Khamis, 12 Ogos 2010

ramadhan datang lagi..

hari ni second day puasa, macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi, nak-nak yang paling menakutkan bila dugaan tu bisa mengurangkan pahala puasa sendiri. kau tak rasa rugi ke bila dah penat-penat menahan lapar dan dahaga, tiba-tiba macam percuma je. tak de nak upgrade pahala. bukan sahaja fizikal nak nampak sihat, rohani itu juga perlu sihat walafiat. apa-apa pun, aku rasa belum terlambat kalau aku nak ucap Selamat menyambut bulan penuh keberkatan, bulan ramadhan al-mubarak yang ditunggu-tunggu, bukan sahaja oleh orang Islam kerana bisa menambah pahala. tapi juga ditunggu-tunggu oleh orang bukan Islam kerana dapat borong makanan sedap-sedap dan murah murah murah kat bazar ramadhan. keh keh keh

ramadhan kali ni berbeza perasaannya. tapi berbeza yang macam mana tu? jeng jeng jeng. (suka nak buat saspen-saspen tau.)
kadang-kadang rasa macam tak percaya dah masuk bulan ramadhan, setan-setan semua kena ikat, kena kurung dalam neraka, time ni la anna berani nak pergi tandas sorang-sorang dalam pukul 2,3 pagi sebab dah tak ada hantu katanya. aku lain, aku berani je okkk. sedar tak sedar, sekejap sahaja masa berlalu, dah setahun okk meninggalkan bulan ramadhan yang lepas. maknanya, dah hampir setahun jugak aku meninggalkan memori hitam waktu ramadhan yang lepas. sungguh menduga. sungguh mencabar iman.

1 hari sebelum tibanya bulan ramadhan, aku dah makan roti canai as breakfast. sebab konon-konon lepas ni dah tak boleh nak breakfast lagi. sudahnya, semalam 1st day puasa dah longlai sebab malam tu makan banyak perut tetiba jadi tak biasa bila tak makan. mengada betul. macam baru 1st time puasa dalam hidup. siapa-siapa lain lagi yang rasa macam tu jugak, bawak-bawak beristighfar ya. puasa ni satu kewajipan, niat kena betul..

sebut pasal puasa, aku pernah nampak dengan mata sendiri orang-orang yang tak malu tak puasa ni. dah la lelaki, tak puasa, makan tempat umum pulak tu. aku ingatkan perkara macam ni ada dalam tv drama-drama melayu je. rupanya betul ada dalam alam realiti ni. ye lah kan. kalau tak ada, takkan orang nak buat cerita dalam drama pulak kan kan kan?
waktu tu aku form berapa ntah, tapi lower form lah. waktu tu kat mersing. waktu aku lalu kat kedai ni, ada pakcik-pakcik ni dengan selamba badaknya minum air kat kedai kopi buat macam rumah sendri pulak. padahal kat tempat umum tu. tapi mungkin aku salah nampak kottt. kena fikir baik-baik dulu.

tapi seringkasnya, aku nak ucap sekali lagi, selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari ramadhan-ramadhan yang sebelumnya.. :')


notalekatsendiri : semalam berbuka dah makan mi goreng, kuih seri muka, cara berlauk, ngan kaki ayam goreng. tapi hari ni nak makan apa pulak ye?? ermmmm. dah lah nak siap nak pergi bazar cepat-cepat nanti ramai orang. zassss

haaa! jangan curi-curi minum air. korek hidung pun jangan eh!

ucapan salam ramadhan, brought to u by fatinibrahim.blogspot.com (nak jugaakkk. hehe)



oh, selamat berbuka semua!  :)

Tiada ulasan: