Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 25 Ogos 2010

wikipedia copy-paster

bilamana assignments adalah menimbun-nimbun banyaknya,
lebih-lebih lagi ketika cuti raya yang hampir menjelma, dan ditambah pula apabila assignment tersebut dibuat dalam kadar last minit, maka dengan sedaya upaya akan mencari maklumat di internet supaya kerja menjadi lebih mudah.
hey, kemudahan sudah ada, maklumat di hujung jari, tekan sahaja, terus siaaappp roti canai satu! eh, apasal roti canai tiba-tiba.
dah kata last minit, kerja mahu mudah, dan paling senang nak cari adalah di wikipedia. maka, terjadi lah adegan mencuri idea wikipedia.

eh, terkantoi bagitau rahasia sendiri sebab suka cilok kat wikipedia je bilamana nak siapkan assignment.
maka, kawan-kawan, selepas ini, janganlah kita mencuri seratus peratus perkata demi huruf di wikipedia itu kerana ada maklumat yang salah. kalau nak lebih paham dengan bahasa mudahnya, maklumat kat situ tidak diiktiraf kebenarannya seratus peratus.

nak buat rujukan tak pe,  tapi still kena rujuk kat buku ke.. tak pun nak lagi tepat, tanya lecturer ke.. dengan itu, nanti tak da lah tersalah bagi jawapan dalam exam. kan kan kan?


jom kita study, esok ada test. tapi mata dah layu. cane??

Tiada ulasan: