Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 28 Julai 2010

jodoh.

ish, tiba-tiba cakap pasal jodoh. ai muda lagi, tapi tak salah kalau nak kawin muda kan? opsss.
bukan gatal okk. tapi tiba-tiba rasa nak cakap pasal jodoh la pulak. tadi anna ada cerita, dan aku pun dan dan time tu jugak teringat cerita ada kawan aku cerita.
tapi mungkin secara logiknya lah. dan mungkin kalau aku je yang baru tau, orang lain dah lama tau. mungkin.

aku pernah dengar, jodoh kita sebenarnya dah ditetapkan dengan siapa-siapa. mana tau kot-kot jodoh kau dengan aku ke.. erkk..
dan kadang-kadang, bila timbul isu tak kawin lagi sampai dah tua pun, kadang-kadang tak boleh salahkan dorang. memang lah nak cari lelaki yang betul-betul susah yang amat. perempuan pun apa kurangnya. tapi tu lah, mungkin sebab dia dah usaha selagi yang termampu, tapi jodohnya tetap tak ada. tetap tak kunjung tiba. ada lah jugak logiknya, mungkin jodohnya sebenarnya dah pergi ke alam yang lagi satu ke.. maksudnya, mungkin Allah lebih sayangkan jodohnya. dan mungkin sebab tu, kita kena selalu doakan jodoh kita selamat walau di mana jua berada, dipanjangkan umurnya, dapatlah kita bertemu jodoh dengan jodoh kita dan live together dengan happy ending. semua nak macam tu. siapa nak cerai-berai runtuhkan masjid.. betul tak?
ada lah logiknya dari cerita kawan aku. tapi Allahualam.. kita hanya mampu berdoa dan merancang, sesungguhnya sebaik-baik perancang, Allah yang Maha Mengetahui.. :')

ya Allah, selamatkanlah jodohku walau di mana jua dia berada.. temukanlah kami dalam redhaMu.. amiin..  :')




tapi macam mana pulak keadaannya orang yang dah kawin, kemudian bercerai?
mungkin jodohnya tak panjang.. tapi bagi pendapat aku yang still bujang ni, berusahalah selagi termampu untuk mempertahankan, berdoalah..


erkkkk.

ada apa-apa komen tak??





pssst, susah jugak kalau jadi orang yang terlalu setia waktu bercinta kan?

1 ulasan:

kodok hijau the ghost writer berkata...

fatin kodok sihat dan sentiasa dalam keadaan sihat tima kasih atas doa mu sayang.. hahahaaha

uik bukan ke aku jodohmu