Ahad, 31 Oktober 2010

if u smell, what the rock is cooking.

ok sekarang cuba kira hari ni sahaja dah berapa entry yang up. ok tak perlu sebab takkan masuk dalam soalan math suruh kau kira-kira. haha

tadi beli suratkhabar, terbaca pasal WWF. lantas, teringat zaman kecik-kecik comel-comel dulu suka tengok wwf kat tv3. siap boleh tiru aksi smackdown tak jadi. tapi yang penting, the rock i tetap vote u. dan tak lupa stone cold. ha yang tu je aku ingat stakat ni. konon-konon punya lah berebut chanel nak tengok wwf, tapi last-last end up tengok wwf jugak sebab sebenarnya memang tak ada nak berebut dengan siapa pun. kata adik beradik lelaki. tentu lah dorang tengok wwf.(imaginasi kena lebih sebab kadang-kadang dapat merangsang otak. yang positif sahaja) padahal kena tipu je, dorang gaduh-gaduh hanyalah lakonan semata-mata. haha. punya lah aku beria tanya wehh siapa jahat siapa baik? tapi jangan risau, the rock sentiasa baik di hati ai. wakawaka.

bercakap pasal the rock, sampai sekarang pun teringat the rock. (??)
bagi aku, dalam ramai-ramai artis wwf ni dulu, the rock lah yang paling hengsengg. bagi aku lah. mungkin sebab keupayaan dia mengangkat kening sebelah yang dapat tiru ziana zain menyebabkan the rock disukai ramai. tapi sayangnya the rock tak lama dalam arena wwf, lalu terjun ke bidang lakonan. dan sekarang aku rasa dia dah guna commercial name the rock dah. kan? entah, aku pun tak ambik tau. haha

ok sudahlah. sekian sahaja entry tidak bermanfaat dari saya.
nanti nanti aku menyemak lagi sebab paham-paham sendiri lah. errrr.

nak upload gambar, tapi line ni lambat sangat sampaikan siput vavi pun lagi laju.

ishhh.

Tiada ulasan: