jangan lupa bagitau aku pasal ni sebab aku nak baca jugak. ngeh ngeh.

Selasa, 2 November 2010

tahukah anda? : exam dan gugup

harap maklum terlebih dahulu, minggu exam yang penuh kegugupan kini akan menyebabkan kelahiran banyak entry yang berkisarkan exam exam exam sampai loya. kat sini je lah, kat blog lain tak tau. lalala.
ok, kembali kepada topik, masa tak banyak ni.

anda tahu tak?? (read : tahukah anda),
perasaan gugup dan nervous dan cuak dan sebagainya itu yang anda rasakan pada waktu ketika nak exam adalah normal, kerana perasaan yang sedemikian mampu merangsang diri anda untuk ingat balik apa yang anda telah baca sebelum menjejakkan kaki ke dewan exam untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. (itu pun kalau anda baca lah, kalau anda tak baca, saya tak dapat nak tolong. ya, tak kelakar)
tapi diingatkan, cuak dan gugup dan nervous pada tahap yang normal saja, bak kata omputih, light light je.
sebab kalau dah terlebih cuak tu dah lain cerita, sebab terlebih cuak tu mendatangkan bahaya pulak. kang kau dah molek-molek hafal satu buku, tapi cuak sangat punya pasal, habis lupa ilmu di dada. scary tak?

so, penting lah sebenarnya untuk kita kawal kecuakan kita tu sebelum masuk exam atau what soever pun, sebab kadang-kadang walaupun ia normal, tapi apabila dah ter-over tu, akan mendatangkan bahaya pula.

jadi kawan-kawan,
sebelum masuk dewan ke, dah gugup sangat ke, cuba berselawat sikit, istighfar sikit, mudah-mudahan kuranglah rasa gugup tu.
lagipun, kan dah berusaha sebelum ni, mudah-mudahan usaha yang ikhlas tu, mendatangkan hasil. dapat jawab ke tak, belakang kira, yang penting, buat yang sehabis baik dulu. (ingat tu fatin!)

ok, faham setakat ni semua?

kalau ada siapa-siapa nak share lagi? sila-sila.

semoga kita sama-sama dapat jawab exam dengan baik.
bassya!


psst : sebenarnya entry ni more kepada diri sendiri, untuk sedapkan hati sebab paper semalam susah wa cakap sama lu. ok dah, malas nak ingat, hidup mesti pandang ke depan, ada lagi yang lebih penting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...