Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 9 September 2010

harapan tinggal harapan.

back to this entry. punya lah aku macam bersemangat habis nak kurangkan berat badan, dengan harapan boleh lah nak buang mana-mana lemak terkumpul. supaya esok, boleh lah raya dengan aman tanpa risau kain aku tercabutkah? (ni sebab badan naik mendadak lalu tak muat nak pakai kain. bayangkan dulu lah)
jadi, bila kau baca entry tu, punya lah dalam masa yang sama aku bersemangat waja nak turunkan berat badan. tapi apa hal entah, selera mencanak-canak, hari ni sahaja dah tambah 3 kali waktu berbuka walaupun hanya bihun goreng. tapi susah lah nak diet time kat rumah kan???

gambar kena seprais. tak boleh kasi tengok dulu. hehe.


dah lah, nak siap-siap kan rumah untuk esok orang nak datang beraya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terguris perasaan, harap dimaafi. 
semoga raya kali ini lebih bermakna bersama keluarga dan insan-insan tersayang.


siapa-siapa yang dah alang-alang duduk terengganu, sila lah datang beraya ke rumah.
:)


ish. setan dah terlepas.

Tiada ulasan: