Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 17 Ogos 2010

tabahlah wahai hati.

sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu, dah seminggu kita berpuasa. hoii lagi 3 minggu nak raya. ehh.

bila dihitung dalam bulan hijriah, hampir setahun kenangan yang mngusik jiwa, meninggalkan kenangan silam yang   mana kalau boleh tidak mahu diingat pun. sampai kena tinggal puasa okkk. masuk wad bagai, dan bukan semudah yang disangka akan perasaan dan kesakitan yang tertanggung. apa yang dilihat diluar tidak semestinya apa yang dirasai di dalamnya.. sebelum-sebelum ni bukan tak penah sakit macam ramadhan yang lepas, tapi itulah kali pertama aku sakit dalam bulan ramadhan sampai kena ponteng puasa bagai, kena tahan wad bagai. lagi lah haruu bila pk raya dah nak dekat, nasib baik boleh discharge cepat. itu pun setelah melalui itu ini.

dan, ramadhan kali ni, aku harap peristiwa itu, sakit itu, takkan menjengah, betapa aku ingin kuat, betapa aku ingin menempuh ramadhan kali ini dengan lebih tenang, lebih baik.. tapi manusia hanya mampu merancang, kan?

adakah ia normal kalau kau nak bercakap, atau pusing kepala pun, tiba-tiba rasa ada renjatan elektrik kat dalam tubuh kau? ok, itu kadang-kadang menyakitkan bilamana kau rasa macam tu terutamanya time kau tengah berjalan sebab kau kena stop tiba-tiba. tak pun, kau kena stop bercakap tiba-tiba. peritt kadang-kadang.

ok, dah lah. malas nak hurai panjang-panjang. my body is aching.



selamat berbuka semua!
hari ni makan nasik kuning ngan puding. nyam nyam nyam.

1 ulasan: