Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 16 Oktober 2010

7 tahun penjara sahaja kah?

bila difikir-fikirkan, jadi lawyer atau hakim bukanlah tugasan yang mudah. hukuman orang, bagaikan terletak pada kita, pada emosi kita. hinggakan, nyawa orang, bagai kita yang tentukan. payah, payah.

setelah berita tentang pembunuhan allahyarhamah sosilawati dan tiga mangsa yang lain tersebar dan mendapat tumpuan, akhirnya berita tentang hukuman terhadap pesalah pula yang ditunggu-tunggu. semua orang tahu, semua orang maklum mngenai kekejaman yang tertimpa ke ata mangsa.

aku ini manusia yang buta akta. tidak tahu apa yang termaktub di dalam akta, juga hukuman yang sepatutnya terjatuhkan terhadap pesalah mengikut kesalahan masing-masing. tapi kau tahu kan, manusia kini semakin liar, semakin kejam, sedangkan haiwan pula tahu mengenang budi. apa hukuman penjara 7tahun setimpalkah dengan kesalahan yang dianggap tidak berperikemanusiaan itu, waima mereka yang bersalah itu bukan mastermind, tetapi hanya diupah sahaja?

kiranya begitu, ramai lagi manusia-manusia lain yang tiada sifat kemanusiaan dan liar, sanggup menerima upahan untuk tindakan yang sama jika sekiranya hanya dihukum dengan hukuman yang sedemikian yang dianggap tidak setimpal. kan? tidak, mungkin. sistem pertahanan malaysia kan, kukuh. duhh~.

lihat sini, kiranya dengan hanya ucapan maaf, sudah mampu melembutkan hati hakim nampaknya. rasanya, bersorak gembira lah para peng-kejam yang melakukan kekejaman, lepas ni dengan hanya memohon maaf, sudah boleh mengurangkan hukuman, sudahnya, makin ramai yang berani melakukan perkara yang sama. peguam yang terlibat pun sama, maka kaya lah dia kerana berjaya mengurangkan hukuman pesalah. kan? haih. nyawa manusia kini, bukan hanya bagai berda di tangan manusia, ditentukan hayatnya oleh manusia sendiri, malah juga boleh dibeli.

dunia oh dunia. semakin menakutkan. haih.

1 ulasan:

si dia berkata...

2 la...xptt kan..ptt hukuman gantung smpai mati tak pun penjara seumur hidup..demmm