Isnin, 13 September 2010

pengakuan si dara

"aku suka laki orang sebab aku dah banyak kena dengan lelaki yang belum kahwin dan selalu curang."

apakah?
adakah para dara yang lain juga menggunakan alasan yang sama bilamana bercinta dengan suami orang?
mungkin lah sebab lain sebab boleh supply duit, tapi still kott. laki orang.
kadang-kadang kita tak boleh nak sebelahkan mana-mana pihak bila mana hal ini berlaku. sebab pokok takkan bergoyang kalau tak adaq angin. maka, kalau salah sorang tak layan, takkan boleh berlaku episod cinta taktenang.
dah tu, kau laki orang, maka ingatlah anak bini di rumah. kalau tanggungjawab di rumah pun terabai, maka bagaimana pula dengan yang baru ini? yang kau bina bibit-bibit cinta yang buat kau angau sendiri.

apa-apa pun,
kawan, pilihlah lelaki bujang yang ada dulu.
tapi masih adakah lelaki bujang yang setia? sebagaimana masih adakah perempuan bujang yang setia (ini sure bagi laki lah. bukan untuk pengkid ya)



ish. sekarang asyik cakap pasal cinta. cinta nya pun tak hadir-hadir jugak.
nahhh, i;m not a loser.

Tiada ulasan: