Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 30 September 2010

kerepek bawang.

sebab dah kempunan sangat nak makan kerepek bawang, ambik kau, tajuk pun dah letak kerepek bawang dah. hati-hati kepada siapa-siapa yang baca entry ini. entry ini bakal mengandungi perkataan kerepek bawang sebanyak-banyak kerepek bawang sebab cuti raya hari tu tak termakan pun kerepek bawang. sedih kan? malah sadis sungguh.

sejak kecik lagi, kalau pergi beraya rumah orang, nampak je kerepek bawang, memang tak nampak kuih lain dah. maka, kunyah lah aku kerepek bawang sampai tahap rimas sampai kena korek gigi dengan jari sebab kunyah kerepek bawang banyak sangat, sampaikan melekat dekat gigi. ohhh. tapi tetap tak jemu nak makan kerepek bawang lagi dan lagi dan lagiii. cuma jemu tang nak kena korek gigi je lah.

tadi pergi pantai timur nak beli test pad dah habis rupanya. bilamana nak buat assignment, baru teringat, ohhh test pad aku dah habis. maka, tadi lepas teman ana potong rambut, pergi lah aku ke pantai timur. teringat, ehh, dulu waktu bulan puasa kat sini ada jual kerepek bawang. ditambah pula cerita ana yang makan kerepek bawang sampai habis satu balang. lagi lah membuat aku terliurliur. agaknya kalau mati dalam keadaan kempuannan ni, mata terbukak sikit tak? haih. akan tetapi, dah tak ada rezeki gamaknya, kerepek bawang habisss. sedih okk.

ok, sekarang tengah sedih sebab tak sempat nak makan kerepek bawang. bukan sahaja tak dapat rasa, waima tak dapat lihat jugak.
T__T



ihsan daripada en google, dapatlah jugak tengok kerepek bawang.


eh, bulan syawal bulan baik ni, kan bagus kalau hadiahkan saya kerepek bawang ini, plisssss.


dan disebabkan tengah kempunan nak makan kerepek bawang, maka, entry ini akan jadi sticky post sampai la saat aku dapat makan kerepek bawang. T__T


hang tak kesian kaa kat cheq nak sangat makan kerepek bawang ni??...

1 ulasan:

Miss Hunny berkata...

t aku usahakan..sabar la sket..sedih lak