Isnin, 13 September 2010

tadi sangat mengantuk yang amat, tapi tiba-tiba sekarang tak boleh tidur. memang masalah. mungkin sebab tidur petang tadi. dah lama tak tidur petang kottt. tambah pulak tadi minum mocha, lagi lah tak boleh tidur. sudahnya, pusing kanan pusing kiri, still tak dapat tidur. perut mula buat hal. sabar wahai perut. tak habis-habis  nak gemukkan badan ai.

sekarang macam-macam yang berlaku kat negara kita kan?
banyak yang berlaku dalam kalangan manusia itu sendiri secara spesifiknya. usah pelik, manusia sememangnya macam-macam ragam. rambut sama hitam, hati lain-lain. dalam hati tiada siapa yang tahu melainkan Dia Allah yang satu. dan tak ketinggalan banyak yang berlaku dalam hidup aku sekarang. usah cerita pasal masalah, semua orang punya masalah. semua orang punya dugaan yang tersendiri. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh hamba-hambaNya. semoga hati ini terus sabar, semoga hati ini terus kuat dan utuh sehingga ke akhirnya bertem bahagia yang abadi yang sememangnya ternantikan. :')

usah kau pelik bilamana kau hanya menjadi bahan untuk orang kaya-kaya menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.
usah kau hairan bilamana orang yang sudah kaya yang mana hartanya sudah tidak tahu ingin tercampakkan ke mana, makin kedekut jadinya. makin haloba sifatnya. sudahnya, yang kaya makin berada, yang miskin kian papa. (hey, insiden itu berlaku secara tidak tersengajakan, malah tidak terfikir dek akal pun untuk kau hebah-hebahkan ke serata tempat seperti memang sengaja untuk dirosakkan. apa kau fikir aku tak ada ekrja lain?)

sebagaimana kau tak mengerti aku. sebagaimana itulah juga aku tidak mengertikan kau.
maka dengan itu, lebih baik aku berdiam diri daripada bersuara kan?
sebagaimana kau rasa kau tidak gemarkan aku, cuba kau fikir, ada aku kisah? atau, ada aku juga gemarkan kau? sila bermimpi aku gemarkan kau ya.
entry ini sungguh general. tapi apakan daya, kesabaran aku seakan tercabar. tapi ini lebih baik daripada aku malukan kau, kan? ini lebih baik dari aku bersuara yang mana kau dan aku akan sama-sama sakit hati yang bisa menghitamkannya kan? percayalah, ini lebih baik.

dan apabila tibanya waktu begini, waktu berperasaan begini lebih tepatnya, aku seakan membenci diri aku sendiri. ingin aku lari jauh ke tempat yang mana tidak seorang pun yang mengenali aku. itu lebih baik daripada kau dikelilingi saudara yang seakan bukan saudara kan? itu juga lebih membahagiakan. kan?

ahh. tiba-tiba mengantuk.
ok bye.

Tiada ulasan: