Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 14 Oktober 2010

selepas mengharungi pelbagai tugasan, assignments yang tertunggak lalu dikehendaki dalam minggu ni, presentations, dan sebagainya fuhhhh, memang me me me menguji susunan masa dalam kehidupan. hohh, bunyi macam tak tertanggung dah. nak nak pulak final pulak memang dah sipi sipi je dah nak sampai, study week tak ada sebab dah ditarik waktu berjimba cuti raya 2minggu hari tu, terus rasa seperti macam mana ni nak study weyyy, presentations pun ada lagi, assignments lagi. okk, cukup cukup.

makin dekat waktu nak final terutamanya, macam biasa lah mood dan kadar perembesan hormon masing-masing juga pelbagai, sampai kau kena faham yang sekarang mood semua adalah tidak sestabil mana, tension nak final ni, kena study cover banyak chapter. mula lah rasa macam huaahhh apa dah jadi dengan hidup aku sekarang, masalah kunjung tiba tanpa sebarang hint. ishhh. sebenarnya, bila kita rasa peritnya hidup dan masalah dan datang tu, at last bila kita dah berjaya melepasi dugaan-dugaan tu semua, baru lah kita akan rasa indahnya hidup, dan kau akan mula menghargai diri sendiri. dan jugak, bukankah pengalaman tu guru terbaik dalam kehidupan? (sila rasa bersemangat dan motivated sekarang!) haha

bagi aku, hidup zaman sekarang ni(bunyi macam hidup dari zaman dulu-dulu), kau tak boleh nak berlembut sangat hati dan perasaannya kalau kau tak mampu untuk manghadapi sakitnya hati bila kau kecewa akan sesuatu disebabkan orang-orang sekeliling kau. ya, kita kena jaga hati orang-orang sekeliling kita, kawan-kawan kita, tapi maksud aku tu tak ada lah sampai kau nak kena jaga hati membuta tuli atau macam lembu dicucuk hidung.

kita sebagai manusia ni, rambut kita boleh nampak sama hitam, sebab kita boleh nampak dengan mata kasar kita, tapi dalam hati tu, kita takkan pernah tau apa yang tersirat di dalamnya. menyimpan syak wasangka itu memang tak wajar, tapi dengan keadaan dunia yang sekarang ni, nyawa kau je bila-bila masa boleh terbunuh, maka, kadang-kadang perlu, atau dengan lebih tepat lagi, berhati-hati. (perghh, gaya cakap macam dah berpengalaman gila tak. okk ini adalah more kepada diri sendiri sebenarnya. peringatan. ye laa.. aku kan suka baca blog sendiri. err)

berbalik kepada menjaga hati tadi. hidup ni memang rumit kadang-kadang, belum masuk soal hati lagi. soal kewangan jangan kira lah. tu dah memang rumit. ishh, kalau lah tiba-tiba esok pagi bangun tidur tiba-tiba ada duit berjuta-juta kat tepi katil....

tiba-tiba tak tau nak taip apa dah bila fikir pasal duit duit duit. ohh.
tapi, satu je. kita hidup dalam bermasyarakat ni, takkan pernah nak puaskan hti semua orang, susah dapat nak jaga hati semua orang. ada yang suka dengan cara kita, dan begitu juga ada yang tak. dan juga, mulut manusia ni takkan pernah tertutup macam kau boleh nak tutup. kau buat apa-apa pun dalam hidup kau, orang pasti akan berkata. jadi, jadi diri kau, dan sedaya upaya buat yang terbaik dalam hidup. susah senang kita, takkan orang yang faham, maka, yang penting jaga hati sendiri tanpa terlalu ikutkan perasaan. :)

dan sebelum aku lupa, hipokrit itu di mana-mana.
hai, hipokrit.

Tiada ulasan: