Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Jumaat, 22 Oktober 2010

tisu coklat.

tisu coklat yang dinyatakan di sini bukanlah tisu berperisa coklat ataupun beli tisu satu percuma coklat satu. bukan, bukan.
dan entry ini tiada dimaksudkan apa-apa dan ditujukan hanya kepada yang terlibat.(macam lah yang terlibat baca). :P

masing-masing ada hygiene habit yang tersendiri. mula dari cara basuh tangan, hinggalah time waktu cebok berak sekalipun. hari tu, bila classmate aku cerita pasal tisu coklat ini, aku terfikir, ewww ada ke orang pengotor macam tu kat dunia ni. tapi bila fikir-fikir balik ada je, sebab ada je yang berak je dalam toilet walaupun pada ketika tu tak ada air, tapi aku tau lah kau lap guna tisu je, tapi stilll, kau ingat aku masuk toilet yang kau dah masuk tu semata-mata nak tengok taik kau ke? atau, nak suruh aku tengok cebisan taik kau? isshhh.

tisu coklat ibarat cerita kawan aku, kiranya di sini aku ringkaskan seringkasringkasnya lah. kang ada yang tak lalu nak makan.
dia masuk toilet, tengok dekat singki, ada tisu tercalit coklat. kau fikirlah apa. aku pun tak sanggup. tapi kau fikir je lah positif. atau nanti terbayang-bayang sewaktu tengah makan nasik berlaukkan ayam
tapi tadi, apa lah malang nasib aku, atau mungkin sebab aku ni je yang terlebih fikir terbayang-bayang cerita kawan aku tuh, masuk toilet pagi tadi, nak ambik wuduk dekat singki, nampak ada tisu coklat yang hampir sama.

choiiiii.
sumpah aku tak guna dah singki tu lepas ni.

Tiada ulasan: