Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 17 Julai 2010

kelas minggu pertama. entry campur darab.

kegiatan yang tak sihat seperti mana malas untuk melakukan segala aktiviti hendaklah dijauhi ya kawan-kawan.
(apa punya intro, padahal nak cover diri sendiri. kuikuikui)

pejam celik pejam celik homesick, rupanya dah seminggu aku tinggalkan rumahku syurgaku. (padahal nak tunggu minggu ni berlalu pun, rasa macam umangaih lamanya nak tunggu weekend ni nak pergi pc fair) kaedahnya begitu ya kawan-kawan, sebab keinginan nak bukak buku tu semacam yilek tak ada. maka, sebab kemalasan yang ada tu, aku rasa heh nak buat apa ni. last-last cari sumber nak jalankan plan. jeng jeng jeng.

bermulanya semester baru yang selalunya seiring dengan azam baru yang sememangnya mahu lebih baik keadaannya berbanding semester-semester lepas. paling koman pun, kalau aku lah, kalau tak nak naik pointer pun tak apa, asalkan maintain tapi tak nak turun.

masuk semester baru ni (macam bosan ok asyik sebut semester baru bla bla bla. sebenarnya dah tak tau nak guna ayat apa. hikhikhik) perasaannya semacam tak ada, perasaan semacam keadaannya jiwa nya hampir tiada. macam mana eh nak cakap.. bahasa mudahnya rasa macam tak ada mood nak teruskan life kat sini, tapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. tak kalau ada suatu peristiwa yang kau kena lalui yang mana kadang-kadang (biasanya) apa yang berlaku lain berbanding dengan apa yang tersampaikan. dan kemudian, bilamana aku termasukkan dalam kalangan itu, maka aku rasa lebih baik memilih diam yang mana kalau kau terangkan keadaannya pada paksi yang benar pun, belum tentu orang akan menerima, malah akan lebih menghina barangkali? sebabnya, orang-orang ini, kita-kita ini, kebiasaannya, akan menerima lalu menelan apa yang didengarnya dahulu tanpa usul periksa, tanpa mendengar daripada kedua-dua belah pihak. itu mentaliti sebenarnya.

tiba-tiba tak tau nak cakap apa. sebenarnya, banyak lagi nak cakap, tapi tiba-tiba rasa nak terkentut. anna kata, kalau nak kentut kena duduk diam-diam sebab nanti kantoi. (tipu)


layan gambar je lah apa yang berlaku dalam minggu ni.

bitch beach cleaning

nak jugaak. hahaha

perasmian world environment day.

kelas ecology sumber asli. 

pc fairrrrr.

ok dah. sekarang kat library. pengawas perpustakaan kata, dalam library kena baca buku. zaaasss.




1 ulasan:

saya_arief berkata...

pantai mane kah itu..?
macam familiar..