Jumaat, 15 Oktober 2010

INNORACE apa tengo-tengok??

seperti yng tercatat pada entry yan sebelum ini, telah kukatakan bahawa minggu ini ibaratnya macam tungang terbalik sampai tak kenal mana kepala katil mana kaki katil. ok, tipu. 
cadangnya nak publish pasal entry ni beberapa hari yang lalu, tapi tu lah, asal ngadap laptop je, ada keje, asal ada keje je nak ngadap laptop. haaa, kaedahnya akan jadi bila kau akan nak siapkan kerja kau bila mana tiap kali nak siapkan kerja, kau nak ngadap laptop online main game. haih, fatin, celiklah mata sedarlah final dah sipi-sipi sahaja lagi. hohh. 

sabtu lepas, 9 oktober 2010, telah berlangsungnya sebuah acara yang melibatkan IPTA lain, agak-agak yang nak join, ke larian innovasi yang diadakan kat uni aku. kot-kot kalau ada yang tak tau pasal ni, aku no komen lah ye. tapi, ini adalah antara event yang best gilak yang pernah aku join.
sebut je larian, aku dah fikir, ishh ni macam merentas desa ke apa. nak-nak 10 0ktober tu ada nike run dekat klcc, so, dalam hemataku ni, tak dapat pergi nike run, pergi innorace ni pun jadi lah. serius rasa macam melepas gila tak dapat pergi nike run. best kottt aku tengok kawan aku pergi. nasib baik jauh, dan nasib baik kadar kepontengan aku ke kelas untuk hari ahad dah cecah limit. ibaratnya, kalau kau tengok lampu tu, dah nyala merah-merah dah sebagai warning, kau nak ponteng ke nak kena bar exam? kau gilaa kalau aku sanggup nak kena bar exam?? simpang malaikat 44. 

sehari sebelum acara bermula, taklimat diberikan kepada para peserta. rupa-rupanya larian inovasi ni berupa explorace, kena jawab soalan mencabar minda serius wa cakap sama lu. di setiap checkpoint yang disediakan. soalan yang kau rasa sakit hati pun ada jugak, tapi best lah sebab mencabar minda. checkpoint pertama adalah kau kena buat produk kau sendiri dengan mnggunakan semua barang-barang yang diberikan. kiranya, ni nak menguji kekreativitian masing-masing. oh ya. innorace ni bukan individu, ya. tetapi berkumpulan, 1 kumpulan 5 orang. kiranya, kau boleh nak feeling-feeling masuk amazing race asia. haha

kau jangan main-main, nazmizan sprinter negara pun ada datang wokkk. orang kampung aku datang melawat.   
dan, antara institusi yang terlibat yang turut menyertai larian ni selain tuan rumah adalah, UNIMAP, MASTERSKILLS, IPKB, UITM pahang, dan apa lagi eh, aku pun lupa dah. tapi pelajar-pelajar sekolah pun ada. 

awal pagi sebelum start semua. baru nak berkumpul.
ya, saya tau saya kelihatan skema. 

nama kumpulan : apa tengok-tengok
nombor kumpulan : 061 daripada ratusan kumpulan.

dan gambar waktu race tu tak sempat nak keluarkan kamera pun, sebab soalan mencabar sangat. (padahal, lepas checkpoint pertama pun dah lambat, haa kau, sampai pun lambat lah. nasib baik sempat smapai sebelum masa penamat.)

sungguhpun kumpulan kami merupakan antara kumpulan yang terkebelakang, namun di atas kecerdasan dan kepintara nmasing-masing, dapat lah kami memperoleh hadiah saguhati, iaitu merupakan antara 40pasukan terbaik. vangga tau.

tapi memang best kott kalau dapat top 10, duit weh, dapat duit. 
pemenang pertama dapat rm1000, kedua rm900, ketiga rm800, dan seterusnya kau kira lah sendiri.





ok dah.



Tiada ulasan: