Isnin, 12 Julai 2010

langkah baru.

setelah sekian lama cuti sem kat rumah, siap keje bagai, macam biasalah tak selalu nya kita dapat hidup bersenang lenang di rumah yang mana makan minum tempat tidur semua FREE. nak makan apa, kau cakap je, terus laju je ibu buat. bukankah indah saat-saat itu..

tapi tak dinafikan jugak, kalau dah tiba masanya kau kena tadah telinga dengar stesen ibu.fm yang mana DJ radionya bercakap laju dan bersuara lantang, maka kau akan rasa tak sabar-sabar nak balik kolej. tapi perasaan tu sekejap je lah. kang lama sikit kau buat-buat merajuk ke, senyap ke, lama-lama perasaan kau yang rasa terkinja-kinja nak balik kolej cepat-cepat tu secara automatik akan hilang dengan sendiri nya lalu akan bertukar menjadi perasaan taknak balik kolej langsung. benda tu normal sebenarnya. ceh, padahal nak cakap pasal aku lah. dalam kereta pun baru naik kereta je padahal, dah leleh dah. tu belum kira tolak tambah bahagi darab air mata yang meleleh bila dah sampai sini. haih.

kenapa entah, rasa macam tak ada feeling semacam nak balik sini semester ni. baru je start semester baru, air tak ada buat hal. aku nak pegi kelas pun ala-ala macam nak mandi tak nak mandi. tapi aku mandi lah walaupun hanya dengan air paip yang keluar hanya halus macam jari kelingking cuma. cuma mandi tu rasa macam tak puas lah. tak apa. itu semua dugaan. bila lagi nak rasa perit macam ni kalau bukan waktu belajar ni kan kan kan?

sampai je kolej, terus rasa macam nak balik rumah semulaaaaa!!!

tapi last-last kena jugak terima hakikat yang aku kena belajar betul-betul.
rindu ibu tu jangan kata lah macam mana walaupun kat rumah selalunya kena pasang siaran radio ibu.fm je sepanjang masa. tapi bila berjauhan, kau akan rasa betapa rindu tu memang tak ada ubat kat klinik ke farmasi ke.. itu spesel nya perasaan ni. eceh.

bermulanya semester baru, bak kata macam tajuk entry, langkah baru, banyak yang nak kena fikir okkkkk. fikir itu, fikir ini. macam-macam lagi. tapi harapannya (macam biasalah, semester baru kena ada harapan baru.   *terus muka lagak professor* ceh)
aku akan jadi lebih

berusaha
berfikir
sabar
jangan mudah tertipu
rajin
kurus cantik. eh.

banyak plan sebenarnya, cuma nak pastikan plan tu semua berjalan atau tak, itu yang menjadi masalahnya. dengan doa dan harapan, segalanya dapat berjalan dengan lancar.. insyaAllah..

ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku.. tolonglah hambaMu ini.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.. amiinn...  :')

presenting u fatin yang dah makin bertambah isinya. 
biasalah, duduk kat rumah, kerja yang paling utama adalah sebagai penternah lepak berjaya.





dan lepas ni dah kena 


ikat perut okk supaya jadi lebih

slim macam ni. kang takut tak muat baju raya yang dah tempah.. 
ekeke.

tak tak. kena ikat perut sebab duit tak banyak dan makanan mahal cekik darah ke apa. mentang-mentang student bertambah, harga makanan pun bertambah. cekik daraaah. kejam okk.

tapi matlamat utama lepas ni dah kena..

ni baru betul. kena belajar lagi betul-betul.


ok dah tu je.

(penutup ok dah tu je macam nak kena baling kasut. maafkan aku, aku puasa.. ekekek)


pesananringkas : siapa-siapa nak beli topup, boleh hubungi saya. beli lah dengan saya.  peace!  :). semestinya jangan lupa bagi nombor dan yang paling penting, jangan lupa bayar. :P



1 ulasan:

fideila berkata...

isy..kurus giler.tapi ada jugak orang amik dia jadi model..pelik2