Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 16 Oktober 2010

:)

kadang-kadang..
bila kita dapat apa yang tidak seiring dengan hati kita, kita mengeluh.. tanpa kita sedari, mungkin ada sinar untuk kita pada masa hadapan, yang mana kita takkan pernah tahu bila dan di mana akan hadirnya rezeki untuk kita..

aku ditawarkan masuk ke uni yang aku belajar sekarang ni dan menerima untuk sambung belajar kat uni ni adalah tanpa kerelaan hati. tanpa mengetahui hala tuju yang sebenarnya sekiranya aku pilih hala tuju yang aku sendiri pun kabur. bayangkanlah, kau apply nak masuk tempat lain, tapi alih-alih dapat kat tempat lain yag mana kau sendiri pun tak pernah akan kewujudan uni ni sebelum ni. ok, umk adalah uni baru yang ditubuhkan di negeri kelantan. waktu nak buat decision nak masuk sini, macam-macam perasaan bercampur baur.. sama ada nak masuk msu ke, nak masuk umk. nak ikut kata orang lain ke, nak ikut hati sendiri.. nak jaga hati orang lain ke, nak jaga hati sendiri.. belajar untuk orang lain ke, belajar untuk diri sendiri.. susah kan bila kita rasa terhutang budi dengan orang lain, kemudian kita kena nak fikirkan keputusan yang bakal kita ambil ni akan jaga hati orang tu ke tak. susah kan? tapi tu lah, sampai bila kau nak kena fikir macam tu. sampai bila kau nak kena ikut orang lain sedangkan hati kau tak pernah ada bersama keputusan yang kau ambil demi menjaga hati orang lain. sampai bila? kerana apa yang mereka yang terbaik untuk kita itu, tak semestinya memang terbaik untuk kita. Allah Maha Tahu. berdoalah dan sentiasa mengharapkan petunjukNya.

banyak konflik diri yang melanda sebenarnya bilamana kita baru hendak mulakan langkah sendiri. lebih-lebih lagi apabila terdengarkan khabar angin itu dan ini mengenai institusi yang kau sedang duduki sekarang, apa kau fikir hati takkan pernah goyah? bukan sememangnya mudah untuk aku terus berdiri atas pendirian yang teguh bila hadirnya angin yang bisa menggoyangkan, tahu? itu masih belum masuk dengan cabaran, dugaan lain lagi. pendek kata, hati kena kuat. lagi melemahkan semangat bilamana melihatkan ramai kawan-kawan yang pergi ke negara orang untuk melanjutkan pelajaran. dapat bayangkan tak macam mana perasaannya? cemburu mengisi ruang hati, kita kena redha, itu rezeki mereka, kita harus turut bergembira. mungkin esok lusa pula rezeki kita, mana tahu?

sejak kebelakangan ni, ramai penceramah undangan dijemput supaya kami-kami pelajar umk lebih dapat gambaran tentang skop kerja pada masa hadapan. dan rata-rata yang dijemput merupakan usahawan yang berjaya. dan sejak itu, baru lah terdetik dalam hati, ohh ini ke itu ke.. pendek kata, serius aku bersemangat balik, sebab dah nampak sikit-sikit apa yang ada. dah minat sikit-sikit kursus yang sedang aku pelajari. dan ya, bukan semudahnya untuk kita berjaya, kan? dan sebab tu, jangan sesekali berputus asa, bukan masanya untuk kita toleh ke belakang, pandang ke depan, semoga hari-hari yang bakal ditempuhi akan menjadi lebih baik dari hari-hari suram yang sebelumnya. :')

pesananpenaja :
maaf, ya. entry ni sebenarnya more kepada diri sendiri. supaya lebih ingat agar kejayaan boleh digapai dengan usaha, dan kegagalan bisa dicapai dengan berputus asa..
bassyyya!





Allah ada. :')

Tiada ulasan: