Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 18 Julai 2010

suatu ketika dahulu part 1.

tadi bukak fail, lebih kurang macam kotak yang macam orang simpan surat-surat semua. tapi aku simpan dalam fail. cuma fail tu bukan semuanya surat lah. ada gambar, ada surat. pendek kata, barang-barang harta benda jenis kertas ni, yang aku sayang lah, aku simpan dalam fail tu je lah.

tengah belek-belek fail, ada pulak surat zaman dulu-dulu. zaman yang mana aku ada bestfriends yang ala-ala macam dalam cerita mat saleh teenagers punya. ceh.

dari darjah satu sampai darjah empat, aku sekolah cina. beeessttt ok. abang aku pun ada sekolah yang sama, tapi aku rasa aku je yang buli abang aku. tapi waktu tu, sekejap je la aku satu sekolah ngan abang aku sebab waktu aku darjah satu pun, dia dah darjah 3. sekejap ke? tiba-tiba rasa macam lama pulak. dalam kelas aku waktu tu, semua murid yang melayu, tak ada pun lelaki, semua perempuan. tak ada chance okk nak menggatal semua. nak menggatal ngan seniors pun, rasa macam serba salah lah pulak seba dorang tak hensem. oppss. macam santek sangat lah pulak. so, kaedahnya, aura-aura perasaan sendiri menggatal ngan budak cina pun ada lah sikit. ala setakat main lari-lari kejar-kejar macam cerita hindustan. nak buat macam mana dah horomon dah terlebih time tu. kihkihkih. kalau tak kerana cikgu-cikgu waktu sekolah cina dulu, aku rasa aku lagi lambat dalam maths. aku takkan lupa pernah jadi kat aku dulu. waktu tu darjah dua. stail sekolah aku dulu-dulu, setiap kali dapat kertas ujian, kena bagi mak ayah tandatangan, lepas tu kertas ujian setiap subjek yang dah ditandatangan tu kena hantar kat cikgu balik dengan kaedahnya, mak ayah akan tau prestasi anak-anak dorang. report card still kena tandatangan, ya.
waktu tu aku igat lagi. cikgu tu, cikgu wong. cikgu panggil nama aku. sebut markah depan kelas okk. tak ada makna nak sorok markah bila orang tanya. waktu aku dapat 92 markah. ingatkan dah selamat. cikgu chek setiap muka surat. komen cikgu, 'bagus, tapi tak buat bentuk lazim.' kononnya dulu, aku nak bajet terer lah sangat, main kira dalam otak terus isi jawapan je. sekali cikgu suruh keluarkan tangan, aku kena rotan. pedihhhhh ok. rotan bukan main-main punya rotan je. kuat macam kau rasa macam tak patut kau kena rotan sedangkan kau dah dapat markah tinggi. tapi balik rumah, aku cakap bangga-bangga ngan ibu ayah, seronok je suruh ayah sainkan. apa kau gila nak cerita aku kena rotan? mau aku kena balik ngan dorangg. budak-budak sekarang manja kan? sikit-sikit nak report. kalau kena macam kes aku, macam mana lah agaknya.

ada lagi. kat sekolah cina jugak. waktu tu, cikgu akan panggil sorang-sorang ngadap cikgu dan menghafal sifir. of kos la hafal dalam bahasa cina. waktu tu sifir 4. cikgu tu nama cikgu low ke ow. yang tu aku dah lupa sebab macam anti sikit ngan cikgu tu garang semacammmm. aku yakin okk aku hafal betul. sampai part 8 darab 4 berjawapan 32, boleh pulak dia dengar aku cakap 36 (dalam bahasa cina). aku melawaan okk time tu aku cakap 32 bukan 36. padahal budak cina sebelah aku tu dengar je aku cakap 32, tapi takutkan cikgu punya pasal, dia cakap aku cakap salah. sudahnya, aku kena rotan dan kena ulang lagi sekali. untuk kali yang kedua jugak, still sangkut part 8 darab 4 equals to 32 jugak. even aku dah lawan macam tadi jugak, still cikgu tu tak nak mengalah, kesudahannya, aku kena rotan lagi dan esoknya aku kena ngadap cikgu tu dengan sifir yang sama lagi. iskk.

tak cukup dengan tu, still dengan cikgu yang sama. kaedah kelas matematik sekolah aku dulu, budak-budak akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. kemudian, nanti ramai-ramai duduk bawah, atas tikar, dalam kumpulan masing-masing. lepas tu, sorang dari setiap kumpulan akan keluar mewakili kumpulan masing-masing untuk kuiz matematik tulis kat papan hitam. cikgu kat belakang. dengan keadaan yang bersedia, cikgu akan keluarkan soalan. contohnya macam ni;

tapi ini contoh soalan je lah. aku dah lupa soalan dia macam mana waktu tu. lebih kurang macam ni. dalam pertandingan ni, siapa paling cepat dan betul, akan dapat markah untuk group masing-masing. aku macam biasalah, konfiden terlajak, konon nak siap cepat lah sebab sebelum ni pun jarang salah, pastu asyik dapat markah penuh dah tentu sentiasa menjadi harapan group. eceh. tapi hidup ni ibarat roda, hidup bukan sentiasa di atas. siap paling cepat tu aku lah, tapi nak buat macam mana, dah excited semacam, sekali jawapan nombor sa salah. satu nombor je pun. tapi cikgu ni tak beragak tau. dia rotan aku kat tangan baik punya, 3 kali-rotan tebal-sekuat hati dia. 3 kali kau. contohnya macam ni lah;



waktu tu sebab dah sakit sangat sampai aku nangis tak keluar rehaattt okk. tapi waktu tu aku sayang gila classmates aku. dorang jaga aku waktu rehat sampai dorang pun tak rehat sama. cina pun sama tau. melayu kelas aku pun tak sampai 6 orang kot. dorang jaga aku macam aku ni demam siap basahkan sapu tangan dorang letak kat dahi. nasib baik sapu tangan baru tak guna lagii. very the sweet moment. waktu ni aku darjah 4. aku rasa kan, cikgu tu anti ngan budak melayu yang agak-agak lebih menonjol dari budak cina lah. sebab even budak cina yang lebih teruk dari aku pun, tak kena sampai macam tu sekali tau. pernah budak melayu kelas aku ni pun, kena yang sama macam aku gak. tapi lebh teruk lah. dia sampai meraung dalam kelas panggil mak dia waktu kena rotan tu okkk. dasat sungguh. tapi memang tak ada makpak jumpa cikgu nak serang saman semua bagai okk. 

itu baru untuk subjek matematik. belum subjek lain lagi. fuhh. tapi, walaupun cikgu singa semacam, aku still happy sekolah sana. masuk je darjah 5, ibu tukarkan aku masuk sekolah kebangsaan biasa. environment sangat berbeza. aku nak catch up apa yang cikgu ajar pun punya lah lambat semacam. dah tu, sebelum ni sains ngan maths, kajian tempatan aku belajar dalam bahasa cina, tapi alih-alih kena tukar bahasa. ( berlagak semacam. nasib aku melayu.) tapi serius, aku tak ada lah happy kat sekolah tu berbanding sekolah lama. apa kan daya, ibu paksa pindah untuk kebaikan jugak katanya. ye lah, dapatlah jugak masuk mrsm waktu form1. tu pun nasib baik meniru waktu upsr. kahkahkah. cuma kat sekolah kebangsaan waktu tu, aku rasa bebas dari sebarang rotan lah. paling teruk aku kena pun, kena cubit kat perut waktu english sebab lupa bawak buku (ke aku saje tinggal sebab tak siap eh?). itu cerita dulu lah.

banyak lagi sebenarnya. sekarang ni rindduuuuuuu gilaaa ok zaman nakal-nakal sekolah dulu. 
eh, panjang pulak. nanti sambung part 2. (ewah, siap ada part tuuuu)



pesananringkasuntukwan : wan, tiba-tiba aku rasa aku sayang lebih kat kau pasal teeettttttttttttt. kahkahkah. bila ingat je, rasa nak tergelak.



ahhh. rindu nak pakai uniform sekolah.



lepas ni adik-adik boleh buat tutorial matematik ambik soalan kat atas, ye. hihihi

Tiada ulasan: