Khamis, 12 Ogos 2010

hari ke dua puasa.

habis la lepas ni tajuk entry kaedahnya seperti mengira hari berpuasa. contoh hari ni hari kedua berpuasa, esok pula hari ketiga puasa. anggap sahaja tajuk sedemikian adalah edisi khas bulan puasa ye. lepas tu diikuti hari raya pula. eh puasa baru 2 hari, dah fikir nak raya. ha itu anggap sahaja edisi khas raya, maknanya kalau bulan puasa boleh la jugak buat edisi satu hari satu menu berbuka atau bersahur. tapi kalau edisi raya pulak mungkin satu hari satu pasang baju raya, takpun satu hari satu jenis kuih raya. perghhhh.

baru balik dari bazar ramadhan. kalau duduk asrama macam ni lah gayanya. selagi tak pukul 7, takpun selagi belum 5 minit nak berbuka puasa, tak ada maknanya nak ngadap makanan. aku lah kan, kalau orang lain aku tak tau lah kaedahnya macam mana, terbayang-bayang nak balik rumah. nak berbuka kat rumah, alangkah indahnya. kalau kat rumah waktu ni, dah tergopoh gapah nak siapkan makanan. bestnyeeee. tapi apakan daya, terpaksa lah aku pendamkan sahaja angan indahku itu. 2september ni baru boleh balik berbuka hoyeh hoyeh kat rumah.

oh ya. berbalik kepada topik kita mengenai baru balik dari bazar ramadhan, nasib baik pergi awal. kalau tak, mau nya kena berhimpit berebut waktu nak belik makanan. i dun like okk. kenapa ntah bila dah makin cantik(??) ni makin tak suka berada dalam crowd. kang tak pasal-pasal makin kurang pahala puasa ni kanggg.

menu berbuka hari ni...

bantal peluk saloma.


keropok lekor yang dikepingkan.


seri muka.
kalau nak muka berseri-seri, boleh lah makan ni. :P


dan last but not least.
karipap pusing inti sardin. nyam nyam nyam

hari ni makan kuih sajo ye, sebab semalam makan mi goreng habis terkeluar semua lepas terawih. ok, bukan sebab mi goreng tu sebenarnya, tapi sebab aku minum coke jugak. jadi pengajarannya kawan-kawan, jangan minum air gas waktu berbuka ya. 




selamat berbuka semua!


notalekatsendiri : siapa-siapa nak bagi cadangan menu bersahur paling best kat asrama??


Tiada ulasan: