Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 31 Ogos 2010

merdekanya Malaysia. merdekakah kita?

masih ingat, masih terpahat di ingatan, waktu zaman sekolah dulu kala, setiap kali masuk bulan ogos, cikgu-cikgu  akan buat aktiviti yang mesti bertemakan merdeka. stesen-stesen televisyen mula menyiarkan cerita sarjan hasan , bukit kepong, tak kisah lah versi lama ke, versi moden ke, tapi pokoknya masih bertemakan kemerdekaan yang bukan mudah untuk diperoleh.

sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah 53 tahun malaysia kita merdeka. dah 20tahun aku merasa akan amannya malaysia tanpa peperangan. alhamdulillah.
tapi apakah kita sememangnya merdeka? apa merdeka pada kita sebenarnya?
aku tak nak cakap isu so-sial kat negara kita sekarang, tapi aku cuma mahu tanya, aku ingin tahu, apa dengan cara itu sebenarnya yang tunjukkan kita sudah merdeka? bebas melakukan apa sahaja yang terdetik di hati? (mintak aku dijauhkan dari hal-hal tersebut)

mungkin sebab kita tak pernah rasa peritnya saat sebelum kita peroleh kemerdekaan, sebab kita tak pernah rasa ahh susahnya waktu dijajah, dan kita tidak dapat merasa akan erti merdeka itu sebenarnya. itu bilamana kita sudah berada di zon selesa kan?

asalkan tiada perang, tidak lagi dijajah, ya kita merdeka. kita anak merdeka.
tapi tidak termasuk dengan perang mulut antara pemimpin, ya. itu lain. itu kita ketepikan. sebab, masing-masing sudah pasti ingin mempertahankan kepntingan masing-masing. dan mesti nak tunjuk aku hebat. kan? (opss. bulan puasa)

apa-apa pun, ya kita merdeka kan? walaupun adakalanya pemikiran kita masih lagi dijajah?



semoga malaysia terus aman, maju dan makmur. :)






dunia ini kadang-kadang tidak adil dan penuh misteri kan?


Ahad, 29 Ogos 2010

mode :

siapkan assignment dan mendengar lagu raya. 
baru feeeeelllll.





dan sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin.
:')

Sabtu, 28 Ogos 2010

lepas test hari tu, tiba-tiba feeling dah boleh relaks semacam. (apa kau fikir dah habis final??)

internet macam tut,
mood pun dah asyik teringat nak balik rumah je. tambah pulak baju raya pun belum ada di tangan. jangan lah sampai baju raya yang tempah hari tu tak siap lagi. naya weh. nayaaaaa.

padahal nak sambung je entry yang lepas yang buat aku kembang tak sudah. tapi tu lah, kan.

kadang-kadang bukan semua yang kita impikan tu tercapai,
dan bila mana kita terlalu mengharapkan akan sesuatu itu, dan tibanya saat akan sesuatu itu tidak tercapaikan oleh kita, maka ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah yang dapat di-handle dek akal. kan?

ok dah

Jumaat, 27 Ogos 2010

eh, bersihnya muka awak!

entry tadi beria kata letih jalan-jalan cari tudung raya.
sudahnya, up lagi satu entry. kaedahnya, itu namanya semangat. semangat apakah?


well well well.
tak adalah nak tulis panjang mana pun entry ni sebenarnya. kata letih, muka pun belum berbasuh.
tapi itu lah, semangat terlebih-lebih.

ini mungkin entry tergantung, tapi tidak mengapa, nanti-nanti boleh sambung.
siapa tak excited weh bila tiba-tiba ada orang tegur eh bersihnya kulit muka awak.


opssss.
ke hadapan sahabatku nabilah,

(perlu ke aku nak buat nada biasa eh? ok2. ubah nada tinggi high pitch sikit. ini special case. ai tak biasa tau high pitch high pitch ni. takut nanti terjadi high bitch, ha cane?)

hoiiii. hang ade belog tak pernah bagitau aku eh?????



tak pe lah,
i still love u. :)

babe, cepatlah balik, tangkap gambar aku banyak-banyak guna camera godang hang. apa guna ada camera mahal babe? haha


babe, rindu lah! T__T

notasampingan : penat kot balik dari wakaf che yeh, rm200 lenyap begitu sahaja beli tudung sahaja. tudung sahaja ye. baju yilek walaupun berkenan gila kat satu jubah ni, tapi tak beli sebab tak ada saiz, dan konon-konon feeling akan jumpa jubah yang lagi cantikk. sudahnya, duit dah habis, kau nak beli apa lagi?? kaedahnya, beli air rm1 je lah. 



Khamis, 26 Ogos 2010

assalamualaikum - malique

gila betul hari ni, esok ada test tapi tak habis-habis ak update.

terjumpa lagu ni kat laptop nani, try dengar sekali. eh, macam best lah pulak.





Assalamualaikum
RAP,rythm and poetry 
Terjemahannya ritma atas puisi 
jurucakap institusi intuisi 
berjasa pada semua mcm pensil 2B 
otak kanan tekan tubi, pena jadi deltoid 
lagu minum protein, rap suntik steroid 
dua kati creatine aku android 
datang sesekali impak asteroid, boom 
aku kejam, kuhilang, kau rindu 
lepas tampar mau cium satu minggu, woo 
jangan begitu, jangan mengada 
macam mana boleh rindu, mawi kan ada kan?

assalamualaikum 
realitinya ini 08 
bintang realiti kujadikan sarapan 
makan lima mangkuk tanya, mana sarapanku? 
makan lima mangkuk lagi, mana sarapanku? 
aku lapar, ya mana musuh terkini? 
aku bakar.terbalikkan di pasar mcm mussolini 
mana kundalini? tak kunjung tiba 
sakti jadi hiba tapi fokus 
chakra berputar-putar kejar titik lokus 
tafakur, asmara, semua posisi lotus, 
yup, best of both worlds I'm the dopest 
look into the mirror,yup yup you the closest 
I flip language like sandwich 
either side same phat shit like goddamn it 
and if you got a problem with me being malay dude 
lets take it back to 1511 
ya, ya 1511 
jom bertikam lidah dengan hamba dalam aku 
aku pantang kalah, bangun bila jatuh 
kalau patah sayap bertongkatkan paruh 
shhhhh 
ku punya teman yang punya teman 
yang boleh buat engkau hilang teman 
jadi dari buat lawan, baik buat kawan 
dari bagi jari, baik angkat tangan 
sepuluh jari ke atas macam kena tangkap 
kalau ingkar kupotong tujuh jadi pengakap 
ikan duri, gelama, senohong, siakap 
rapper penipu, 
pembohong semua ku pap pap 
bukan terhandal, bukan terkuat 
cuma terhandal dalam apa yang ku buat 
jadi bila general berucap, sampai darah gusi 
tolong ceraikan buntut dari kerus bangun


ok, dah untuk hari ni. 

susah kalau dapat orang hot ni.

kepada nurul farhana, sekiranya anda membaca ini.

tiap kali cakap 'susahen dapat orang hot ni'
maka, nurul farhana akan sentiasa terus memandang aku.






ini lagi sorang tau, suka nak buat ai malu-malu. jangan lah cakap macam tu.. malu tau.




entry yang mengarut ngarut akan selalu keluar bilamana hati tidak sesenang biasa, jiwa tidak setenang yang mana senormalnya. 

Rabu, 25 Ogos 2010

wikipedia copy-paster

bilamana assignments adalah menimbun-nimbun banyaknya,
lebih-lebih lagi ketika cuti raya yang hampir menjelma, dan ditambah pula apabila assignment tersebut dibuat dalam kadar last minit, maka dengan sedaya upaya akan mencari maklumat di internet supaya kerja menjadi lebih mudah.
hey, kemudahan sudah ada, maklumat di hujung jari, tekan sahaja, terus siaaappp roti canai satu! eh, apasal roti canai tiba-tiba.
dah kata last minit, kerja mahu mudah, dan paling senang nak cari adalah di wikipedia. maka, terjadi lah adegan mencuri idea wikipedia.

eh, terkantoi bagitau rahasia sendiri sebab suka cilok kat wikipedia je bilamana nak siapkan assignment.
maka, kawan-kawan, selepas ini, janganlah kita mencuri seratus peratus perkata demi huruf di wikipedia itu kerana ada maklumat yang salah. kalau nak lebih paham dengan bahasa mudahnya, maklumat kat situ tidak diiktiraf kebenarannya seratus peratus.

nak buat rujukan tak pe,  tapi still kena rujuk kat buku ke.. tak pun nak lagi tepat, tanya lecturer ke.. dengan itu, nanti tak da lah tersalah bagi jawapan dalam exam. kan kan kan?


jom kita study, esok ada test. tapi mata dah layu. cane??

wikipedia copy-paster

bilamana assignments adalah menimbun-nimbun banyaknya,
lebih-lebih lagi ketika cuti raya yang hampir menjelma, dan ditambah pula apabila assignment tersebut dibuat dalam kadar last minit, maka dengan sedaya upaya akan mencari maklumat di internet supaya kerja menjadi lebih mudah.
hey, kemudahan sudah ada, maklumat di hujung jari, tekan sahaja, terus siaaappp roti canai satu! eh, apasal roti canai tiba-tiba.
dah kata last minit, kerja mahu mudah, dan paling senang nak cari adalah di wikipedia. maka, terjadi lah adegan mencuri idea wikipedia.

eh, terkantoi bagitau rahasia sendiri sebab suka cilok kat wikipedia je bilamana nak siapkan assignment.
maka, kawan-kawan, selepas ini, janganlah kita mencuri seratus peratus perkata demi huruf di wikipedia itu kerana ada maklumat yang salah. kalau nak lebih paham dengan bahasa mudahnya, maklumat kat situ tidak diiktiraf kebenarannya seratus peratus.

nak buat rujukan tak pe,  tapi still kena rujuk kat buku ke.. tak pun nak lagi tepat, tanya lecturer ke.. dengan itu, nanti tak da lah tersalah bagi jawapan dalam exam. kan kan kan?


jom kita study, esok ada test. tapi mata dah layu. cane??

ustazah la pulakk..

berpandukan gambar yang terdapat di entry ini, maka ada seorang insan telah menegur.

'lainnya muka kau dulu dengan sekarang. dulu muka kau macam ustazah'

oiii. agak-agak lah nak perli sipi-sipi pun, nak kata aku sekarang ni macam apa pulak?
apa ni, dulu kata muka aku macam model lah, baby face lah, ayu lah.. mana satu ni.. saje nak buat ai malu tau..
haha. tapi tak apa lah, at least sejuk perut ibu mengandungkan aku. ada pernah lah jugak ada rupa macam ustazah. tak ada lah ibu nak sedih sangat bila hasratnya nak tengok salah sorang daripada anak-anaknya pergi mesir belajar dalam syariah ke, tahfiz ke, hafiz ke, hafizah ke..

ibu : kalau boleh ibu nak jugak dalam generasi depan-depan cucu ke cicit ke, yang jadi hafiz atau hafizah. (biasanya timing ibu akan cakap macam ni waktu tengok akademi al-quran)
aku : diam je (dalam hati, ah sudah, dah mula dah.- tangtang cucu cicit ni aku mula lah nak gabra sikit)
ibu : tapi tak tau lah kan kalau mak pak nye tak bagi kot-kot nak anak-anak nye jadi lain.

bagus jugak cadangan tu. bakal bapaknye, macam mana? setuju? anyone?



lega dah lepas presentation.
giliran untuk mencuakkan diri menghadapi test pula. bassya!

selamat malam.




Semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. :')


tidur dulu lah. sepanjang hari ni so far ok lah.
so-so sahaja. 
tapi, kejap, kejap. apahal tadi timbang berat maintain, tapi pipi makin naik, bak kata sufi, 'kau nampak lagi cantik' ohhhhhhh. sufi, u suka buat ai malu tau. sekali bukan sebab puji daaa. tapi sebab dah bosan aku asyik mengadu macam mana ni pipi makin naikkk.
abaikan lah pasal hal tu, yang penting esok ada presentation, lusa ada testttt. harapnya, tengah jawab test, tiba-tiba jawapan muncul kat depan mata macam keluarnya belog aku kat skrin pc. ngeh ngeh ngeh. semoga mimpi menjadi nyataa.
tidur duluuu. 
selamat malam. :)  (eh, ke dah pagi??)



pesananringkasuntukwan : kau ngan anime ni comellah. eh, macam terlupa pulak aku nak buat panggilan hangit kat kau dulu kann??? jaga-jaga. jeng jeng jeng.



ini bukan ucapan selamat pagi.

Selasa, 24 Ogos 2010

hai fify.  :)



i can smell the lie(s).

Isnin, 23 Ogos 2010

nak update banyak-banyak sebenarnya, tapi disebabkan perjalanan internet ni aku rasa macam siput pun lagi laju. buat sakit hati je. ish.

tadi terbaca pasal isu tak halal McD. wallahualam. aku tak tau nak komen apa. senang cerita, kalau kau dah was-was, jangan makan lebih baik. tak payah nak ada perang jiwa eh ni pernah dengar cerita tak halal ni bla bla bla. teringat cikgu kimia aku pernah cakap pasal megi waktu form5 dulu,

"eh, awak ingat semua makanan yang ada cop halal tu halal ke??"

aku tak tau nak komen apa, aku pun stock kalau keluar cari McD jugak. megi pun aku layan. haiihhh. macam mana nak cakap eh. senang cerita, makanan tu semua kebanyakannya tak berkhasiat (ingatan untuk diri sendiri). dah tu kau tanggunglah dosa kalau betul makanan yang tak halal kau bagi kelulusan dapat cop halal bila dah dapat bayaran lumayan bagaii. ha kau tanggunggglahhh. (emosi ni)

bila cakap pasal McD, tiba-tiba teringat kenangan aku kat McD kl sentral 2 tahun lepas kot kalau tak silap aku. memalukan okkkk.
waktu tu nak balik terengganu, so sementara nak naik train, singgah beli McD dulu sebelum balik. alas perut lah konon. waktu tu aku sorang-sorang okk. kesian lah jugak sebab makan sorang-sorang je. aku ni jenis kalau nampak orang makan sorang-sorang, eh kesiannya dia makan sorang-sorang tak ada orang teman pun. nak nak in public, lagiiii lah. sebab tu bila time berbuka ni tiap kali aku sorang-sorang kat bilik, aku gigihkan diri turun makan kat bilik anna sebab rasa kesian kat diri sendiri makan sorang-sorang. ahhh.

sambung balik kisah di McD. tibanya waktu aku nak meng-order, maka order lah aku dengan begitu yakin. tapi confident but at wrong place i think. ceh.

abang McD : ya dik, makan ke take away?
aku : makan..
abang McD : ya?
aku : em.. saya nak set ni 1. (sambil tunjuk kat menu)
abang Mcd : air apa?
aku : coke ye..
abang mcd : maaf.. coke habis.
aku : oh ye ke.. tak pe lah, kasi saya air spritzer. (tapi dalam kepala otak terbayang sprite, macam mana ntah terkeluar spritzer)
abang mcd : hah?? air apa??
aku : spritzer.
abang mcd : air apa??
aku : spritzer (yakin tak boleh blaa ok time ni. dalam hati aku lak apa hal mamat ni nak tanya banyak-banyak kali)
abang mcd : oh. ok ok. (serentak dia letak air sprite atas talam)


damn. maluuu gilaaaaa okkkkkkk.
abang mcd tu pun dah tersengih-sengih.






dah, gua tengah malu tahap gaban. tiba-tiba tak ada idea lain.

kenapa?

kenapa hati macam berdebar semacam macam ada yang tak kena eh??????

Ahad, 22 Ogos 2010

yeahh, boleh!!

apahal sekarang ni rasa macam tak sedar diri assignment berlambak, tapi still boleh nak update bagai. hairan, hairan. makin pemalas pulak rasanya. oh, cannot be, cannot be.

tadi dalam pencarian lagu-lagu kegemaran waktu zaman sekolah-sekolah dulu kala. tiba-tiba terngiang-ngiang lagu i know i can, be what i wanna be, if i work hard at it, i'll be where i wanna be.

tang tu je aku ingat, yang lain rap-rap tu semua kang orang lain pun tak faham aku nyanyi apa kanggg. aku kenal lagu tu pun waktu form4, classmate aku jannah selalu bawak mp3, lepas tu ada lagu tu. jannah suka introduce lagu yang best-best kat aku, dan bila dengar je lagu yang dia introduce aku pun macam terus ehhh bestlah. pastu, dengar sekali terus ikut nyanyi sekali. choiii. aku tak mampu nak beli mp3 semua, sebab tu bila agak-agak tengok kawan ada mp3, terus buat baik nak belajar sama-sama waktu prep, lepas tu share earphone dia dengar sebelah, aku dengar sebelah pastu belajar sambil angguk-angguk kepala, konon masyuk lah dengar lagu sambil belajar. padahal tahan ngantuk. ehhh.

dah ah, nakk tulis panjang-panjang pun aku rasa serba salah tengok assignment macam terbengkalai. macam??



I CAN

Lyrics: [Kids]
I know I can (I know I can)
Be what I wanna be (be what I wanna be)
If I work hard at it (If I work hard at it)
I'll be where I wanna be (I'll be where I wanna be)

[Nas]
Be, B-Boys and girls, listen up
You can be anything in the world, in God we trust
An architect, doctor, maybe an actress
But nothing comes easy it takes much practice
Like, I met a woman who's becoming a star
She was very beautiful, leaving people in awe
Singing songs, Lina Horn, but the younger version
Hung with the wrong person
Got her strung on that
Heroin, cocaine, sniffin up drugs all in her nose...
Coulda died, so young, now looks ugly and old
No fun cause now when she reaches for hugs people hold they breath
Cause she smells of corrosion and death
Watch the company you keep and the crowd you bring
Cause they came to do drugs and you came to sing
So if you gonna be the best, I'ma tell you how,
Put your hands in the air, and take a vow

[Chorus - 2x (Nas and Kids)]
I know I can (I know I can)
Be what I wanna be (be what I wanna be)
If I work hard at it (If I work hard at it)
I'll be where I wanna be (I'll be where I wanna be)

[Nas]
Be, B-Boys and girls, listen again
This is for grown looking girls who's only ten
The ones who watch videos and do what they see
As cute as can be, up in the club with fake ID
Careful, 'fore you meet a man with HIV
You can host the TV like Oprah Winfrey
Whatever you decide, be careful, some men be
Rapists, so act your age, don't pretend to be
Older than you are, give yourself time to grow
You thinking he can give you wealth, but so
Young boys, you can use a lot of help, you know
You thinkin life's all about smokin weed and ice
You don't wanna be my age and can't read and write
Begging different women for a place to sleep at night
Smart boys turn to men and do whatever they wish
If you believe you can achieve, then say it like this

[Chorus]

[Nas]
Be, be, 'fore we came to this country
We were kings and queens, never porch monkeys
There was empires in Africa called Kush
Timbuktu, where every race came to get books
To learn from black teachers who taught Greeks and Romans
Asian Arabs and gave them gold when
Gold was converted to money it all changed
Money then became empowerment for Europeans
The Persian military invaded
They heard about the gold, the teachings, and everything sacred
Africa was almost robbed naked
Slavery was money, so they began making slave ships
Egypt was the place that Alexander the Great went
He was so shocked at the mountains with black faces
Shot up they nose to impose what basically
Still goes on today, you see?
If the truth is told, the youth can grow
Then learn to survive until they gain control
Nobody says you have to be gangstas, hoes
Read more learn more, change the globe
Ghetto children, do your thing
Hold your head up, little man, you're a king
Young Princess when you get your wedding ring
Your man is saying "She's my queen"

[Chorus]

Save the music y'all, save the music y'all
Save the music y'all, save the music y'all
Save the music






kad raya.



time raya adalah antara satu-satunya time aku akan dapat surat secara suka-suka kot gitu lah kan. sebab, kalau tak, tak ada maknanya akan sampai suarat yang tertera nama aku kecuali surat tang bill ke, haa itu baru dapat. tang nak menghabiskan duit tu macam laju je sampai suratnya kat rumah, tang surat yang memang nak kasi aku duit, memang sampai tua pun aku tak dapat kot? mana taknya, cek nuff yang aku tebus bulan 5 kot tak sampai-sampai lagi. dah report kat nuff pun, dah resend untuk kali ke-2 pun belum sampai lagi. apakah????? 
apakah salah posmen atau salah nuff?? ada tak siapa-siapa yang pernah terjadi kes macam aku??
grrrr. 

ok, dah lah, sempena bulan puasa ni, tiba-tiba rasa macam nak kasi kad raya. ramadhan tahun lepas, harap je beli kad raya banyak-banyak, tapi hantar nye pun takkk.

so, dengan ini, tiba-tiba aku rasa macam rajin semacam nak menghantar kad raya, ada siapa-siapa nak kad raya?? email alamat meh.




oh, selamat berbuka puasa!

menu hari ini adalah nasik beriyani sahaja. dah rasa macam fobia nak beli kuih sobab eh asyik terbeli yang tak menepai citarasa. melayang duiittttt.



pelupa sakit.

sebab sekarang tengah sakit perut, maka kena layan video-video yang lawak dengan harapan dapat gelak sampai lupa eh aku sakit perut ke tadi???


dekat court lah kau nak tengok aksi-aksi yang lawak, atau dekat court jugak lah kau nak rasa peluh orang yang lari-lari kejar bola bisa terpercik dekat kau. jadi, pengajarannya, record lah game dalam court dan jangan duduk terlalu hampir dengan court. (??)

Sabtu, 21 Ogos 2010

ini macam punya stylee pun ada ke??

bila dah agak-agak lama sikit tak update, terus rasa macam malas semacam nak update, terus rasa macam idea yang banyak sikit nak update sebelum ni, tiba-tiba hilang melesap macam tu aje. biasa lah kan, time rajin tu lah tiba-tiba dan dan tak ada idea terus nak update pasal ape. time malas tu, ada je idea nak update, tapi kerajinan tu semacam susah sekali untuk dipupuk. (eh, rajin ke???)

sementara menunggu kerajinan yang jitu lagi menyerlah, jom layan video ni dulu.



dah tengok?
haa. agak-agak ada ke orang baca qunut macam tu? konfiden bagai.
busuk-busuk aku tak reti baca doa qunut waktu kecik-kecik time zaman baru nak up dulu pun, aku baca tang separuh apa yang aku ingat, tak pun macam skip je. tapi itu dulu lah kan, sekarang memang dah hafal, kang time nak nikah tetiba tok kadi suruh baca qunut kang macam mana. ehhhhh. tapi tu lah, berbalik kepada prkara asal tadi, ade ke orang baca qunut macam ni eh?
memang lah itu hanya lakonan semata, tapi tu lah kan, cuma curious. ceh.


Selasa, 17 Ogos 2010

tabahlah wahai hati.

sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu, dah seminggu kita berpuasa. hoii lagi 3 minggu nak raya. ehh.

bila dihitung dalam bulan hijriah, hampir setahun kenangan yang mngusik jiwa, meninggalkan kenangan silam yang   mana kalau boleh tidak mahu diingat pun. sampai kena tinggal puasa okkk. masuk wad bagai, dan bukan semudah yang disangka akan perasaan dan kesakitan yang tertanggung. apa yang dilihat diluar tidak semestinya apa yang dirasai di dalamnya.. sebelum-sebelum ni bukan tak penah sakit macam ramadhan yang lepas, tapi itulah kali pertama aku sakit dalam bulan ramadhan sampai kena ponteng puasa bagai, kena tahan wad bagai. lagi lah haruu bila pk raya dah nak dekat, nasib baik boleh discharge cepat. itu pun setelah melalui itu ini.

dan, ramadhan kali ni, aku harap peristiwa itu, sakit itu, takkan menjengah, betapa aku ingin kuat, betapa aku ingin menempuh ramadhan kali ini dengan lebih tenang, lebih baik.. tapi manusia hanya mampu merancang, kan?

adakah ia normal kalau kau nak bercakap, atau pusing kepala pun, tiba-tiba rasa ada renjatan elektrik kat dalam tubuh kau? ok, itu kadang-kadang menyakitkan bilamana kau rasa macam tu terutamanya time kau tengah berjalan sebab kau kena stop tiba-tiba. tak pun, kau kena stop bercakap tiba-tiba. peritt kadang-kadang.

ok, dah lah. malas nak hurai panjang-panjang. my body is aching.



selamat berbuka semua!
hari ni makan nasik kuning ngan puding. nyam nyam nyam.

Isnin, 16 Ogos 2010

gegaran hati hari ini.

eh, gegaran ke debaran?

pejam celik pejam celik bersahur lepas tu berbuka bersahur berbuka, sedar tak sedar cepat gila masa berlalu dah 6hari kita berpuasa.

tiba-tiba malas nak tulis panjang sebab nak banyak yang nak kena baca. hari ada 2 kuizzz.
hadoih.


oh,
selamat pagi!


Ahad, 15 Ogos 2010

dugaan.

maka selesailah sesi bersahur untuk hari ke-5 puasa di bulan ramadhan.. (lai berapa hari nak balik cuti eh?)
semalam, satu malam aku tak tido sebab nak kena siapkan assignment last minit. (jangan tiru aksi itu, atau anda akan mengalami simptom mata macam panda, kalau tak banyak pun sikit je. sikit je???)
kalau dah namanya kerja last minit, tak ada maknanya hasil kerja aku nak elok-elok cantik-cantik bagai. gelabah sebab hoi aku sorang je ke tak siap lagiiiiii. sebab tadi menggelabah dan terus rasa macam nak nangis sebab macam dah blurrr habis, sempat lah jugak masak tomyam sosej. well, makanan orang bujang nak bersahurr...

dan sebab tak tido ni, baru lah aku semacam mudah sikit lah nak update belog nih. kalau tak maunyaaaa kurang pahala puasa memang menduga sungguh!
jangankan berukband yang sememangnya menduga hati dan mulut supaya bertahan daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak disebut, wifi pun dah buat hal. anganku untuk update belog lebih kerap nampaknya menuju kemusnahan. grrrrr

dah lah, dah azan, jom solat subuh.
aku rasa macam terlajak tidur sampai tengah hari lah nanti. apakah??




notalekatsendiri : apahal time bulan puasa berat makin naik??????? matiklah aku tak muat baju raya kanggggg.

Jumaat, 13 Ogos 2010

agak-agak.

agak-agak kalau tidur sekarang boleh nyenyak tak?
(saje je nak cakap, aku tak tidur lepas sahur tadi. keh keh keh)

tapi aku rase sekarangg macam mengentuk je.
ok bye, nak tidur.



cubaan taknak tidur sampai tengah hari - gagal. 
erghh.

Khamis, 12 Ogos 2010

hari ke dua puasa.

habis la lepas ni tajuk entry kaedahnya seperti mengira hari berpuasa. contoh hari ni hari kedua berpuasa, esok pula hari ketiga puasa. anggap sahaja tajuk sedemikian adalah edisi khas bulan puasa ye. lepas tu diikuti hari raya pula. eh puasa baru 2 hari, dah fikir nak raya. ha itu anggap sahaja edisi khas raya, maknanya kalau bulan puasa boleh la jugak buat edisi satu hari satu menu berbuka atau bersahur. tapi kalau edisi raya pulak mungkin satu hari satu pasang baju raya, takpun satu hari satu jenis kuih raya. perghhhh.

baru balik dari bazar ramadhan. kalau duduk asrama macam ni lah gayanya. selagi tak pukul 7, takpun selagi belum 5 minit nak berbuka puasa, tak ada maknanya nak ngadap makanan. aku lah kan, kalau orang lain aku tak tau lah kaedahnya macam mana, terbayang-bayang nak balik rumah. nak berbuka kat rumah, alangkah indahnya. kalau kat rumah waktu ni, dah tergopoh gapah nak siapkan makanan. bestnyeeee. tapi apakan daya, terpaksa lah aku pendamkan sahaja angan indahku itu. 2september ni baru boleh balik berbuka hoyeh hoyeh kat rumah.

oh ya. berbalik kepada topik kita mengenai baru balik dari bazar ramadhan, nasib baik pergi awal. kalau tak, mau nya kena berhimpit berebut waktu nak belik makanan. i dun like okk. kenapa ntah bila dah makin cantik(??) ni makin tak suka berada dalam crowd. kang tak pasal-pasal makin kurang pahala puasa ni kanggg.

menu berbuka hari ni...

bantal peluk saloma.


keropok lekor yang dikepingkan.


seri muka.
kalau nak muka berseri-seri, boleh lah makan ni. :P


dan last but not least.
karipap pusing inti sardin. nyam nyam nyam

hari ni makan kuih sajo ye, sebab semalam makan mi goreng habis terkeluar semua lepas terawih. ok, bukan sebab mi goreng tu sebenarnya, tapi sebab aku minum coke jugak. jadi pengajarannya kawan-kawan, jangan minum air gas waktu berbuka ya. 




selamat berbuka semua!


notalekatsendiri : siapa-siapa nak bagi cadangan menu bersahur paling best kat asrama??


ramadhan datang lagi..

