Rabu, 13 Oktober 2010

101010

ya, ya. saya sudah tahu hari ni dah masuk 131010. boo cepat sebab lame gila buat pasal 101010.
ok, tak payah sebab nanti ai marah.
sebab nombor ni je cantik, ramai yang nak cakap pasal benda alah ni, sematamata wahh smart ah nombor. sebab tu ramai yang pilih nak kawin pada tarikh ni. well, ex-bf ai, ala sheikh muzaffar tu.. pun kawin tarikh ni tau. hohhh.
jangan sampai ada ibu mengandung sebab taksub sangat dengan nombor cantik yang sebegini lalu memaksa doktor untuk melahirkan anaknya saat itu juga. eh, ada ke macam tu? ok, tak perlu fikir lebih-lebih sampai tariktarik rambut sebab tak masuk exam pun. haha. bergurau senda sahaja ok.. bila lagi nak bergurau senda, kan kan kan?

lumrah lah bila manusia memang suka yang cantik cantik. dengan itu, aku jarang percaya bila laki@perempuan yang dapat boifren@girlfren cun dan hensem semua dengan berkata, ohh ai jatuh cinta pandang pertama padanya sebab ai dapat lihat sifat keibuan dari air mukanya dan cara dia bertutur dan tersenyum buat pertama kali. tak percaya, tak percaya. sebab, macam mana kau boleh tau kalau dia betul-betul yang macam kau sangkakan, maksud aku, bersifat keibuan@kebapaan dan lain-lain, sedangkan kau  baru pertama kali bersua bertentang mata lalu berasa seperti terbang di awangan.. ohhh, kang kalau kata ohh ai jatuh cinta pandang pertama padanya kerana tergoda dengan jelingan manja, senyuman asmara (sila muntah) bla bla bla. tapi tu lah aku nak kata, at the first place, manusia suka yang cantik-cantik, dan cantik itu sangat subjektif. maksudnya di sini, semua ciptaan Allah adalah cantik belaka. :)

ok, kembali kepada nombor yang, ya memang cantik. dan memang banyak yang memilih untuk ada kenangan ketika nombor cantik. kata masa tidak boleh diundur, 101010 hanya sekali seumur hidup, sampai lah tahun 10102100, atau 10103010, atau kau fikir lah sendiri.

ok sudah lah. selamat hari lahir buat yang menyambut pada 101010, ramai kottt. suka lah tu.
dan juga, selamat pengantin baru buat SMS.

Tiada ulasan: