Ahad, 12 September 2010

nikmatkah raya?

hari raya adalah hari yang mana kita orang Islam yang berpuasa meraikan kemenangan setelah sebulan menahan lapar dahaga, hawa nafsu segala. maka, baju raya semua akan beli dan juga makan pada hari raya boleh jadi sampai tak hingattt. ha, aku lah tu makan sampai tak hingat. dan sekarang dah cukup nak menggelabah sebab double chin dah mula lahir, perut sudah pandai membuncit serta boleh jadi berlipat bilamana kau duduk malas. ishhh. tiba-tiba rasa macam tak sabar nak balik uni sebab nak main basketball, dengan harapan boleh kurus dengan berjaya. kali ni harapnya jangan harapan tinggal harapan macam sebelum ni sudahh.

sebelum ni aku ada kata raya bosan kan. memang bosan pun. kalau tak kerana pakai baju raya baru yang sememangnya cantik dipadankan pula dengan tudung wallaaa cantik juga kasut yang cantik(eh, orang cantik pakai apa-apa pun cantik. lalala) itu lah yang baru dapat rasa raya. sebab hari raya hari yang super special.

tetapi!
masih special kah raya apabila kena fikir assignment yang berlambak dan banyak?
masih kekal special kah raya bilamana aku kena fikir dan study pasal test yang bakal kunjung tiba lepas raya nanti?


selamat hari raya ke-tiga!


manusia sekarang semakin advance dan kejam kan?. sifat tamak dan hasad dengki seakan utuh di dalam hati. nyawa manusia seakan berada di tangan sang manusia kejam. apa sudah lupa pada Allah yang mana ajal maut hanya di tanganNya?
alfatihah buat keluarga arwah.

Tiada ulasan: