Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 2 Ogos 2010

seringkasnya.

sekarang punya mood nak belog macam tiba-tiba ada, tiba-tiba lenyap. ok, sebenarnya nak cover lately macam malas semacam ya Allah apa nak jadi dengan anak dara sorang ni.

minggu first start seester baru, rasa macam boringnya sampai taktau nak buat apa.

minggu kedua dah start bagi assignments, kelas pun dah bermula secara serius. (eh, ada ke yang tak serius dengan kata lain main-main?)

minggu ketiga dah macam boleh lah nak start gelabah sikit-sikit, nak stay up lama-lama sikit walaupun case study yang aku dapat untuk presentation subjek soil ecosystem hanya 3 helai ya kawan-kawan kalau nak dibandingkan dengan budak-budak kelas aku yang lain yang kebanyakkannya leih dari 10helai. itu nasib ke rezeki namanya? sebab aku punya case study banyak nak kena fahamkan.

minggu keempat, dah boleh start pening sikit sebab woii kalau masuk lambat kelas ecology akan ada pop kuiz. ok tak, itu dah termasuk bahagian minggu ketiga sebenarnya, tapi well minggu keempat ni aku rasa adalah minggu yang mana aku berbilang hari untuk menempuh bulan ramadhan dan sedang berkira-kira nak balik cuti awal sempena raya. ponteng kelas lah kott. eh, puasa pun belum, tengok anak bulan ramadhan pun belummmm. nasib baik dah habis ganti awal duluu.




semalam aku tak boleh bukak blog ni sebab virus, tapi tadi aku try bukak dah boleh dah. sebenarnya, macam mana kaedahnya ya? macam mana kita nak tau bahawa blog ni ada ancaman virus ke tak? macam mana kaedahnya kalau kita nak protect daripada virus ye? ada siapa-siapa boleh tolong tak?
 pleaseeee. saya ini buta IT, tolong saya..


ok dah, esok kelas awal pagi. kena bangun awal.
selamat malam. :)


notalekatsendiri : nampaknya ramai jugak ye pengguna krim nenas nirmala sari? ke atau dalam proses nak guna? ke ada yang baru tau lepas tu nak cuba-cuba? ada siapa-siapa??


kadang-kadang kena jugak letak gambar muka tak berapa nak cantik. 
eh, cantik ke?? :P

1 ulasan:

kodok hijau the ghost writer berkata...

ringkas sgt penerangan awak tu hahaha