Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 18 Julai 2010

mentaliti yang kononnya gah.

lepas maghrib tadi terus tidur, bangun pun dah pukul10 lebih. dah tu pulak, bangun je, terus minum nescafe. mana nak boleh tidurnya sekarang ni. hadaplah blog ni sampai mengantuk.

aku tak faham okk dengan sesetengah golongan ni, nak-nak pemimpin berjawatan tinggi pulak tu. tapi tak kiralah siapa-siapa pun, aku tak faham jenis pemikiran, mentaliti dorang yang serupa lupa bahawa setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

kenapa heh ada jugak yang berfikiran setiap orang yang belajar dalam bidang sains la yang tinggi darjatnya, yang geliga otaknya, yang tinggi IQ nya. dengan alasan, orang yang belajar dalam bidang sains ni susah pembelajarannya, sukar penyelesaiannya. dah tu kalau setakat pandai atas kertas je tak guna jugak wehh.
bagi aku, kalau setakat kau pandai waktu belajar je, tapi tak boleh nak survive in the next stage of your life, macam tak guna jugak kalau kau nak banding-bandingkan dengan orang yang tak belajar dalam bidang sains.
hakikatnya, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. ada kepakaran masing-masing yang seiring dengan minatnya yang tersendiri.
contoh keadaannya, cuba kalau kau tercampakkan masuk untuk bidang lain, katanya, kau pandai, budak sains, otak geliga. cuba kau try masuk jurusan akaun, jurusan seni, atau sebagainya, kau boleh handle? kau boleh perform,. mesti lah boleh kot. orang macam kau katanya pandai kaaannnnn....

apa gunanya, kalau kau belajar dalam bidang sains, tapi membangga diri, mendabik dada, moral dalam diri tak payah nak cakap kau bayangkan sendiri sehingga mengundang cacian orang lain. perkataan yang disebut itu doa, bukan?

mari kita sama-sama lihat.. gelagat manusia sekarang.. apa yang berlaku kini, setiap yang diusahakan untuk mendapatkannya, adalah untuk kepentingan sendiri semata-mana.. kita tengok suasana politik, kita tengok suasana masyarakat. sampaikan dah tak tau kenyataan mana yang betul..

itu belum masuk golongan yang pandai membodek.. sifat adil dalam diri tu memang dah dibuang jauh-jauh..
dunia oh dunia...


aku sedih bila mana terkenangkan keadaan yang mana pada peringkat universiti pun dah diajar rasuah dalam kepimpinan.. cuba kau bayangkan bagaimana keadaannya generasi kepimpinan negara pada masa akan datang. sekarang pun perkara rasuah ibarat minum air, masa depan?

Tiada ulasan: