Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 22 September 2010

pagi-pagi tadi bersemangat bangun mandi cepat-cepat sebab sedar, dah lambat nak kejar bas kang tak larat sebab puasa. jadi, terkocoh-kocoh lah aku mandi cepat-cepat sampaikan rasa macam haiii mandi tak basah. sudah bersiap-siap, maka, tiba-tiba dapat mesej, lab pagi ni tak ada. macam mana nak gambarkan eh perasaan tu bila tengah siap-siap, kemudian tiba-tiba dapat tau kelas cancel. happy lah. walaupun ada nada kesalan sebab ishhh baik aku bangun lambat sikit. padahal tragedi hari ni lagi baik lah dari yang dulu.. kalau dulu, dah lari-lari nak naik bas dah pun, rupa-rupa nya kelas tak ada. apakah???

oh ya. lupa lah pulak. aku balik kolej hari isnin, ya. tambah lagi dua hari cuti umum sendiri. berbaloi-baloi ohh. kiranya, dapat lah aku mandi dengan tenang kat rumah selama dua hari. kat sini, bila dah start pukul 6 dan ke atas je, air dah tak ada. sampai lah pukul 12 tengah malam kang. maka, bilamana dah ambik wuduk untuk solat maghrib, terpaksa lah nak kena tahan kentut supaya boleh stay sampai isya'. kau ingat sedap perasaannya bilamana terpaksa bertungkus lumus nak tahan kentut? bila tengah duduk je, aku cepat-cepat bangun bila rasa nak kentut tu ada. rasa macam aduhaiiii kentut, kentut. terseksa jiwa raga. tapi bila dah azan, terus solat. lepas solat baru kentut dengan nikmatnyaaaa.

minggu ni masih ada kerja yang tertangguh, test pulak menanti dengan tidak sabar lagi untuk berdepan dengan wajahku yang tulus mulus ini. (??)
gaya macam macho gila tak cuak, padahal dah start menggelabah macam mana lah soalan nanti, susahkah payahkah?? ohhh.
dah lah. tiba-tiba insap, gua nak study.


pssst.
hari ni macam cuti weekend, kelas semua cancel.
bahagianyaaaaa.



Tiada ulasan: