Rabu, 25 Ogos 2010

ustazah la pulakk..

berpandukan gambar yang terdapat di entry ini, maka ada seorang insan telah menegur.

'lainnya muka kau dulu dengan sekarang. dulu muka kau macam ustazah'

oiii. agak-agak lah nak perli sipi-sipi pun, nak kata aku sekarang ni macam apa pulak?
apa ni, dulu kata muka aku macam model lah, baby face lah, ayu lah.. mana satu ni.. saje nak buat ai malu tau..
haha. tapi tak apa lah, at least sejuk perut ibu mengandungkan aku. ada pernah lah jugak ada rupa macam ustazah. tak ada lah ibu nak sedih sangat bila hasratnya nak tengok salah sorang daripada anak-anaknya pergi mesir belajar dalam syariah ke, tahfiz ke, hafiz ke, hafizah ke..

ibu : kalau boleh ibu nak jugak dalam generasi depan-depan cucu ke cicit ke, yang jadi hafiz atau hafizah. (biasanya timing ibu akan cakap macam ni waktu tengok akademi al-quran)
aku : diam je (dalam hati, ah sudah, dah mula dah.- tangtang cucu cicit ni aku mula lah nak gabra sikit)
ibu : tapi tak tau lah kan kalau mak pak nye tak bagi kot-kot nak anak-anak nye jadi lain.

bagus jugak cadangan tu. bakal bapaknye, macam mana? setuju? anyone?



lega dah lepas presentation.
giliran untuk mencuakkan diri menghadapi test pula. bassya!

Tiada ulasan: