Isnin, 5 Julai 2010

malaysia hari ini.

salam,

baru balik dari kolumpo nun mensetelkan perkara yang bakal terselesaikan, yang mana hal tersebut yang mungkin barangkali mematangkan fikiran, membuat kita lebih berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara yang bakal kita buat, yang mana membuat kita lebih berhati-hati dengan hati budi manusia yang dilemparkan kepada sesama manusia. maksud aku di sini, manusia itu memang zahirnya, fizikalnya yang memiliki rambut mungkin sama hitam, berkaki dan bertangan dua, tapi, keadaannya memang berbeza dalam hal hati budinya.. dalam hal dalaman yang tersimpan yang tersembunyi dalam hatinya yang mana hanya Allah yang tahu niat dan apa yang terpendam. kerana sesungguhNya Allah Maha Mengetahui..

lately, aku suka tengok keadaan sekeliling (macam lah sebelum tak tengok). bila tengok je, mak aih, banyak nya kerosakan yang berlaku dalam bangsa sendiri. dan betapa beruntungnya orang-orang yang bukan bertaraf warganegara sehingga dapat buat duit sendiri, dapat ada wang simpanan sendiri datang ke negara kita. agaknya itu lah yang dinamakan hujan emas di negeri orang sebab boleh buat duit kat tempat orang lain, walaupun datang hanya sehelai sepinggang dan tiada saudara mara. tapi bilamana terindukan keluarga, tempat sendiri, agaknya sebab tu lah dinamakan hujan batu di negeri sendiri. pandai-pandai je. (lariiikkksss. jangan lempang aku..) :P
tapi tu lah.. bila tengok rakyat negara sendiri pun sesetengahnya susah nak cari makan, tapi tengok bangsa lain macam senang-senang je dapat cari makan, macam kagum lah. (abaikan yang cari makan ikut cara yang salah, kita tumpukan pada yang betul sajo)

konklusinya, antara sebabnya kenapa boleh jadi macam tu, sebabnya adalah zon selesa yang dinikmati, tak pernah hidup susah.. sebabnya, bilamana kita pernah hidup susah atau merasai kesusahab, secara automatiknya, kita akan berusaha sedaya upaya untuk hidup ke arah yang lebih baik.. tu lah, bak kata pepatah, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.

aku tak nak cakap banyak, takut karma, kena pulak diri sendiri.
sesungguhnya, ini adalah sebagai peringatan untuk diri aku sendiri supaya aku sentiasa beringat, dan sentiasa berusaha untuk kehidupan yang lebih baik dalam keredhaan Allah..  :')

eh, ni semua sebab lagu mentera beradu yang aku dengar semalam, terus rasa nak bebel pasal ni. haih.

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna.... 

aku suka, ok lagu ni.. waktu lagu ni mula-mula klua radio, semangat suruh wan rekod lagu ni dalam mp4 dia. aku ni tak mampu nak beli mp4 bagai. so, stiap kali lepak bilik wan, mp4 wan akan menjadi mp4 ku.. dan ulanglah lagu tu banyak kali sampai tertido.  :D


ini  baru celik mata sikit, pandang dunia sikit je baru, dah nampak macam-macam. kalau bukak banyak, aku tak tau lah nampak apa pulak. erkkk??

notasendiri : rasa macam kagum bila ada orang bagitau orang cina dan indon ni dalam golongan yang bertamadun, sebab walau ke mana pun tercampakkan, boleh hidup je. cuba kau tengok, kat mana-mana pun dorang ada. tapi bagi aku, tu majoriti kot. rakat kita pun ada jugak. tapi belum ramai dan masih belum mencecah dorang punya bilangan. sebab tu kalau kau je kat mana-mana negara, dah kembang vontot sampai koyak rabak dah spender. sebab apa? sebab bilangan dalam bangsa sendiri tu sikit sajo. sebab tu membangga habis, bukan mahu membimbing dan ajak bangsa sendiri join kejayaan kau skali. eh.


opsss.

1 ulasan:

princeduyong berkata...

kita semua manusia...melayu cina india...tiada beza disisi tuhan...yang beza hanya amalan...ketaqwaan...