Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 28 September 2010

tiba-tiba rasa macam malu-malu kucing nak update. (bunyi macam ada orang kisah je kalau aku update ke tak. aihhh. bunyi macam merajuk je...)

tapi lately cuak macam kucing kehilangan anak lalu si ibu kucing itu bermiaw-miaw mencari si anak-anak. maksud kucing kehilangan anak ni bukan bererti busy sampai tak sempat nak makan ke minum ke.. tapi bermaksud cuaknya anak-anakku ke mana kamu menghilang, nanti bapakmu marah lalu mak mu ini juga yang kena marah. begitu lah ibaratnya kecuakan yang dialami. (tapi, kejap kejap. bapak kucing marah ke kalau anak-anak kucing hilang entah ke mana? ohhh.) tapi at least faham lah kan maksudnya, kan?
manusia sekarang kan sampai dah sanggup buang anak, sanggup berjenayah, yang mana harta dan wang ringgit adalah segala-galanya. kalau tidak, mana mungkin kiranya nyawa manusia itu hanyalah ibarat di hujung jari kaedahnya, kan? ya Allah, jauhkanlah aku daripada terjerumusnya ke dalam lembah yang bukan dalam redhaMu.. sesungguhnya aku memohon agar Kau berilah aku petunjukMu agar aku tidak terpesong dari jalanMu.. amiin.. :')

konon aku uarkan bahawa khamis lepas akan adanya test biometry, kuterima berita ke-cancel-an test itu lalu dipindahkan pada sabtu lepas. walaupun hanya dua hari cuma jaraknya, namun sangat-sangat buat aku lega sebab hoii siapa tak lega still ada masa nak last minute study kottt. cuba bayangkan kalau khamis tu test, memang lah terkial-kial aku nak jawab apa nii. kalaupun test sabtu pun terkial-kial kuasa dua, inikan pula kalau test hari khamis. cuba kau bayangkan aku bakal terkial-kial kuasa berapa. kalau betul aku kasi hadiah. cepat! cepat!
habis je test biometry, lega satu nafas. tinggal test ecology yang banyak yang amat nak kkena baca.

abaikan dulu pasal test ecology yang bakal berdepan pada esok hari. sekali sekala kena lah jugak rehatkan otak daripada anasir-anasir test ni. kan kan? tapi kalau dah beberapa kali beberapa kala tu aku tak dapat nak tolong lah. tolong bagi pelempang sedas dua tu boleh lah. bukan apa, kasi tolong sedar sikit. kau nak test hoiiii. (itulah sistem pendidikan yang mana banyak menekankan pasal isu peperiksaan semata. lalu lahirlah aku yang hanya biasanya belajar hanya untuk lulus peperiksaan. maka, mana kualiti keseluruhannya? maka dengan itu, janganlah disalahkan 100% kepada pelajar yang mana amat cemerlang akademiknya, tapi yang lain kureng semacam. ohh, nak kata aku cemerlangkah?- kalau aku cemerlang, dah ambik medik kott. itu lagi satu mentaliti, asal pandai je kena ambik medic, asal medic je budak pandai. adakah tidak lama lagi malaysia akan mengalami kebanjiran doktr-doktor sekalian?)

kelas hari ni bolehlah dikatakan menseronokkan sebab lepaslah nafas kedua setelah selesainya presentation untuk subjek etnik. orang giiigil macam aku bila kena cakap depan orang ramai ni memang lega dia lain macam sikit bila dah selesai presentation, walaupun dalam kerja berkumpulan. sebabnya, usaha untuk meminimakan kegigilan itu adalah sangat menggunakan tenga zahir dan batin supaya orang tak perasan aku gigil walaupun memang dah terang tangtang mic bergoyang-goyang akibat daripada kegigilan yang dialami. ohhh. betapa leganya dah habis presentation.
aku paling tak suka gigil-gigil bila bercakap depan orang ramai ni sebab banyak sebab;
1. susah kot nak cover suara gigil.
2. kang kalau ada secret admire terus dia dah tak admire aku kangg.
3. lutut yang gigil tak henti-henti tu susah kott nak suruh berhenti daripada terus gigil dan gigil, sampai lenguh nak cover.
4. idea dah banyak, tapi bila dah gigil terus ideaku ke mana kau menghilang?? yang banyaknya akan keluar emm.. emmm. emm. jadah??
4 sebab kat atas tu antara sebab-sebab je lah. sebab-sebab yang lain tak larat nak taip, sebab sampai sekarang ni pun tangan pun gigil lagi. lenguh kott.

tapi presentation hari ni, aku rasa ok lah sikit dari yang sebelum-sebelumnya sebab... jeng jeng jeng.

esok ada test ecology. doakan aku agar dapat jawab dengan baik. nota tak sempat nak rebus, jadi terpaksa lah baca semua. ohhh.
takpe takpe. malam esok ada jamuan hari raya untuk semua sains sumber asli.
lusa pergi field trip ke kem tanjung satu dan hutan belom yey!!

sudahlah. nak study.

ok bye.

Tiada ulasan: