Sabtu, 26 Jun 2010

hari rehat saya,

oh, tinggal lagi seminggu untuk saya bersuka ria di rumah, untuk menambah berat badan, untuk mencari rezeki, untuk itu dan ini.
seperti yang aku bagitau pada posts yang lepas lepas, konon-konon aku semacam bz berbisnes demi mencari rezeki, merasai betapa susah payah untuk mencari rezeki itu. banyak kali jugak aku merungut kat ibu..

aku : ibu, letihlaa... tak laratnya...
ibu : kena lah sabar.. orang lain yang memang dah maju pun, macam ni jugak, bermula dari bawah..

dan sesudah itu, aku pasang tekad dalam hati, betapa aku kena tabah dan bersabar. sesungguhnya, kejayaan yang dirasai setelah disirami kegagalan dan kepayahan itu nikmat rasanya. betapa kau akan betul-betul menghargai kejayaan tersebut dan kesenangan yang kau rasai sekarang, betapa kau akan jadikan sebagai pengajaran daripada kegagalan yang telah kau lalui, kau akan tau betapa ada orang lain yang lebih susah dari kau, dan betapa kau akan menghargai waima nilai 1sen pun. adoi, berapa banyak betapa daaaa...

tadi tengah rehat-rehat, aku tengok album gambar lama waktu kecik dulu kala..
hadoi.. aku tengok sendiri pun geleng-gelengg kepala.. dulu dah lah gemuk, pendek, hitam pulak tu.. (anna, kau jangan gelak eh. aku pang kang.)
aku rasa, betul lah aku pernah dengar sebelum ni.. kalau orang tu dulu waktu sekolah ke, waktu kecik dulu tak cantik, tapi bila dah besar terus magic jadi cun melecun. (erk??  :P)
nanti-nanti lah aku letak gambar. kehkehkeh.



yang penting, yakinlah setiap kesusahan dan dugaan yang dihadapi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. :')


classmates form 4. 

raya form4, 2006.

roommates form4 & from5, 06/07

haih, tiba-tiba rindu dulu kala.

 

4 ulasan:

Farid MOFASAD berkata...

kim salam pada mereka..

awak tak payah...



>>___________<<

dancing queen♥ berkata...

work harder, its sometimes the key for success. tak semua orang boleh work smart! :)

bARdbOO berkata...

hai...first time smp sini...blaja kat mane?




jum baca entry terbaru bARdbOO:

Persiapan Perkahwinan A-Z (Part 1)

fndrocka berkata...

lepas ni sila tulis entri yang bermotivasi sikit yer...jgn entri malas2 sajaa