Jumaat, 8 Oktober 2010

doa.

seronok kan bila dapat kenal ramai orang. ada macam-macam ragam. tiba-tiba tak khusyuk waktu berdoa tadi semata-mata teringat cerita pasal doa. sekarang ni banyak betul ingat teringat nya. belum masuk aku teringat si tiqa classmaate aku waktu sekolah menengah zaman muda remaja dulu tiba-tiba pengsan dari meja time tengah jawab trial SPM paper kimia. opppsss, tiqa, sori aku TERbagitau. tapi takpe, orang tak kenal kau kot sebab aku tak letak gambar kau. orang pun tak tau kot kalau aku bagitau kita sama-sama kelas 518 mrsm tgb 06/07. eh, ke aku dah terbagitau maklumat yang lebih terperinci ni? ehh.
tapi kejap, kejap, waktu tu kau pengsan kan? tapi orang ramai ingat kau tertidur kan time tu? takpe takpe. aku faham. tapi kau tetap comel lah tiqa.

baiklah, kita abaikan sahaja kes kawan aku si tiqa itu. berbalik pasal doa.
teringat lagi..
waktu pergi umrah dulu. waktu tu baru selesai tawaf wada', dah nak balik. orang lain pun dah bergegas ajak balik. masih lagi dalam kawasan yang berhampiran kaabah, tiba-tiba ada wanita arab nak solat, langsung mintak pinjam buku aku untuk letak depan dia semntara dia bersolat. aku ni dah dalam keadaan serba salah, orang lain dah tungu, tapi tak sampai hati nak mintak dengan makcik ni. aku yang tengah menggelabah tunggu buku aku, makcik ni mintak aku tunggu sekejap lagi. agaknya lah. sebab aku tak faham bahasa arab. waktu tu memang lah ada belajar bahasa arab kat sekolah, time ustaz ajar je ter-anggukangguk konon faham lah (heyyy, penting okkk jaga hati cikgu), tapi time exam tak tau nak jawab apa. nasib baik sebelum exam tu, ustaz dah bagitau mukasurat berapa dalam buku teks yang akan masuk exam. kira selamat lah, sempat lah hafal sikit-sikit. kalau dah blurr sangat waktu jawab exam, cari je kot-kot ada perkataan yang hampir sama dengan soalan, itu lah jawapannya. comel lah fatin ni.
sambung balik pasal doa tadi. paling terharu bila makcik tu punya lah mintak aku tunggu, dia doa apa ntah tapi dia macam tunjuk yang dia doakan aku lah. dan kat sana, kau akan jumpa banyak style orang berdoa, ada yang sampai meraung-raung menangis, dan ada yang slow je macam kita berdoa. makcik ni kategori baca doa kuat-kuat dan bersemangat, dan sebab aku tak faham apa yang didoakan tu, aku still jugak gelisah gelabah sebab orang lain dah tunggu.

tapi yang paling tak boleh bla, bila ada kawan aku cerita yang kawan dia tiap kali doa lepas solat, ekspres je.
doanya, "ya Allah ya Tuhanku, macam biasa."
itu aku tak tau nak kategorikan sebagai doa apa.


errr..

1 ulasan:

Miss Hunny berkata...

hahaha..siot jerk kan..