Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 31 Ogos 2010

merdekanya Malaysia. merdekakah kita?

masih ingat, masih terpahat di ingatan, waktu zaman sekolah dulu kala, setiap kali masuk bulan ogos, cikgu-cikgu  akan buat aktiviti yang mesti bertemakan merdeka. stesen-stesen televisyen mula menyiarkan cerita sarjan hasan , bukit kepong, tak kisah lah versi lama ke, versi moden ke, tapi pokoknya masih bertemakan kemerdekaan yang bukan mudah untuk diperoleh.

sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah 53 tahun malaysia kita merdeka. dah 20tahun aku merasa akan amannya malaysia tanpa peperangan. alhamdulillah.
tapi apakah kita sememangnya merdeka? apa merdeka pada kita sebenarnya?
aku tak nak cakap isu so-sial kat negara kita sekarang, tapi aku cuma mahu tanya, aku ingin tahu, apa dengan cara itu sebenarnya yang tunjukkan kita sudah merdeka? bebas melakukan apa sahaja yang terdetik di hati? (mintak aku dijauhkan dari hal-hal tersebut)

mungkin sebab kita tak pernah rasa peritnya saat sebelum kita peroleh kemerdekaan, sebab kita tak pernah rasa ahh susahnya waktu dijajah, dan kita tidak dapat merasa akan erti merdeka itu sebenarnya. itu bilamana kita sudah berada di zon selesa kan?

asalkan tiada perang, tidak lagi dijajah, ya kita merdeka. kita anak merdeka.
tapi tidak termasuk dengan perang mulut antara pemimpin, ya. itu lain. itu kita ketepikan. sebab, masing-masing sudah pasti ingin mempertahankan kepntingan masing-masing. dan mesti nak tunjuk aku hebat. kan? (opss. bulan puasa)

apa-apa pun, ya kita merdeka kan? walaupun adakalanya pemikiran kita masih lagi dijajah?



semoga malaysia terus aman, maju dan makmur. :)






dunia ini kadang-kadang tidak adil dan penuh misteri kan?


Tiada ulasan: