Jumaat, 6 Ogos 2010

beach cleaning.

baru aku perasan sekarang ni aku rasa macam tak rajin nak update. kira macam mujur sangat lah kalau aku update 4 hari sekali. (eh, baru sedar ke?)
finee. sekarang ni kenapa ntah makin hari rasa macam makin xtau nak buat papa. tau-tau je eh dah malam ke, ala tak sempat nak itu ini. pengajaran di situ: jangan bertangguh.

sekarang pun rasa macam eh ke mana duit aku pergi dalam akaun? aku rasa macam dah cukup berjumat dah, makan pun sekali sehari tapi mana duitku lesap? where oh where?
tapi bila mengenangkan nafsu makan aku semacam makin membuak-buak tak keruan, aku dapat terima perlahan-lahan mana duit aku pergi. dan dalam masa yang sama jugak, aku kena terima perlahan-lahan bila duit yang berkurang digantikan dengan berat yang bertambah. dem.

dah aku pun malas nak mukadimah panjang-panjang. kang ada jugak jari aku yang bengkak sebab dah over taip. (jari ai lembut tau)

rabu lepas, aku join maskum pergi beach cleaning dekat pantai irama. siapa dah pergi pantai irama meh aku nak tengok, kira sikit.
sebab course yang aku belajar sekarang more kepada alam sekitar, so dah jadi tanggungjawab lah kiranya nak kena pergi bersihkan pantai, dah fikirkan agenda lain yang mana objektifnya untuk menyelamatkan alam sekitar.
bila dah nama beach cleaning, dah tentu lah kena kutip sampah yang mana ada. tapi tang bergambar tu memang tak boleh tinggal. ibaratnya, 3 gambar bersamaan 1 sampah yang kau kutip. cuba kira bilangan gambar ke sampah yang lagi banyak diambil? tapi aku ni pemalu, bila orang ambik gambar, aku cepat-cepat kutip sampah sebab malu nak masuk dalam gambar. (ceh. tolong percaya)

best lah jugak, 1 jam untuk ambik gambar, 1 jam lagi kau kena jadi macam tabligh, jumpa siapa-siapa, kau kena bagi talk sikit pasal kepentingan alam sekitar ni. fun, tapi lama-lama jadi boring. mungkin sebab orang tak ramai sebab waktu pagi dan aku pun malas nak jalan banyak-banyak pergi ketuk rumah orang. ai kan pemalu. aww.

mungkin lepas ni, kalau nak pergi, buat program macam ni waktu orang tengah ramai, tak ada lah tujuannya beach cleaning semata-mata. tapi bat booth dan buat program yang melibatkan pengunjung pantai jugak. sebab biasanya yang buat sampah jugak pengunjung-pengunjung pantai. (pandai je nak mengkomen, kang tak pasal-pasal kena cop kuat komen lagi. ok diam sekarang)

layan gambar pulak ah. tiba-tiba idea tak ada.

breakfast dulu. (nasib baik hari tu makan free. eh)


aku rindu nak pergi pantai kat terengganu. nak balikkkk.



minah ni memang pelik sikit. gambar-gamabr yang dia pose lagi pelik. erk (sori farah, aku tak bagitau gambar ko pose gaya macam sama je, cuma yang berubah kiri atau kanan je. kalau tengok laju-laju macam nak melintas jalan pandang kiri pandang kanan, lihat kiri sekali lagi. eh)



ahli baru.


kenapa ntah sekarang ni tiap kali ambik gambar terus kepala nak senget. tapi macam cute lah pulak. ehh


alin. fatin. farah. ana.

sekian laporan dari saya, tidak  bermuka hanya bercermin mata. 



pesananringkas : banyak yag nak update sebenarnya, tapi kenapa ntah tiap kali nak update terus pengsan. erkk.
suatu masa dahulu part 1 pun masih terbengkalai masih belum bersambung. hadoi. ni yang malas nak buat part-part ni. tapi saje je na buat macam tertunggu-tunggu kasi macam saspen sikit. (eh, ada yang tunggu ke?)

iklansiapanakkerja? : umk ni aku rasa kekurangan driver bas, bus banyak je, tapi tak gerak sewa bas orang lain nak hantar student pergi kelas. tak ke terbiar je bas tu?? 

Tiada ulasan: