Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 7 September 2010

siri bertopik.

pejam celik pejam celik kita sudah berada di penghujung ramadhan..

selepas entry yang menyerupa hatiku bercelaru, lepas tu tak ada mood semacam nak update, terus rasa malas yang berpajangan. rasa macam nak buat apa-apa pun ishhh malas nya. kenapa ye makin dekat nak habis puasa ni makin menjadi-jadi pulak malasnya. ishh.
sebenarnya, banyak je nak update untuk dijadikan kenang-kenangan kat blog ni supaya nanti tua-tua kot-kot lah aku terlupa, bila baca blog ni boleh lah senyum sorang-sorang. paling tidak pun bersama anak cucu cicit. ohhhh.

topik 1 :
(last day berbuka bersama rakan-rakan di bulan puasa. jumlah kami yang mengekori adalah seramai 11 orang.). kak zee ajak berbuka kat rumah dia. lokasinya, kat pengkalan kubur kalau tak salah aku. tapi dari kota bharu ambik masa hampir 1 jam jugak lah. dan apa yang menarik, journey nak sampai ke rumah kak zee tu, kau akan rasa macam eh aku still kat kelantan lagi atau dah sampai siam? sebab, bila kau dah sampai kat satu tempat ni, dan di mana kau akan nampak signboard tulis nama siam je. dan kau akan nampak uishh patung besarnyaaa. dan andai kau peminat cerita nur kasih, boleh la ikut kak zee balik rumah dia sebab bila dah dekat nak sampai ke rumah dia ada sawah padi terbentang luas kehijauan ohh indahnyaa. dah rasa macam aku pulak yang jadi nur dalam cerita nur kasih tu. oh tak beragak. tapi ni yang terpaling menarik sebab rumah kak zee dan thailand hanya dipisahkan oleh sungai yang menyerupai longkang besar sahaja. menarik kan?

tapi moment yang paling best adalah waktu perjalanan pulang dari rumah kak zee dan menuju ke wakaf che yeh. konon-konon nak exercise lepas makan bertambah. aku yang drive waktu tu. dan sufi jadi co-driver. kami pencinta alam sekitar, cintakan yang natural, taknak menipiskan lagi lapisan ozon maka kami tak pakai air-cond, tapi kami bukak tingkap(padahal memang tak boleh nak pakai air-cond, nanti kereta tiba-tiba mati enjin). tengah syok-syok kami feeling tengah on the way nak balik kampung dengan penumpang 5 orang 1 kereta, tiba-tiba ada satu merpati dua sejoli naik moto potong. paling tak boleh pergi bila awek nye saje je nak pandang bangga kat kitorang sebab dia ada boyfriend boleh peluk, kami dalam kereta tak ada lelaki, apatah lagi boyfriend. maka setiap kali motor boyfriendnya memotong, dikuatkan lagi pelukan terhadap byfriendnya itu.

rasa menyampah harus ada, maka mulut sufi laju je bersuara. dah alang-alang kepala dihendapkan ke luar, bersuara lah terus. kang berdosa bila cakap-cakap belakang.
dan tiba-tiba terdengar, "ai. naik motor aje ke???"

hoh!

topik 2 :
balik dari rumah kak zee pun dah lewat malam. nasib baik ramai-ramai. tapi aku ngan anna macam lah tak sedar diri. esok nak balik, tapi barang satu pun tak packing lagi, balik pun dah lewat, assignment yang perlu dihantar belum siap dan bas pulak pukul9.30 pagi. bila dah sedar macam tu, terus plan weh kita jangan tidur tau malam ni. stay up, esok dalam bas baru tidur puas-puas. plan dah cantik, diorang yang menurut serta berbuka kat rumah kak zee pun semua macam ok jom kita pergi sahur sama-sama for the last time dalam bulan ramdhan ni jommm. aku yang konon-konon tak nak tidur terus menyahut okk aku tak tido malam ni.
dan mereka menjawab sahutan, ok fatin esok kau kejut tau.
okkk!
jam berlalu, sampai pukul4.45pagi. aku kejut, sorang jawab macam mamai-mamai, terus rasa macam give up nak kejut yang lain jugak. aku pun apa lagi, eh, tido jugak lah. terus pesan dekat roommate,'akak, nanti dah subuh kejut saya eh'
tapi entah macam mana, subuh ke mana, bas ke mana. tiba-tiba anna datang sergah kat bilik. dah pukul8.20!! bas pukul9.30 wey!! astaghfirullah.. subuh gajah habis time tu.
bersiap punya lah cepat, siap lari-lari pergi bus stop. nasib baik bus stop dekat. kalau jauh? tolong jangan bayangkan.


beberapa tapak nak sampai ke bus stop, bas dah nak jalan. aku ngan anna terus buat drama kejar bas dari belakang sambil barang penuh di sebelah tangan, dan lagi 1 tangan melambai-lambai ke arah bas sambil jerit, kejap! kejap!

aku : ana! kau pergi lari kat kaunter cepat! suruh dia call pakcik bas mintak tunguu kita!

anna lari-lari sementara aku jaga barang dan call siapa-siapa mintak tolong hantarkan stesen bas ke-2.

anna : weh. bas tu bas k.l lah. bas kuantan belum sampai. bla bla bla. aku dah serik nak naik bas ngan kau lagi dah.

hancur luluh hatiku ini. ana, aku tak sengaja tertidur. memang lah salah aku, tapi aku sendiri memang tak terjangka yang aku akan tertido sampai tak sedar macam tu sekali. jangan serik naik bas ngan aku eh?



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tiba-tiba rasa macam dah tamat, sebab rasa kekok semacam nak menulis.


iklan raya kat tv3 dah kena tarik ye?

2 ulasan:

dancing queen♥ berkata...

wahhhhhh!! dah mood raye ni, jangan dikenang puase yang tak cukup :)

Selamat Hari Raya, Fatin :)

Miss Hunny berkata...

topik satu:bikin aku gelak jer..hahaha..
topik dua:next time kunci la jam..haish..
pape pun selamat hari raya