Sabtu, 18 September 2010

raya.

bilamana tengok orang lain gigih meng-update gambar raya, belog juga tak kurang hebatnya bercerita mengenai raya. buat aku pun rasa macam errr aku tak raya kah? aku juga raya, dan meh sini aku cerita pasal raya yang boleh kata so-so je lah. boring tu boring jugak, tapi bilamana rasa nak menggila tu, terus jadi tak boring, tapi jadi  ohhh seronoknya raya...

kiranya sebab gambar pun tak banyak, ditambah pula gambar yang sedia ada pun dah tak cunnn, maka, terus jadi koleksi gambar raya sikitt sahaja. dan dan, gambar raya satu family ini tak terambil juga bilamana konon-konon semangat nak buat photo shoot dekat kedai gambar, tapi semangat hanya tinggal semangat gambar entah ke mana, kedai gambar juga entah ke mana. ishhh.

assignment sedang menanti, muka surat silibus juga masih banyak belum terbelek, kiranya alangkah moleknya kiranya aku buat sinopsis raya sahaja. (dah tau assignment melambak, tapi masih menggedik nak berblog. apakah?)

raya 1
seperti biasa, nasib sebagai anak perempuan yang cumanya seorang, maka tugas aku lah nak siapkan balang-balang, make sure pinggan mangkuk cawan gelas kat atas troli, lantai tersapu, buat air dan lain-lain alah sama je dengan tugas perempuan-perempuan rajin yang lain. tak jauh bezanya. cuma kalau ada pun beza sikit-sikit tu adalah. well, rajin terlatih macam aku ni... ishh, malas lah nak cakap. maluuuu... :P

raya pertama tak banyak gambar lah. ai ni pemalu bila tengah over cantik, langsung tak terambil gambar. pergi beraya rumah saudara-mara, tunggu tetamu datang, rehat-rehat. tapi yang memang komfem, makan tak henti-henti. masalahnya, asyik rasa lapar, macam mana nak berhenti makan?
duit raya tu boleh laaa. bila dah besar ni, tak banyak tempat yang aku dapat, tapi bila dapat tu boleh la cover rumah yang tak dapat tu. (bunyi macam beraya banyak rumah kan.)

baju raya first. 
ok, kantoi entry sebelum ni aku repeat pakai baju raya day 1.
baju raya aku cantik kan kan? aku super duper suka baju raya kali ni. santekkkk.

secara ringkasnya, itulah gayanya raya pertama saya. 
oh, juadah raya pertama hanya simple tapi super sedap, nasi kuning, ketupat palascicah daging. err.. 

raya 2
raya dua semakin memberi sinar bilamana raya ke-dua lah baru nak jumpa sepupu sepapat. all ini all, tak ada lah nak boring sangat. lagi best bila dapat ajak sepupu sepapat beraya ke rumah kawan. ishh, tak reti lah nak tulis. layan gambar je.

kat rumah nenek.


apahal entah kat atas hidung aku tu. 
ishhh.
pape pun, kami sebaya. ehhhh.



ibu, cantikanggunmenawan, farah, sabrina
aku mengembang. ya, aku tau. 



errrr~~


kadang-kadang hormon remaja ni terlebih-lebih sewaktu sesi bergambar.
errrr


pakciks and makciks, not included ayah. 





last but not least. 
nenek saya.

ya. nenek side ayah is chinese. tapi adopted by malay husband and wife. dan lagi bertambah special, nenek sebelah ibu pula india. oh, ayah kepada nenek aku pure india yang datang berhijrah ke malaysia lalu membentuk satu keluarga. dan dalam masa yang sama moyang aku pun ada family dekat india tapi malangnya tak berhubung. there're history behind the scene. ohh. entah-entah shah rukh khan kajol tu semua saudara jauh aku. sebab tu kadang-kadang orang kata kami seiras. ohhhh.
kiranya, aku ni dah satu malaysia habisss. 

raya 3 
raya ketiga tak berbuat apa-apa kecuali ke rumah saudara tolong-tolong untuk kenduri pada keesokan harinya. tak ada gambar lah pulakkkk. 

raya 4
bosan lah jugak. tapi sebab pergi kenduri dan beraya, terus bertukaaarrrrr. 

the pengantin.
ahhh. tension tengok gambar sendiri.
(kes tak dapat terima kenyataan ke apa??)
anyway, selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu. :)
dan petang tu terus rayaku bertukar ceria bilamana diana omar datang beraya tidur kat rumah. yey!

