Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 8 September 2010

ramadhan..

lagi dua tiga hari lagi raya bakal tiba. orang lain semua dah berpusu-pusu wish selamat hari raya. tapi aku wish nanti sikit lah, masih dalam mood berpuasa katanya. mood raya belum tiba sepenuhnya lagi. tiba-tiba tak ada mood nak raya. ok, bulan puasa tak baik menipu. baju raya aku dah siap yey!

tadi punya bunyi mercun aku rasa paling kuat kot sampai tersentak-sentak waktu berbuka. hoii siapa yang main mercun tadi, apa korang ni tak menikmati makanan sebaik-baiknya ke? itu lah dah namanya hidup senang kan, makanan pun kau rasa ala bila-bila pun boleh dapat, langsung tak menikmati makanan eh (marah ni).

bila cakap pasal mercun ni, teringat waktu kecik-kecik dulu, waktu arwah nenek masih ada hayatnya. kau jangan main-main, kecik-kecik lagi aku dah pergi terawih, sekali dengan jiran aku pun ikut. tapi, punyalah orang lain ni semangat nak raya, hari pertama puasa pun dah berdentam dentum bunyi mercun. sampai kan nak solah pun tak khuyuk, asyik dengar bunyi mercun. nasib baik tak ada orang melatah waktu solat, kang tak pasal-pasal solat terbatal. tapi rindu lah zaman kecik-kecik dulu. bila dengar bunyi mercun je, terus tak senang duduk. jiran aku pun sama. lepas tu, terus plan eh, nanti kita terawih 4 rakaat je k? lepas tu kita balik tau. dah tu, waktu tu mastermind terhebat ada, plan tak pernah tak berjaya. lagi bernasib baik, budak-budak comel macam kami biasanya kena duduk saf belakang, orang-orang berusia kena duduk depan. kami dah bersiap sedia duduk dekat dengan pintu surau, nanti senang nak keluar. dah 4 rakaat, terus balik, join main mercun jugak. tanglng pun sama. siap ada version kitorang sendiri. wah, rindu!
nenek aku, balik-balik dah bising sebab cucunya hilang serta merta, pergi sama-sama tapi balik asing-asing. al-fatihah untuk arwah nenek aku. rindu. :')

paling best, tang tanglung kami yang unik. aku tak tau dari mana asal usul tanglung ni, dan siapa yang reka pun aku tak tau. yang aku tau, buat je bila orang dah ajar. aku pun tak tau lah kalau orang lain pun tau jugak. tapi, menarik. sebab tanglung ni bukan sahaja terang, tak terbakar, malah bleh jugak buat main masak-masak. serius i tell sama u.

ok, pernah dengar tanglung tin tak?
cuba bayangakan tin milo, lepas tu kau tebuk lubang-lubang kecik banyak-banyak kat belakang tin tu. penutup tin tu wajib buang memang tak pakai pun. lubang-lubang tu kau kena tebuk guna paku dan tukul. boleh buat corak cantik-cantik kat bahagian lubang-lubang nye. dan dawai jugak perlu, kau pasang lah nanti macam mana nak pegang tin dah panas. jadi, sangkut sahaja kayu kat dawai tu, lepas tu dah boleh buat torch light.
siang-siang hari, kami geng-geng  jiran tetangga gigih buat tanglung masing-masing. dan sebelum puasa pun dah mula gigih cari tin agak-agak besar sikit. malam-malam lepas terawih, gigih pulak nak habis cepat-cepat sebab nak buat rondaan malam guna tanglung masing-masing. oh, very rindu those moments. kemudian, siang-siang agak-agak bosan lambat lagi ke nak tunggu wakt berbuka, kami geng-geng barbie girl perempuan sahaja akan main masak-masak guna tanglung tu sebagai kuali konon-konon. senang je, kau terbalikkan tanglung tin tu, jangan lupa nyalakan lilin dalam tin yang diterbalikkan, dan guna lilin sebagai minyak, seterusnya masak lah daun-daun sampai garing. haha. comel dan pintar kan?



pesananringkas : lately, rindu sungguh zaman kecik-kecik muda mudi dulu kala.

rindu nya suasana dalam masjidil haram bila tengok orang terawih ramai-ramai kat dalam tv.. mintak-mintak murah rezeki, nanti dapat pergi lagi. aminn... :')

Tiada ulasan: