Rabu, 21 Julai 2010

lafazkan kalimah cintamu..

kiranya macam berjiwa jiwang habis lah ni.
biasalah, bilamana pagi tadi dah semangat bangun awal, siap-siap pegi kelas, dah semangat cuak takut tertinggal bas nak pergi lab, tiba-tiba sebenarnya baru tahu kelas TIADA. apa perasaan kau? sebab tu au jadi macam ni, konon macam hormon terus terlebih keluar sebab dah malu dah naik bas bagai. eh, ada kena mengena ke?

siapa-siapa suka baca novel tak?
kalau aku ni, tak ada lah peminat novel tegar, setakat biasa-biasa ikut mood sajo. biasanya kalau aku baca pun, jadi cepat bosan. tapi siapa pernah baca novel andai itu takdirnya? serius, yang tak jiwang aku pun, boleh nak terlayankan perasaan sampai ternangis sikit-sikit. sikit je. tak adalah banyak mana pun. hormon tiba-tiba terlebih pulak waktu baca novel tu. tapi serius sedih kan? opssss.

hari tu waktu lepak-lepak kat bilik anna, aku ada lah nampak roommate dia baca novel tajuk lafazkan kaliah cintamu. penulis dia, penulis yang tulis cerita andai itu takdirnya tu. aku pun, eh, lepas ni nak pinjam boleh? hormon terlebih pulak agaknya, sebab dah lama aku tak ada mood nak baca novel ni bagai. kat rumah pun tak terasa nak beli novel(padahal nak jimat. ekeke).

                                   ini novel nya. kenapa muka depan gambar ada kilat? jeng jeng jeng..

bagi aku, cerita dia boleh tahan, ok lah.. macam biasalah, ada part sedih, ada part happy. tapi tang part sedih tu, boleh lah sampai tangkap leleh. kalau siapa-siapa tengah rasa nak nangis, tapi air mata macam malu-malu nak keluar, aku cadangkan boleh baca novel ni. sebab boleh jadi perangsang untuk menangis. kalau aku la. kalau orang lain, aku tak tau. hormon aku kan tak menentu. eh.

standard novel-novel dan drama-drama kat malaysia ni lah.. hero heroin cantik, kaya, ada company sendiri.. mula-mula benci kemudian sayang.. ada lah jugak part yang bosan, tapi keseluruhannya, best lah jugak. scene sedih memang tak agak-agak. sedar-sedar je tisu dah habis sekotak. hilang macho. dush.

tapi, tak boleh bla, time aku mintak pendapat wani pasal novel ni sebelum aku pinjam.

aku : wani, best tak novel ni?
wani : best la jugak.. biasa-biasa je..
aku : oh.. cerita dia macam mana?
wani : ala.. cerita dia biasa-biasa je.. cuma metabolism dia tinggi sangat..
aku ngan anna : hah? metabolism?? apa tu?
wani : entah.. metabolism lah..
aku : ohhh... metafora....
wani : haa.. metafora.. (waktu ni aku ngan anna dah gelak macam apa dah. apa bila dah meta-meta ni semua maksud sama apa??) 

kahkahkah.

dah tak ada mood nak baca novel. mood dah hilang bersama airmata. wahhhh. terus ayat novel kau.

pesananringkasbuatwani : konfiden dah ada. sikit lagi. cuba lagi, ya. keskeskes

2 ulasan:

Hamzah Ian berkata...

gua dah lame tak bace novel..

anna berkata...

hahaha...kelakar2..rumet sape lah tuh kaannn...