Selasa, 27 Julai 2010

kelas kat kb mall?

beruntung sebenarnya jadi rakyat malaysia yang punya banyak dialek ni. aku paling suka part terkial-kial nak faham. lepas tu, mula lah rasa macam eh aku rasa macam duduk negara orang dah sebab tak faham apa yang dorang cakap. (kadang-kadang action kena lebih, metafora kena lebih. ehh.)

lahir sebagai anak jati pantai timur, aku rasa beruntung sebab boleh makan budu puas-puas. dah tu pulak tekak aku jenis layan je pedas ke tak. lagi pedas lagi bagus. dipendekkan cerita, aku bukan nak cerita pasal budu menjadi bertambah enak apabila dicampurkan bersama hirisan bawang yang segar, penyekan cili yang pedassss disertakan perahan asam limau ditambah pula sedikit apa yang dinamakan tempoyak lalu dicicah dengan ikan panggang serta ulam-ulaman. perrrgghhhhh! cair, beb. tengah diet pun boleh makan sampai lupa diri, paling sikit, paling koman pun, 2 pinggan nasik. paling koman ye.

dipendekkan cerita, aku belajar dekat kelantan, sah-sah orang-orang sekeliling aku kebanyakkannya kelantan dan dialeknya kelantan pekat. kadang-kadang aku yang terengganu jadi yang biasanya boleh faham apa yang diorang cakap, ada sesetengahnya kadang-kadang jadi tak faham.
tempoh hari, aku ngan anna bertungkus lumus lari ke kelas dengan lajunya, sebab macam biasalah kalau kelas pukul4, maka, waktu bertolaknya pukul4 lah. agak lambat lah sikit, tapi sikiiit je. ok apa. better late than never, bak kata pepatah. (dan dan ikut kata pepatah) maka, dalam pada lambat tu, sempat lah jugak kalau nak pasang telinga dengar orang berceloteh. tak lupa, sempat la jugak cuci-cuci mata. opsss.(awak, saya gurau saje.  :P )

dan waktu kami terkocoh-kocoh, lalu terdengar perbualan..

lelaki : kelas kat mana?
perempuan : bla bla bla limo.. ( aku kan nak cepat, macam mana ntah nak cepat sagat waktu tu, sampai tak dengar ayat depan. dengar-dengar mo je)
lelaki : ha??? kb mall????
perempuan : dk limoo... (dewan kuliah 5)

aku ngan anna ni kan sopan, tahan je gelak dulu. agak-agak tak sekangkang kera jaraknya, baru tergelak sikit-sikit. sikit-sikit katanya. bukan apa sebenarnya, cuma nampak kecomelan di situ. beruntung tinggal di malaysia.

tiba-tiba teringan cerita kawan aku, diana, waktu form5 kat sekolah dulu kala. kami sekolah kat melaka. tapi kata anak jati terengganu, takkan hilang terengganu dalam diri. ewaaahhh. diana ni cakap laju. suatu hari linda, classmate diana, orang kl tanya apa ntah. pastu diana pun jawa apa ntah, dah lupa. tapi part yang tak boleh blah..

diana : aku kabo doh. (sila baca dengan speed yang laju)
linda terpinga-pinga : apa? kau kata aku bodoh??
diana : bukan.. aku kabo doh..
linda : apa weh.. kau kata aku bodoh? (tak puas hati)
diana : (bla bla bla.. aku dah lupa cerita nya)

aku kabo doh tu maksudnya, aku cakap/bagitau dah..
sampai sekarang pun, aku macam nak tergelak je kalau ingat balik. sebab ada jugak kawan aku yang tersalah faham macam tu.

na na na na na tranung kiteeeeeee!

1 ulasan:

joegrimjow berkata...

esok di maydin kubang kerian sehari suntuk
cuba cari
hehehe