hari ni second day puasa, macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi, nak-nak yang paling menakutkan bila dugaan tu bisa mengurangkan pahala puasa sendiri. kau tak rasa rugi ke bila dah penat-penat menahan lapar dan dahaga, tiba-tiba macam percuma je. tak de nak upgrade pahala. bukan sahaja fizikal nak nampak sihat, rohani itu juga perlu sihat walafiat. apa-apa pun, aku rasa belum terlambat kalau aku nak ucap Selamat menyambut bulan penuh keberkatan, bulan ramadhan al-mubarak yang ditunggu-tunggu, bukan sahaja oleh orang Islam kerana bisa menambah pahala. tapi juga ditunggu-tunggu oleh orang bukan Islam kerana dapat borong makanan sedap-sedap dan murah murah murah kat bazar ramadhan. keh keh keh

ramadhan kali ni berbeza perasaannya. tapi berbeza yang macam mana tu? jeng jeng jeng. (suka nak buat saspen-saspen tau.)
kadang-kadang rasa macam tak percaya dah masuk bulan ramadhan, setan-setan semua kena ikat, kena kurung dalam neraka, time ni la anna berani nak pergi tandas sorang-sorang dalam pukul 2,3 pagi sebab dah tak ada hantu katanya. aku lain, aku berani je okkk. sedar tak sedar, sekejap sahaja masa berlalu, dah setahun okk meninggalkan bulan ramadhan yang lepas. maknanya, dah hampir setahun jugak aku meninggalkan memori hitam waktu ramadhan yang lepas. sungguh menduga. sungguh mencabar iman.

1 hari sebelum tibanya bulan ramadhan, aku dah makan roti canai as breakfast. sebab konon-konon lepas ni dah tak boleh nak breakfast lagi. sudahnya, semalam 1st day puasa dah longlai sebab malam tu makan banyak perut tetiba jadi tak biasa bila tak makan. mengada betul. macam baru 1st time puasa dalam hidup. siapa-siapa lain lagi yang rasa macam tu jugak, bawak-bawak beristighfar ya. puasa ni satu kewajipan, niat kena betul..

sebut pasal puasa, aku pernah nampak dengan mata sendiri orang-orang yang tak malu tak puasa ni. dah la lelaki, tak puasa, makan tempat umum pulak tu. aku ingatkan perkara macam ni ada dalam tv drama-drama melayu je. rupanya betul ada dalam alam realiti ni. ye lah kan. kalau tak ada, takkan orang nak buat cerita dalam drama pulak kan kan kan?
waktu tu aku form berapa ntah, tapi lower form lah. waktu tu kat mersing. waktu aku lalu kat kedai ni, ada pakcik-pakcik ni dengan selamba badaknya minum air kat kedai kopi buat macam rumah sendri pulak. padahal kat tempat umum tu. tapi mungkin aku salah nampak kottt. kena fikir baik-baik dulu.

tapi seringkasnya, aku nak ucap sekali lagi, selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari ramadhan-ramadhan yang sebelumnya.. :')


notalekatsendiri : semalam berbuka dah makan mi goreng, kuih seri muka, cara berlauk, ngan kaki ayam goreng. tapi hari ni nak makan apa pulak ye?? ermmmm. dah lah nak siap nak pergi bazar cepat-cepat nanti ramai orang. zassss

haaa! jangan curi-curi minum air. korek hidung pun jangan eh!

ucapan salam ramadhan, brought to u by fatinibrahim.blogspot.com (nak jugaakkk. hehe)



oh, selamat berbuka semua!  :)

Ahad, 8 Ogos 2010

moga hati terus utuh.
moga jiwa terus kuat.
moga semangat tidak luntur. jangan luntur. 



Jumaat, 6 Ogos 2010

beach cleaning.

baru aku perasan sekarang ni aku rasa macam tak rajin nak update. kira macam mujur sangat lah kalau aku update 4 hari sekali. (eh, baru sedar ke?)
finee. sekarang ni kenapa ntah makin hari rasa macam makin xtau nak buat papa. tau-tau je eh dah malam ke, ala tak sempat nak itu ini. pengajaran di situ: jangan bertangguh.

sekarang pun rasa macam eh ke mana duit aku pergi dalam akaun? aku rasa macam dah cukup berjumat dah, makan pun sekali sehari tapi mana duitku lesap? where oh where?
tapi bila mengenangkan nafsu makan aku semacam makin membuak-buak tak keruan, aku dapat terima perlahan-lahan mana duit aku pergi. dan dalam masa yang sama jugak, aku kena terima perlahan-lahan bila duit yang berkurang digantikan dengan berat yang bertambah. dem.

dah aku pun malas nak mukadimah panjang-panjang. kang ada jugak jari aku yang bengkak sebab dah over taip. (jari ai lembut tau)

rabu lepas, aku join maskum pergi beach cleaning dekat pantai irama. siapa dah pergi pantai irama meh aku nak tengok, kira sikit.
sebab course yang aku belajar sekarang more kepada alam sekitar, so dah jadi tanggungjawab lah kiranya nak kena pergi bersihkan pantai, dah fikirkan agenda lain yang mana objektifnya untuk menyelamatkan alam sekitar.
bila dah nama beach cleaning, dah tentu lah kena kutip sampah yang mana ada. tapi tang bergambar tu memang tak boleh tinggal. ibaratnya, 3 gambar bersamaan 1 sampah yang kau kutip. cuba kira bilangan gambar ke sampah yang lagi banyak diambil? tapi aku ni pemalu, bila orang ambik gambar, aku cepat-cepat kutip sampah sebab malu nak masuk dalam gambar. (ceh. tolong percaya)

best lah jugak, 1 jam untuk ambik gambar, 1 jam lagi kau kena jadi macam tabligh, jumpa siapa-siapa, kau kena bagi talk sikit pasal kepentingan alam sekitar ni. fun, tapi lama-lama jadi boring. mungkin sebab orang tak ramai sebab waktu pagi dan aku pun malas nak jalan banyak-banyak pergi ketuk rumah orang. ai kan pemalu. aww.

mungkin lepas ni, kalau nak pergi, buat program macam ni waktu orang tengah ramai, tak ada lah tujuannya beach cleaning semata-mata. tapi bat booth dan buat program yang melibatkan pengunjung pantai jugak. sebab biasanya yang buat sampah jugak pengunjung-pengunjung pantai. (pandai je nak mengkomen, kang tak pasal-pasal kena cop kuat komen lagi. ok diam sekarang)

layan gambar pulak ah. tiba-tiba idea tak ada.

breakfast dulu. (nasib baik hari tu makan free. eh)


aku rindu nak pergi pantai kat terengganu. nak balikkkk.



minah ni memang pelik sikit. gambar-gamabr yang dia pose lagi pelik. erk (sori farah, aku tak bagitau gambar ko pose gaya macam sama je, cuma yang berubah kiri atau kanan je. kalau tengok laju-laju macam nak melintas jalan pandang kiri pandang kanan, lihat kiri sekali lagi. eh)



ahli baru.


kenapa ntah sekarang ni tiap kali ambik gambar terus kepala nak senget. tapi macam cute lah pulak. ehh


alin. fatin. farah. ana.

sekian laporan dari saya, tidak  bermuka hanya bercermin mata. 



pesananringkas : banyak yag nak update sebenarnya, tapi kenapa ntah tiap kali nak update terus pengsan. erkk.
suatu masa dahulu part 1 pun masih terbengkalai masih belum bersambung. hadoi. ni yang malas nak buat part-part ni. tapi saje je na buat macam tertunggu-tunggu kasi macam saspen sikit. (eh, ada yang tunggu ke?)

iklansiapanakkerja? : umk ni aku rasa kekurangan driver bas, bus banyak je, tapi tak gerak sewa bas orang lain nak hantar student pergi kelas. tak ke terbiar je bas tu?? 

Isnin, 2 Ogos 2010

seringkasnya.

sekarang punya mood nak belog macam tiba-tiba ada, tiba-tiba lenyap. ok, sebenarnya nak cover lately macam malas semacam ya Allah apa nak jadi dengan anak dara sorang ni.

minggu first start seester baru, rasa macam boringnya sampai taktau nak buat apa.

minggu kedua dah start bagi assignments, kelas pun dah bermula secara serius. (eh, ada ke yang tak serius dengan kata lain main-main?)

minggu ketiga dah macam boleh lah nak start gelabah sikit-sikit, nak stay up lama-lama sikit walaupun case study yang aku dapat untuk presentation subjek soil ecosystem hanya 3 helai ya kawan-kawan kalau nak dibandingkan dengan budak-budak kelas aku yang lain yang kebanyakkannya leih dari 10helai. itu nasib ke rezeki namanya? sebab aku punya case study banyak nak kena fahamkan.

minggu keempat, dah boleh start pening sikit sebab woii kalau masuk lambat kelas ecology akan ada pop kuiz. ok tak, itu dah termasuk bahagian minggu ketiga sebenarnya, tapi well minggu keempat ni aku rasa adalah minggu yang mana aku berbilang hari untuk menempuh bulan ramadhan dan sedang berkira-kira nak balik cuti awal sempena raya. ponteng kelas lah kott. eh, puasa pun belum, tengok anak bulan ramadhan pun belummmm. nasib baik dah habis ganti awal duluu.




semalam aku tak boleh bukak blog ni sebab virus, tapi tadi aku try bukak dah boleh dah. sebenarnya, macam mana kaedahnya ya? macam mana kita nak tau bahawa blog ni ada ancaman virus ke tak? macam mana kaedahnya kalau kita nak protect daripada virus ye? ada siapa-siapa boleh tolong tak?
 pleaseeee. saya ini buta IT, tolong saya..


ok dah, esok kelas awal pagi. kena bangun awal.
selamat malam. :)


notalekatsendiri : nampaknya ramai jugak ye pengguna krim nenas nirmala sari? ke atau dalam proses nak guna? ke ada yang baru tau lepas tu nak cuba-cuba? ada siapa-siapa??


kadang-kadang kena jugak letak gambar muka tak berapa nak cantik. 
eh, cantik ke?? :P

Ahad, 1 Ogos 2010

virus.

tiba-tiba dan dan je blog tak boleh bukak kena virus kan?

baguslah tu konon-konon time aku feelin-feelin nak update ni la nak kena virus la apa la. time aku malas tak ada pulak nak kena serang virus kan? grrrrrr.

tension.


eh. tapi tak ada lah tension mana sebab still rasa macam malas nak update.

ok dah.