raya 5
dah kena bangun pagi-pagi sebab tujuan utamanya pergi tabung haji serah surat penolakan sebagai caln menunggu pergi haji tahun ni. sepatutnya hantar sebelum 1 ramadhan atau akan didenda sekiranya lambat. dapat tu dah lama, tapi nak hantar tu makan masa. malas nak tunggu lama-lama. sebab tak baca surat tu, aku tak tau pulak kalau kena denda bila lambat hantar. tapi boleh tak aku baru je baca time beratur nak hantar surat tu? memang cuak. tapi alhamdulillah syukur tak kena denda sebab pihak tabung haji belum setelkan pasal ticket booking. phew~
diana. fatin.
tengah tunggu giliran. 

dah setel semua, perut memang dah melapar tak ingat. hajat di hati nak pergi kfc, tapi terus call lisa nak pergi beraya ke rumah. jimat duit ohh. sampai rumah lisa, boleh lah makan nasik minyak. lalalala

diana. fatin. lisa.
jemput minum.



telefon antikkk. lalu, terjakun seketika.

jemput makan, jangan malu-malu.
bikin macam rumah sendiri.


ok dah, lepas rumah lisa, pergi rumah quiah pulak.


gambar tuan rumah tak ada sebab tuan rumah tak bertudung. 
muka dah berminyak boleh goreng telur kotttt.
errr~~.

lepas pergi rumah quiah, pergi rumah diana's someone special. ohhh. sangat sweet macam gula-gula getah. tapi tak ada gamabr sebab kena control ayu. mana tau jumpa jodoh. apakah??

raya 6 
tak pergi mana-mana. bermalas-malasan di rumah sahaja. 
diana, mu menggelaboh balik awal opp??

raya 7
raya ke-tujuh terpaling best kottttt. pagi bosan-bosan sahaja. lalu aku pun semacam menggatal. on FB, tengok jiran aku online, terus chat. 

aku : ngohhh.. bosan laaa....
kak ngah : ye arr.. bosan gop ea... tapi nok g mesra mall ea.. budok-budok ni ikut belake.. tapi dop tau muat ke dop..
aku : ye kee... (time ni macam ala.. malulah kalau still menggedik nak ikut..)
kak ngah : tapi mai la.. kita terok je gane-gane pom.. muat rasenye..
aku : ye ke.. nok ikut!!!!
kak ngah : siap arr.. tengah siap gop ea.. 
aku : ok ok. nok siap la ni. tunggu tau. (punya lah takut kena tinggal.)

tu lah. usah disorong bantal kepada orang yang mengantuk. akibatnya jadi macam aku lah. terus bersiap cepat-cepat sebabb takut kena tinggal. lawak kott. 
sampai mesra mall, terus pergi nak main boling. tapi penuh pulak, terpaksa tulis nama kat waiting list. lama kott nak kena tunggu, terus makan-makan. lepas tu, kononnya sudah berputus asa. singgah bermaghrib di surau. tapi rupanya semangat berboling masih berlum luntur. haha. comel sungguh. terus berpusu-pusu ke tempat boling nasib baik ada kosong, terus main. 
yang pergi lapan orang, tapi hanya empat yang main secara oficial memakai kasut boling dengan semartnya. lagi empat jadi player secara haram, iaitu ambil bola kemudian baling cepat-cepat sebab takut kantoi. mau pecah lantai lane woiii!! haha. serius lawak tapi sungguh comel. last-last, siapa yang kalah kena belanja aiskrim. haha. 

dalam kereta on the way ke mesra mall.
all time generation punya jiran.
dah hampir 14tahun okkk. yang budak lelaki tu adalah the new generation. 

jari aku tu apasal heh? 
bukan mencarut okk.









kak ngah. 
taken already. dah bertunang.

syaza. manja too. 

nah, sang berbaju hijau itu pembelanja aiskrim. means, pengkalah?? hahahaha

player lagi sorang kononnya pemalu. cehhh.

sebenarnya gambar adalah super banyak, tapi ini je yang termampu dan ada dalam tangan. yang lain belum ambil. nanti dah ada baru upload. tapi hari tu serius best memang hari gelak gelak gelak sampai pipi pun jadi gemuk.



rasanya setakat itu sahaja diari raya saya. 
sudah terwujud idea dalam akal ini. more picture will be uploaded soon. 
aku kurang gemar upload dekat fb. jadi, sinilah tempat aku mengupload gambar. huhu.


notasendiri : patut lah hati tak tenteram, rupanya berita kematian pakcik aku yang sampai.. alfatihah. moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 











Tiada ulasan: