Ahad, 15 Ogos 2010

dugaan.

maka selesailah sesi bersahur untuk hari ke-5 puasa di bulan ramadhan.. (lai berapa hari nak balik cuti eh?)
semalam, satu malam aku tak tido sebab nak kena siapkan assignment last minit. (jangan tiru aksi itu, atau anda akan mengalami simptom mata macam panda, kalau tak banyak pun sikit je. sikit je???)
kalau dah namanya kerja last minit, tak ada maknanya hasil kerja aku nak elok-elok cantik-cantik bagai. gelabah sebab hoi aku sorang je ke tak siap lagiiiiii. sebab tadi menggelabah dan terus rasa macam nak nangis sebab macam dah blurrr habis, sempat lah jugak masak tomyam sosej. well, makanan orang bujang nak bersahurr...

dan sebab tak tido ni, baru lah aku semacam mudah sikit lah nak update belog nih. kalau tak maunyaaaa kurang pahala puasa memang menduga sungguh!
jangankan berukband yang sememangnya menduga hati dan mulut supaya bertahan daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak disebut, wifi pun dah buat hal. anganku untuk update belog lebih kerap nampaknya menuju kemusnahan. grrrrr

dah lah, dah azan, jom solat subuh.
aku rasa macam terlajak tidur sampai tengah hari lah nanti. apakah??




notalekatsendiri : apahal time bulan puasa berat makin naik??????? matiklah aku tak muat baju raya kanggggg.

Tiada ulasan: