Isnin, 23 Ogos 2010

nak update banyak-banyak sebenarnya, tapi disebabkan perjalanan internet ni aku rasa macam siput pun lagi laju. buat sakit hati je. ish.

tadi terbaca pasal isu tak halal McD. wallahualam. aku tak tau nak komen apa. senang cerita, kalau kau dah was-was, jangan makan lebih baik. tak payah nak ada perang jiwa eh ni pernah dengar cerita tak halal ni bla bla bla. teringat cikgu kimia aku pernah cakap pasal megi waktu form5 dulu,

"eh, awak ingat semua makanan yang ada cop halal tu halal ke??"

aku tak tau nak komen apa, aku pun stock kalau keluar cari McD jugak. megi pun aku layan. haiihhh. macam mana nak cakap eh. senang cerita, makanan tu semua kebanyakannya tak berkhasiat (ingatan untuk diri sendiri). dah tu kau tanggunglah dosa kalau betul makanan yang tak halal kau bagi kelulusan dapat cop halal bila dah dapat bayaran lumayan bagaii. ha kau tanggunggglahhh. (emosi ni)

bila cakap pasal McD, tiba-tiba teringat kenangan aku kat McD kl sentral 2 tahun lepas kot kalau tak silap aku. memalukan okkkk.
waktu tu nak balik terengganu, so sementara nak naik train, singgah beli McD dulu sebelum balik. alas perut lah konon. waktu tu aku sorang-sorang okk. kesian lah jugak sebab makan sorang-sorang je. aku ni jenis kalau nampak orang makan sorang-sorang, eh kesiannya dia makan sorang-sorang tak ada orang teman pun. nak nak in public, lagiiii lah. sebab tu bila time berbuka ni tiap kali aku sorang-sorang kat bilik, aku gigihkan diri turun makan kat bilik anna sebab rasa kesian kat diri sendiri makan sorang-sorang. ahhh.

sambung balik kisah di McD. tibanya waktu aku nak meng-order, maka order lah aku dengan begitu yakin. tapi confident but at wrong place i think. ceh.

abang McD : ya dik, makan ke take away?
aku : makan..
abang McD : ya?
aku : em.. saya nak set ni 1. (sambil tunjuk kat menu)
abang Mcd : air apa?
aku : coke ye..
abang mcd : maaf.. coke habis.
aku : oh ye ke.. tak pe lah, kasi saya air spritzer. (tapi dalam kepala otak terbayang sprite, macam mana ntah terkeluar spritzer)
abang mcd : hah?? air apa??
aku : spritzer.
abang mcd : air apa??
aku : spritzer (yakin tak boleh blaa ok time ni. dalam hati aku lak apa hal mamat ni nak tanya banyak-banyak kali)
abang mcd : oh. ok ok. (serentak dia letak air sprite atas talam)


damn. maluuu gilaaaaa okkkkkkk.
abang mcd tu pun dah tersengih-sengih.






dah, gua tengah malu tahap gaban. tiba-tiba tak ada idea lain.

Tiada ulasan: