Sabtu, 30 Oktober 2010

cecah lantai sikit pun jadi laaa.

seperti yang sedia maklum, mood sekarang adalah di ambang mood exam exam exam. dalam kepala hotak cuma ada pasal exam, jadual exam, macam mana nanti nak jawab exam, dan exam exam yang lain. bosan betul asyik dengar perkataan exam je. tapi nak buat macam mana, tak bole nak lari dari exam ini semua. (tapi masih sempat nak online bagai kan. heyy. blog adalah salah satu cara di mana kalau kau tension boleh lah membebel di sini. errr. maksud aku, di blog masing-masing)

dan disebabkan lusa dah start paper, maka semakin rajin lah ke library bagi mengelakkan aktiviti tidur di dalam bilik akibat angin yang bertiup kencang lalu menyejukkan suasana di dalam bilik lalu kau akan rasa seperti diulit mimpi lalu terawang-awang mimpi kahwin dengan anak raja. ok dah stop mengarut.
tadi pergi library ada dua tujuan yang sebenar;
1. belajar
2. hari ni ada konvoi superbikers ala-ala charity ride ke seluruh malaysia agaknya. aku pun tak dengar ucapan yang diberi, aku just keluar library semata mengambil gambar bersama, errr motor besarrr. dan kak pojiah latip pun ada sekali. tengok je lah berita.
dalam sekitar kampus umk hanyalah motor-motor vip.
dan sekitar kawasan kolej bukan vip tapi tetap besorrr. 

lagi.
umk merupakan antara uni yang.. unik.
itu dewan kami. yerrr. open airrrr. 

cepat naik sebelum aku tinggal. 
perggghh. best kott. tiba-tiba sekarang rasa nak kumpul duit nak beli superbike, taknak pakai kereta.
tapi, lesen motor tak ambik. errr.
tapi sekali pandang, smart jugak aku naik ER6N ni. 
dua kali pandang, memang tak dapat disangkal lagi. memang smart. 




tak ambik banyak gambar pun. 
yang penting, gambar utama yang tadi, lah. 
awek cunsmart bawak ER6N. haha
3 gambar last tu time dorang nak gerak pergi tempat lain dah. 

tapi pendek kata, macam best lah tengok dorang konvoi ramai-ramai. lepas tu time nak gerak balik tu, masing-masing macam tak boleh pegi je kan, moto masing-masing smart kottt. tapi still, er6n pilihan hati walaupun naked dan tak tonggek, tapi kira ok lah sebab nampak kecik dan ada lah jugak konfiden nak bawak. kaki cecah bumi sikit pun jadi lahhh. 

so, kepada siapa-siapa bakal jodoh ai, hantaran sebuah superbike pun tak pe lah.. ai terima.. haha.


ok sudah lah. sambung study. 
jangan lupa doakan aku dapat jawab exam dengan baik. :')

dan, kawan-kawan juga, selamat menjawab exam dan semoga kita sama-sama berjaya!

gambate!


Tiada ulasan: