Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 16 September 2010

raya tak kesudah.

cuti raya sudah hampir tiba ke penghujungnya. assignments masih belum tersentuh dan ulangkaji untuk test juga belum terusik. wall rakan-rakan seperjuangan kebanyakannya menggambarkan kecuakan masing-masing yang sudah senak. aku? tiada komen. perut masih muat lagi rasanya kalau mahu diisi dengan pelbagai juadah raya rumah terbuka. (lepas tu mula lah nak mengigau malam-malam ahhh aku tak nak gemuk tolong-tolong!)itu juga boleh diklasifikasikan sebagai menggelabah lebih lah kauuu.

dan ini, sebab perut pun sentiasa penuh, niat untuk belajar dan menyiapkan assignment juga mula pudar lagi kabur. haih. mata pula sentiasa mahu tertutup. ukuran pinggang usah dikira, eh kau pregnant ke apa? siapa tanya macam tu memang mengundang pelempang raya. perut je berat, tangan belum berat, masih mampu memberi tamparan berlapis-lapis.

ah, sudahlah. aku mahu bersiap-siap untuk beraya lagi. ok ini last. ini last. kemudian baru siapkan assignment dan belajar belajar belajar.(yeesss. lepas ni ada reason tak nak keluar bilik bila ada tetamu datang. - mintak bebelan padu ke apa?)

- assignment ekologi
- presentation etnik
- test ekologi
- test biometri

agak-agak nanti kalau rebus notes, kemudian minum air rebusan, boleh jawab soalan dengan jayanya tak??

ohh. mintak-mintak boleh. jadikanlah keajaiban. tolonglah!


baju raya.
yes, muka dah naikk. 
 muka aku pelik sikit. kalau naik, susah sikit nak nampak tang pipi,
tapi akan membesar kat bahagian dagu. ohhhh.

ahhh. apa aku kisah, makan tetap makan.
melantak selagi mampu.



selamat hari raya ke tujuh!

3 ulasan:

Amir Izzat berkata...

laa.a.udah2 la tue beraya... buat eksiment dulu..hehehe..

salam perkenalan

Miss Hunny berkata...

hay babe..u look pretty..biarkan gmok k..t beranak kulit tak la mengelebeh..hahaha

Kyuubi_85 berkata...

haha.. samaah ngan aku.. assignmnt blm disentuh,, huhu