Isnin, 13 September 2010

theori raya yang auta.

cuti raya dah hampir tiba ke penghujungnya. maka, bermakna tak lama lagi test bakal menjelma. tarikh untuk menghantar assignment juga semakin singkat. risau sungguh. tapi tindakan satu pun tak ada lagi. masih tetap goyang kaki menonton televisyen. masih tetap muka manis gembira beraya ke rumah saudara mara dan rakan-rakan. masih gagah mengutip duit raya walaupun usia dah bermula angka nombor dua. rasa macam tua sungguh, tapi masih berjiwa muda remaja. ohhh. heyyy, rezeki jangan ditolak. orang dah bagi, kita kena ambil. kang tuan rumah terasa.

teringat zaman kecik-kecik dulu yang mana tak perlu lah nak fikir masalah semua bagai. tak perlu nak fikir bila lah anak raja nak datang meminang(akubukanloser). haha. dulu kala, setiap kali bila hampir menjelangnya raya, bilamana lagu raya seakan menggila di kedai-kedai baju, bilangan yang pergi surau untuk solat terawih makin berkurang, aku mula lah nak buat teori auta raya. bila dah besar macam sekarang, rasa macam ish mengarut gila aku waktu kecik-kecik dulu. comel gila. dulu-dulu, aku tak tau apa hantu raya tu semua. cuma bilamana aku dengar raya, terus buat andaian sendiri hantu raya hanya muncul bila hampir tibanya raya. haha. comel sungguh fatin syahirah. bilamana jiran-jiran dah start balik kampung, aku pun tak ada geng, maka budak-budak jadi mangsa. aku kawan ngan budak-budak yang jauh lagi muda dari aku.

maka, terkeluarlah cerita,

"hei, jangan main-main sangat waktu malam-malam dah dekat nak raya ni. hantu raya keluar ramai-ramai nanti kena sorok. waktu raya je ada, sebab tu nama dia hantu raya"

haha.

1 ulasan:

Kyuubi_85 berkata...

hahaha.. memang comel! :D adake hantu raya keluar masa raya je? hahaha

kyuubi